Sunday, September 29, 2013

My MiLK Day

inilah dia susu saya sepanjang proses kehamilan ni
hari ni 1st day masuk sekolah selepas disahkan berbadan dua... hari ni dah memang jadual saya 7 masa, sekali sign in kena relief kelas pula...so total semua 8 masa untuk hari ni...ahh lemah semangat, mulalah nak psiko, lemah lutut lah apalah huhuhu selesai sesi sekolah, saya pergi borong susu...susu fresh milk untuk breakfast dan susu ibu-ibu mengandung untuk lunch and dinner... saya dah elak nescafe dan apa juga caffein untuk breakfast saya... alhamdulillah, saya juga menemui satu cara berkesan untuk makan asid frolic walaupun sukar giler.... tak nak umumkan macam mana saya buat, nanti malu sendiri... rasanya saya seorang ja yang buat cara ni semata-mata untuk makan asid frolic huhuhu takpalah baby, janji baby dan ibu dapat zat secukupnya...Inn Sha Allah... susu dah amalkan, ubat sampingan dah ambil... rutin makanan pun dah berubah 80%... apa lagi yang patut ibu buat untuk kebaikan ibu dan baby yea?? kena belajar lagi ni... apapun, saya bahagia dengan momen-momen indah ini... blog ni juga akan saya jadikan jurnal sepanjang pembesaran baby dan seterusnya... bolehlah yang tercinta yang jauh di Sabah baca dan merasai setiap detik penting bagi baby kami... baby pun nanti boleh baca 'pengorbanan' ibu ayah dia bila dia faham nanti... hehehehe

~~SuDaH MuLa~~

minggu lepas yea bukan main beria lagi saya makan... sebab perot asyik lapar dan kalau lewat makan, badan boleh jadi menggeletar... minggu ni, dia dah mula rasa loya, mual-mual... memula kejadian, waktu petang nak minum susu ibu mengandung tapi baru minum 2-3 teguk, rasa nak muntah... ok, stop, ganti dengan fresh milk pula... sekali fresh milk pun tak boleh diterima mulut... pun rasa loya dan nak muntah... what is this?? ok, cuba soya... sekali soya yang sesedap rasa pun tak lepas, jua rasa mual keterlaluan... sampai tahap sekarang ni, nampak kotak susu dalam rumah, bau susu or nampak lori susu sekalipun, meremang bulu tengkuk ni... memang loya... so sekarang stop susu kejap....nanti rasa dah ok, kita cuba balik perlahan-lahan yea??

satu perkara lagi, perot rasa lapar tapi mulut rasa tak sedap... masuk 2-3 cubit, ok kenyang... even satu ketul bun pun saya ambil masa 30minit nak habiskan...tu belum kira masa saya habiskan satu pinggan nasi, adalah dalam satu jam... habis kering jari-jemari kerana paksa makan... ada satu hari dalam minggu ni saya skip makan petang dan malam, sebab tengahari tu susah sangat nak makan... lagipun saya rasa tak lapar... besoknya, dalam pukul 11pagi dalam kelas, saya out of energy... rasa pening yang teramat sangat hingga saya tak boleh berdiri lagi... cepat-cepat duduk dan sumbat buah pear dalam kelas tu juga, rasa lega sikit tapi pening tak hilang...lama-lama pening tu tangkap kepala...mulalah kerja nak baring ja... bangun tak kena, duduk pening so saya banyak baring hujung minggu ni... ni baru nak ok sikit... saya rasa ni semua disebabkan angin, tak makan... peningnya memang luar biasa... nak angkat kepala pun tak boleh... baring pun berat kepala.... aduhai tapi saya masih bersyukur sebab inilah antara pengalaman saya... saya belajar benda baru, tak selera nak makan macam manapun, jangan biarkan perut kosong! 

Monday, September 16, 2013

My 1st SweetHeaRT

alhamdulillah, yang ditunggu telah tiba... selepas hampir 4 bulan bergelar isteri orang, saya disahkan berbadan dua... tak dapat digambarkan dengan kata-kata... emosi pun kacau-bilau, rasa suka, gelisah, takut dan macam-macam lagi...semua perasaan ada... saya tak rasa apa-apa perubahan pun dalam diri saya...cuma 'bulan' saya lewat pula bulan ni...dah memang saya dan yang tercinta menantikan our 1st sweetheart, dengan penuh terujanya saya pergi beli pregnancy test... hasilnya wow positif! dengan rasa yang macam-macam tu, tak putus saya ucapkan alhamdulillah...menitis jua air mata saya, well saya memang emosi orangnya, dalam hati ada  taman... on spot, saya mesej gambar pregnancy test untuk yang tercinta saya di sabah... yang tercinta jua gembira tapi dia cadangkan pergi klinik, pastikan betul-betul... petang tadi juga, saya pergi klinik.. dalam tempoh tak sampai 30minit, semua settle, almaklumlah, hari ni cuti hari Malaysia, ramai orang sihat pergi jalan-jalan hehehe... keputusannya, yea, doktor cakap saya sah hamil 5 minggu... alhamdulillah... saya call yang tercinta sekali lagi di sabah, kongsi berita baik ni... jadi dah memang sah tentang kedatangan orang baru kami ni, tinggal ibu nak jaga baby baik-baik ja sekarang kan?? lepas ni, ibu kena belajar minum susu, makan buah-buahan banyak2, kurangkan nescafe, kurangkan ais, kurangkan makanan2 tak sihat, no more heels, belajar juga makan ubat-ubatan dan vitamin... ohh seriously, I can't guarantee on that! 1st time trying to swallow my 1st acid frolic, that tiny pill keep wandering throughout my mouth but it won't go through the throat... I keep drinking water as much as I could, only the water go through the throat but that tiny pill sticks on upper side of my mouth...yucks! masa tu dah rasa loya, kembang tekak ni, bergelen air masuk, dia tak masuk-masuk...finally, say goodbye, the sink swallows it for me... thanks buddy! huhuhuhu

Wednesday, January 2, 2013

I Want My Tupperware!

good afternoon people... how's your day? mine is super cool! I've started my 1st day of teaching for 2013 and nothing much to do yet, isn't it awesome where you've went to work but you don't have any work to do?? hhhehehe well, here comes my story of the day... I am teaching morning session and I didn't teach my previous classes and pupils at all, where I believe it is a tragedy... because I was so close with them, I'm getting to know each one of them but suddenly my pupils are changing for this year... I missed them seriously! so, I was in the staffroom, 'studying' a bit about the textbooks then came one of my previous and special pupil... he's coming to the staffroom, searching for his class teacher and start mumbling, yelling 'I want my tupperware!' 

you have to know, this boy is super special... he is one of the slow learners, he can't even write his own name but his English is first class with some kind of British accent... he comes to school for picnic, seriously he is not learning... while I'm teaching, he will suddenly ask me to hide, the enemy has arrived... he even asked me to find him Mr.Bean because he never see Mr.Bean for real... he asked me to ride his imaginary horse and lots more thing... there once, he asked me to bring my toothbrush and toothpaste, he kept repeating that for the whole period of mine, then only I knew he was learning about how to brush our teeth properly...

so today, he was crying, mumbling, yelling asking for his tupperware because he forgot to bring it to school... he kept repeating, ask for his tupperware... hehehehe such a pure boy!

Tuesday, September 11, 2012

~~MaRi BerJuaNG!~~

lama tak buka blog, tak tahu nak mulakan macam mana... berbelit-belit memikirkan idea bernas *konon*... sibuk sangat sekarang ni, jari- jemari ini hanya memegang laptop di waktu yang mempunyai tugasan, nak lepak-lepak layan internet di hujung minggu, download lagu-lagu, video dan menonton movie, yeahhh!! apa?? tak boleh ke cikgu-cikgi nak melepak depan laptop cenggitu?? tak payah nak bahan sangat yea?? apapun kerja kita, buat dengan ikhlas, jangan asyik nak dengki, tak baik... tak berkembang otak dan minda kita...

ni nak kongsi sikitlah pengalaman menjadi pengawas peperiksaan UPSR ni... pengalaman pertama, maklumlah kerja pun baru tahun pertama kan?? masa mula-mula nak mohon jadi pengawas tu, niat cuma nak mencuba dan menimba ilmu dan pengalaman... pergi mesyuarat, taklimat bagai, maka akhirnya saya dipilih sebagai pengiring ketua pusat, tolong ambil dan hantar kertas-kertas soalan dan jawapan calon... tu pun saya terima dengan rela, niat nak menimba pengalaman, lagipun saya bujang, berbanding pengawas-pengawas lain yang majoritinya sudah berkeluarga... akibatnya, bangun awallah saya, seawal pukul 4.30pagi uolsss, tak pernah-pernah bangun seawal tu sebab saya mengajar di sesi petang... merasa jugalah air paip subuh yang hening tu, selalu mandi tengahari ja kan?? sudah selesai bersiap, bergeraklah saya ke bilik kebal menjalankan tugas seawal 6.00 pagi... 

hurmmm nak mengambilnya oklah, nak sign itu ini pun ok... sekali kena angkut sendiri dowhhh kertas-kertas tu semua... perghhh berat bukan main!! kerja-kerja pengiring ni patutnya cikgu lelaki yang buat derr... tapi nak buat macam mana, pengawas lelaki tiada di pusat saya... dahlah pusat periksanya tingkat 4, penat giler kot! nak mendaki tangga lagi dengan beg kertas soalan yang mencapai berkilo-kilo tu... tiga hari macam ni, boleh naik muscle wooooo~~ nasib saya muda remaja gitewwww, cuba bayangkan kalau pengawas yang dah berkeluarga tu yang mengangkatnya?? hurmm kesian... pengalaman~~ apapun selamat maju jaya buat semua calon UPSR 2012... 

Saturday, April 28, 2012

~~BuKaN seNgaJa Nak LambaT~~

hurmmm ni kisah pagi tadi selepas menghadirkan diri ke kokurikulum di sekolah... sekolah saya terletak di dalam kawasan pekan cina yang kecil dan jalannya cuma satu hala... pekan kecil ni saya panggil China Town.. so what?? my own China Town even I'm not in the real China... dah hari-hari pergi sekolah, kawasan kecil ni bukan lagi masalah bagi saya.. kira dah lali gitu... pekan ni dah lah kecil, bila ada kereta berhenti tepi-tepi jalan sebab nak turn beli barang, jadi jem lah.. kereta tu dikira block jalan sehala ni... tapi memandangkan dah lali, tambah-tambah time puncak, kira macam cool lah... tak apa, saya boleh tunggu...

keluar ja dari pintu pagar utama sekolah, ada sebuah kedai makan cina.... pagi tadi masa keluar dari pintu pagar utama, saya nampak pakcik India yang tua dan kudung, atas kerusi rodanya baru keluar dari kedai makan tu... saya kira dia pergi beli makanan sebab boleh nampak bungkusan makanan di handle kerusi roda tu... pakcik tu kayuh kerusi roda dia tepi jalan ja, tapi sebab jalan sempit, saya yang mengekori dari belakang ikut jalah belakang pakcik perlahan-lahan... bagi saya tak apa, ikut ja... biar kita lambat jangan terlanggar dia pula... lagi satu kesian kat dia... dia pakai kerusi roda, bukannya naik kereta yang boleh memecut suka hati ja... disebabkan enjin kereta saya pun tak bunyi kuat sangat, pakcik ni mungkin tak perasan saya di belakang dia, walaupun boleh ja kereta kecil saya nak potong dia... tengah layan ikut pakcik tu, ada kereta belakang ni, rasanya jenis Hilux yang besar gajah ni, pergi hon panjang derrr kat saya... kira saya lembap lah katanya!! sempat saya tengok dari cermin sisi, satu family cina dalam kereta tu...yang saya tak boleh terima di akal saya ialah dia kan kereta besar, tinggi dari kereta kecil saya, takkan tak nampak pakcik berkerusi roda depan saya ni?? perlu ke nak hon panjang uolsss??? akhirnya, pakcik ni kayuhlah kerusi roda dia laju-laju ke tepi sebab nak bagi ruang kereta jalan... saya tak peduli, saya tak potong pakcik tu sampai selamat dia ke tepi, biarlah kereta gajah tu nak hon ke nak maki... masa saya potong pakcik, pakcik tu sempat toleh ke arah jalan.... hoiiii kesian kot!!! tak ada hati perasaan punya cina.... berlagak seyhhh!!! kereta besar bukan maksud kau raja jalan...

Wednesday, February 8, 2012

~~A suCCessFuL StoRy of A MonG tEacheR~~

another entry.. well my fingers are getting hardworking these few days... they have done lots of work perfectly... well done fingers!! this is my third week as a new teacher.. gosh, it's already about a month to reach... please hurry Mr. time, get fly to November silently! in these three weeks as a teacher, I'm starting to get used to its new surrounding, the senior teachers and of course the pupils as well... like I've told you guys before, most of them cannot understand either English or Malay Language... but I guess I've already found my chemistry along with the pupils... no more shouting to ask them to keep quiet and no more harsh... I've just need to give some hints they will understand by themselves... good pupils are they isn't it?? do you want to see our good 'relationship' for this week?? have a peek on these photos... these are the true proof that we are now connected and I'm officially a SJKC English teacher!