Wednesday, March 17, 2010

~~KeluaR DaRi ZaMaN KeGeLapAn~~

sejak mula blogging asyik gelap ja aku tengok blog ni... akhirnya, aku google lah tengok-tengok template yang cantik dan relevan dengan aku... banyak yang cantik tapi bila ternampak template ni, terasa putih dan suci... tambah pula ada burung merpati dengan awannya.. simbol kedamaian sangat!! hahahahha ok, apa aku nak kongsi dengan korang yea hari ni?? oohh yess... 2-3 hari ni, aku rasa jantung aku berdegup sangat laju tanpa berhenti... bukan sebab bersukan ke apa... tapi sebab RISAU!!! aku rasa risau sangat bila fikir pasal tesis aku yang tak gerak-gerak ni... bukan aku langsung tak buat tapi sepanjang semester ni, aku asyik edit bab 1 & 2 ja... adoooiii!! supervisor aku tu.. setiap kali aku bagi dia tengok kerja aku, dia asyik cakap betul atau salah ja.. dia tak pernah cadangkan apa yang dia nak aku masukkan dalam tesis aku.. benda apa yang perlu aku kupas dalam tesis aku kalau dah apa aku buat, semua tak betul... lastly, aku buka tesis tahun lepas yang lebih kurang sama dengan tajuk tesis aku... aku tengok macam mana dia buat... aku ambil subtopik yang aku rasa kena dengan tajuk aku then aku cari bahan sendiri... (aku tak tiru sebulat mahupun sebiji pun dari tesis tu ok?? jangan nak buat fitnah!!!) then, aku hantar kat supervisor aku... again, masih tak kena dengan dia... aku tak tahulah nak buat macam mana lagi... kawan-kawan aku dah bab 4 dah, ada yang almost siap.. aku pula terkontang-kanting lagi... aku dah risau sangat!! kurang dari sebulan ja lagi dah nak kena hantar ni...

pagi tadi, aku terjumpa dengan lecturer aku tahun 2 dulu... Dr.Radha namanya... baik sangat!! dia tanya aku apa kena dengan tesis aku?? rupanya dia ada baca status aku yang tension dengan tesis dalam FB... aku ceritalah kat dia, macam tu, macam ni.. aku yang memang tak pernah bercakap hal peribadi dengan dia, tetiba laju ja mengadu... cerita pasal supervisor aku begini begitu... ada satu ayat aku tercakap, 'kalau boleh, nak ja saya tanya apa awak nak sebenarnya??'.... aku cakap begitu dengan Dr.Radha... dan respond yang aku terima, 'yess, you should ask her!!!' tetiba jadi kuat semangat balik... dia juga ada cadangkan bagi kerja yang aku buat tu dekat mana-mana lecturer, minta pandangan.. mana tau lepas aku edit ikut pandangan lecturer tu, supervisor aku ok.. aku pun rasa ada baiknya aku cuba cadangan dia tu... besok, aku nak jumpa 1-2 lecturer yang aku rasa boleh nak mengadu hal ni dan minta tolong bagi cadangan untuk aku.. sebab aku rasa, supervisor aku langsung tak bantu aku... semuanya aku buat sendiri, dia tahu cakap betul salah ja... arggghhh!!! tulus dari hati aku, cepatlah habis semua ni!! aku tak kuasalah nak tunggu supervisor aku yang 'perfectionist' sangat tu!!!

Monday, March 15, 2010

~~Ni YanG aKu LeMaH Ni~~


selepas asyik berfoya-foya di hujung minggu, pergi sana-sini, tidur sepanjang hari (habuan sebab berjaya selesaikan beberapa bab tesis) akhirnya aku kembali ke dunia yang nyata... arrggghhh!!! tak suka!!! langsung tak suka!! huhuhuhu besok,aku ada kuiz untuk subjek major ku... aku suka lecturer untuk subjek ni, tapi yang buat aku rasa sesak adalah sebab assignment dia yang setiap minggu lecturer aku nak tengok progress... heekkkk apakah??? kalau aku memang jenis rajin, tak apa... ni asyik hangat-hangat tahi ayam ja, mana tak berat aku rasa.... assignment 1 hal... time lecture pun tak boleh nak ponteng... setiap minggu ambil attendance,walaupun kelas padat macam tin sardin... kalau tak pergi memang kena soal jawab lah dalam tutor... dasar tak kasi chance langsung!!! huhuhuhuhu ni kuiz pula... masuk kuiz besok, dah 2 kuizlah yang lecturer aku hadiahkan untuk kitorang... aduihhh time semak dengan banyak kerjalah nak buat kuiz kan??? memang tabiat lecturer-lecturer di pusat aku, longgok kerja banyak-banyak dekat student, time nak dekat final exam... memang dengki!! (tetiba jahhh!!) aku bebel macam mana pun besok tepat pukul 10pagi tetap ada kuiz... mahu tak mahu kenalah study apa yang patut... ya Rabbi, tulus dari hati aku.... bosannya!!! (ayat orang malas study,tengok dekstop lama-lama lagi besttt >_<)

~~SeLaMaT HaRi LaHiR AbG HaiRi~~

dengan idea asal dari budak-budak technical batch aku, maka kitorang pun serbu lah DECTAR semalam... tepat pukul 10 aku dan yang tercintaku gerak ke DECTAR, tengok kereta zati and the geng dah ada... masuk dalam DECTAR nampak ramainya manusia... kenapa?? baru lah teringat UKM tengah dilanda musim dinner sekarang... kitorang naik atas, duduk dekat zati dan yang lain-lain... kat atas tu dah ada cik luna dan buah hati, miss faz, zati, ella, nadia & kak noly... yang lelakinya, ejump, zamd, nono, ejat tiba selepas kami tiba.... tak kisah malam masih muda... sebab rancangnya of course lah pukul 12 kan?? rancangan apa ni??? jeng jeng jeng~~ sila rujuk tajuk entri di atas yeaa?? dah tau?? ok, so motif nak buat kejutan hari jadi sebelum pukul 12?? huhuhuhuhu sementara menunggu pukul 12 tu, kitorang buanglah masa tengok function kat bawah tu... huh!!! macam kenal!!! patotlah~~ bekas kolej aku dulu, kolej keris mas... patot nampak tak meriah pun, banyak meja dah kosong walaupun dinner tak habis lagi... apa-apalah korang, ada aku kisah?? hahahaha abg hairi pula kena jaga function... so tunggulah kami semua tepi bilik control room tu... dah almost pukul 12 tu kitorang serbu masuk... abg hairi tergamam tak?? abg hairi suka tak?? heheheehe agak tergamamlah aku tengok abg hairi masa tu tapi tetap maintain cool.... ehh kejap, lupa kenalkan abg hairi... abg hairi ni staff kebudayaan dekat DECTAR.. paling rapat dengan budak-budak technical sebab dah diorang semua bekerja dalam bidang yang sama.. jaga function, pasang lampu, gulung wayar dan lain-lain heheehe.... abg hairi ni jugalah aku rasa paling cool... sesuka hati dia ja nak mengusik... yang aku bukan warga technical pun dia boleh usik sebab dah asyik ikut yang tercintaku jaga function... ok, balik kepada cerita utama, lepas nyanyi lagu birthday, abg hairi tiup dan potong kek... lepas tu nadia ambil tugas agih-agih kek... hehehehe lepas makan, dalam pukul 1.30 baru gerak balik... majlis yang simple tapi banyak kenangannya... sayangnya, kebanyakan gambar yang aku ambil tak cantik, pecah-pecah tak pun terlalu gelap... heekkk?? kamera handphone ja... macam tu lah~~ waaaaa tulus dari hati aku nak kameraaaaa!!!!! hahahahaha apa-apapun terima kasih buat semua warga technical yang jemput aku hadir semalam... buat abg hairi,
HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Sunday, March 14, 2010

~~WaLLaWeyHHH~~~

selepas berhari-hari dalam minggu ni aku asyik menaip tesis sampai otak pun sama naik serabut, aku terfikir nak keluar pergi makan angin, jalan-jalan dengan yang tercinta... tak ada idea lain yang kitorang boleh fikir kecuali keluar tengok wayang.... aku bukan tak nak, boleh ja sebenarnya pergi tengok wayang ni tapi tak terasa nak menghabiskan masa dalam panggung pun semalam... aku just nak keluar tengok-tengok pantai ke, mandi sungai ke, lepak kat tasik ke... nak pergi putrajaya takut sesat... then, aku pun mesejlah si wani, bertanya bagan lalang di mana yeaa?? sekali dia pun cakap jomlah kita pergi sekali satu kereta petang ni pukul 5... aku terus set, on!! hahahahha tepat pukul 5 tu kereta azri dah siap tunggu depan foyer kolej ungku omar... aku sampai pun tengok shahir pun dah sampai.. kitorang naik kereta gerak pergi kolej aminuddin baki pula, ambil yang tercinta... then barulah gerak kami berlima aku, yang tercinta, wani, azri dengan shahir ke bagan lalang... tak jauh perjalanan ke sana, dalam 45minit ja... tapi membuatkan kita fikir tempat tu jauh sebab ikut jalan kampung, berliku-liku dan agak bahaya kalau drive waktu gelap sebab terhad giler lampu jalan kat kawasan tu... dalam pukul 6.15 petang kitorang sampai... turun ja dari kereta azri, aku dah boleh rasa angin laut... sedapnya rasa!!!! then, apa lagi mulalah azri dengan shahir dengan layang-layangnya, wani dengan pasirnya (kerja menulis atas pasir ja perempuan tu ahahhaha), aku dengan yang tercinta lebih suka main ombak... sedap giler rasa dapat main air laut walaupun tak adalah jernih sangat... biasa jaa.. dalam sejam kat tepi laut, kitorang naik pergi kedai makan... kedai makan seafood... kitorang order ikan bakar, sotong goreng salut tepung, kerang rebus, siput lala, ketam, sayur goreng belacan dan telur dada... memang banyak dan puas hati... tapi kesian juga dekat yang tercintaku yang alah dengan makanan laut ni.. wlaupun begitu dia bedal juga ketam sebelah hahahaha lepas tu mulalah gatal-gatal hidung... sebab tu kitorang ambil telur dadar takut yang tercinta ku tak boleh makan, ikan dia boleh makan cuma benda-benda lain yang dia alah... selesai makan, kitorang jenguk-jenguk pula gerai-gerai kat situ... lebih kurang pasar malam lah... ada jual baju, kasut, pelampung, makanan dan macam-macam... dalam pukul 9.30 kitorang gerak balik ke UKM... memang enjoy lepak kat sana walaupun tak ada buat apa sangat... tapi memang tulus dari hati aku memang enjoy dapat lepak sekejap dari tekanan hidup sebagai seorang pelajar tahun akhir yang banyak giler kerja nak kena buat....

Wednesday, March 10, 2010

~~SisTeM PenDidiKaN MaLaySia HanYa SesuAi unTuK WaNiTa??~~


sekadar berkongsi dengan artikel yang aku baca hari ni dalam akhbar kosmo yang megupas isu kenapa wanita atau pelajar perempuan lebih berjaya dalam pelajaran, lebih banyak mendapat tempat dalam ipt dan juga lebih tinggi demandnya dalam peluang pekerjaan.... Isu lama tapi sampai sekarang masih tak nampak ke mana perginya lelaki-lelaki kita dalam ipt dan sebagainya... dari temubual bersama pakar sosiologi klinikal yang namanya aku rahsiakan, punca lelaki kita tenggelam adalah disebabkan oleh sistem pendidikan negara kita yang terlalu pasif, pelajar hanya duduk dan mendengar apa yang cikgu-cikgu kita cakap dan kemudiannya buat kerja rumah... sistem pelajaran kita dikatakan tak sesuai dengan pelajar-pelajar lelaki kita yang kita tahu lelaki bersifat aktif, suka mencuba dan tak boleh duduk diam... sejujurnya, aku sokong dengan pendapat pakar ni, sebabnya memang kerja perempuan ja yang duduk mendengar dan buat apa yang disuruh... perempuan lebih kepada mendengar dan menghafal... sebab itulah ramai perempuan atau wanita di ipt... dan disebabkan ini jugalah perempuan nampak jauh ke depan, tinggallah lelaki jauh-jauh di belakang... tapi, ada juga lelaki yang mampu sampai setaraf dengan tahap perempuan dalam pelajaran...


aku juga ada buat kajian pasal pendidikan malaysia untuk tesis tahun akhir aku... tapi bukanlah berkaitan kenapa perempuan lebih banyak di ipt berbanding lelaki... sekadar menilai relevan ke tidak tentang isu berkaitan... dan hasil dari pemerhatian aku, aku rasa sistem pendidikan kita agak perlahan, tiada perubahan dan hanya begitu dari dulu sampai sekarang... sama macam pendapat tokoh di atas, kita hanya mendengar, menghafal dan buat latihan... tahap cemerlang kita diukur dari segi berapa banyak yang kita dapat faham... tak percaya?? korang ingat lagi apa yang korang belajar masa korang nak jawab spm dulu?? korang ingat lagi apa yang korang belajar pasal biologi, fizik, kimia dan juga matematik tambahan?? bagi diorang yang memang terus belajar pasal subjek-subjek ni di ipt,memanglah korang akan ingat... bagi individu macam aku?? berani mati aku mengaku, aku tak ingat langsung kecuali beberapa istilah yang menarik dan susah disebut waktu aku belajar dulu, aku ingatlah... algebra, linear dan sebagainya... macam mana pula kalau pelajar-pelajar sekolah kita diajar pasal subjek English?? boleh diorang fasih bahasa tu kalau sekadar dengar, belajar, hafal dan buat latihan?? sebab tu lah aku setuju dengan pendapat tokoh di atas, memang sistem pendidikan kita terlalu pasif dan banyak bergantung kepada memori... berapa lama dan berapa banyak sangat kita boleh ingat tentang satu subjek tu kalau semuanya nak dihafal?? bukan nak mencabar kementerian pendidikan atau sebagainya, sekadar berkongsi pendapat yang tulus dari fikiran aku...

Saturday, March 6, 2010

~~NgeRi~~

selalu aku mengalami detik-detik yang perit tapi kelmarin lebih perit dan ngeri... aku tak pernah-pernahnya accident tapi kelmarin terjadilah satu sejarah... time tu aku dengan yang tercinta naik motor (of course aku yang bonceng)... kitorang dari kolej memasing nak kuar, aku nak balik kampung, yang tercintaku pula nak balik rumah kakak dia di setiawangsa... around 12 tengahari tu kitorang keluar, sampai dekat simpang masjid ukm tu tengah crowded... jammed giler!! semua orang nak keluar lunch or nak solat jumaat... setahu aku, yang tercintaku dah bawa habis slow, mungkin dah takdir yang tersurat sejak azali... keluar 1 kereta kancil dari jalan masjid di sebalik line kereta yang sesak nak keluar tu, yang tercintaku brek, tapi yang kereta ni lewat brek... dilanggarnya motor kitorang, terseret sikitlah dan kemudian terjatuh... sakit dowhhh!!! tambah ngeri bila aku tengok luka sana-sini ( I hate blood!!).... time jatuh tu jugalah aku rasa kejang giler kaki kiri aku, langsung tak boleh gerak!! apa lagi, bercucuran lah air mata aku menahan sakit dan maybe juga terkejut.... then, orang yang langgar kitorang tu hantar aku ke pusat kesihatan, yang tercintaku still dengan motor, dia nampak steady ja ok?? dah kat pusat kesihatan tu, doktor tu cuci luka dan check apa yang perlu.. dia cakap tak ada yang teruk just luka-luka kecil... kecil tak kecil, sakit tetap sakit!!! hari ni lagilah sakit, dah mula membengkak sana-sini, luka-luka dah kering just time mandi tu agak susahlah... pedih kena air,terpaksa angkat kaki tinggi sikit... huhuhuhu macam ni rupanya accident... ni baru kecil, yang besar patah sana-sini, putus anggota badan dan sebagainya??? memang ngeri!! apapun aku bersyukur just luka dan calar ja, tak ada patah kaki, patah gigi or apa-apa yang lebih teruk...