Saturday, December 4, 2010

~~ToLonGLahhhh!!!~~

sejak bekerja, aku dah jarang sangat nengok tv nya, banyak tengok movie online tak pun ambil ja dari mana-mana sumber, boleh simpan dan ulang tonton di waktu senggang... selalu kerja pun, otak jadi tepu, mood pun senang berangin ala-ala ombak tepi pantai kan?? so, sekali-sekala ambiklah cuti berehat... waktu rehat ni jalah boleh nak layan tv nya... jujur aku cakap, boring betul yea tv malaysia sekarang?? kalau yang berbayar pun kerja mengulang ceritalah pula... kalau dulu petang-petang, seronok betul layan cerita cina tvb dari hong kong tu, takpun cerita mexico... ya Rabbi, hari-hari tunggu episod seterusnya... sekarang banyak cerita seberang yang entah apa-apa jalan ceritanya.... dahlah mengarut serabut semuanya, panjang beratus-ratus episod pula... ko boleh tidur depan tv yea?? lagi satu yang aku jadi meluat tengok tv sekarang, banyak cerita melayu yang tiru cerita Hollywood... ko tak ada idea ke?? kalau dah tak ada tu, jangan tiru cerita orang, jangan buat cerita... tak menjadi pun ok?? buat orang kutuk ja... tak nak lah spesifikkan di sini tajuk-tajuk cerita yang aku kata meniru tu, sendiri kaji... dah dekat 5-6kali juga aku tengok cerita 'Seribu Kali Cinta' kat tv3 tu... bukan minat pun tapi sebab tiada pilihan, bedal jalah tengoknya hah.. yang paling aku tak boleh terima ialah loghat utara yang entah apa-apa... haduii, tak buat kajian ke?? baik pelakon atau pengarahnya atau krewnya, takkan tak perasan kesalahan pelakon yang menyebutnya?? yea, korang bukan asal dari utara macam aku, tapi takkan tak buat sikit kajian... orang lain buat cerita guna loghat utara, ok ja?? korang boleh pula Isyak' di sebut Isyaq'... haduiii!!! tak pernah dengar yea orang utara sebut macam tu, kitorang sebut Isyak' juga derrr... lagi satu, degil dipanggil degiaq... what the??!! it's not degiaq!!! kitorang sini panggil ketegaq, ok??? dan macam-macam lagi loghat utara yang caca-merba dalam cerita tu... apapun, aku cadangkan, sila kaji dan belajar dulu mana-mana loghat negeri sebelum buat cerita... sakit telinga dowhhh dengar loghat entah apa-apa ni...

p/s: sekadar menegur...;)

Wednesday, December 1, 2010

~~InTeRvieW KaraNG EseI???!!!!~~

dah banyak jenis interview aku pergi, aku join... mostly semuanya ada respons tapi disebabkan swasta, family aku tak bagi aku lapor diri kerja kat sana... akibatnya, menganggur~~ damn!!! tapi sekarang, aku dah mula aktif hunting for jobs lagi... dan sekarang juga tengah aktif attend interview sessions around Malaysia...*wuuuu dah macam melancong kan?? hahahhaa* baru beberapa minit yang lepas, aku dapat 1 lagi respons baik... dari sebuah syarikat penerbitan utama Malaysia... tapi yang tak sodapnya, dia minta aku mengarang a short essay in 300 words... what the??!! dah lama tak mengarang esei, aku rasa otak ada sikit bekulah... macam mana ni?? right after the call, until now, I'm trying to get my points for the essay... and suprisingly, it's none!!!! aku ada berapa jam ja lagi ni sebab kena hantar hari ni juga... risau ya Rabbi!!!

~~Huh DasaRRR!!~~

ni bukan entri nak marah-marah, nak maki-maki, saja ja nak buat gemparrr... hehehehe aku nak cerita sikitlah, bukan pasal berkira or what so ever, tapi ni hak pekerja *tetiba kan???*... elok-elok aku dah set cuti, set planning baik punya, ko nak tarik balik cuti aku, suruh aku datang kerja kan??? ohhhh banyak cantik muka ko.... aku dulu kelas pun banyak buat cuti sendiri tau, tak ada kecoh-kecoh pun... tak ada pun lecturer suruh datang ganti kelas... kan??dah kata sebulan cuti 4kali, so aku hak nak cuti cukup 4 kali atau pun kurang... takkan kasi can lah sama lu hahahahahha *evil mode*

p/s: mau berubah angin ;)

Tuesday, November 30, 2010

~~KenAPa meSTi Ada YanG KeduA??~~

yea, kenapa mesti ada yang kedua??!!~~ kenapa?? why?? porke?? buweyo?? huhuhuhu opsss apapun, jangan salah faham... ni bukan cerita cinta, poligami, ditinggalkan kekasih, mahupun suami gara-gara orang ketiga.. kejap dua, kejap tiga kan?? hadorr~~ pagi tadi, aku dapat call dari satu IPTS yang aku pernah pergi interview dulu... dah dia call lepas interview, what do you aspect?? aku sangkakan call dia tu mampu merubah hidup aku ke lebih cerah, cemerlang dan terbilang.... dan secara jujurnya, I'm trembling ok while answering the call right after I know it's from the instituition.. the trembling the turns to disappointing then, right after she asked me for 2nd interview.... what??!!! kenapa mesti ada 2nd interview?? kenapa tak panggil aku kerja terus ja dah tau aku lepas interview?? kenapa nak interview lagi??? huhuhu bukan apa, aku bersyukur sangat tau bila di panggil interview tu, tapi tak terasa aku ni dah terlambat ke?? dah berbulan konvo, kerja biasa ja... tak sedih ke hidup aku?? walaupu kerja ibarat menganggur kan?? nak juga merasa gaji ribuan ringgit tambah overtime, elaun, socso dan lain-lain... *aku mata duitan?? mungkin kott* huhuhu pokoknya, aku rasa dah sampai masa untuk aku tukar kerja kepada kerja yang lebih menjamin masa depan.... jadi, cepatlah!!! hoping for a great news immediately!!! pleaseeeeeee~~~

p/s: photo taken from google images..thanks ;)

Sunday, November 28, 2010

~~ WeyHH KaU PeNgoToR siaLLLL!!!~~

lama tak berblogging, tetiba hari ni macam banyak benda pula nak cerita dan nak berkongsi... ampunkan saya di atas headline di atas yang mungkin nampak macam brutal dan kurang ajar habis, tapi saja nak tambah metafora bagi entri ni... ok, dah sedia?? mari rapat-rapat, cerita dah nak mula ni.... semalam, ada seorang bapa dan 2 orang anaknya datang ke tempat kerja aku... handphone dia ada masalah sikit, tanya itu tanya ini, ok kitorang boleh settlekan.. tak ada masalah dowhh~~ tetiba tengah bertanya tu, anak perempuan dia muntah!!! yea anak dia muntah!!! muntah di mana?? of course lah muntah dalam premis kerja aku ini.. oooooooohhhhhhhhhh *gaya hasbullah awang ulas berita sukan* secara jujurnya, aku tak kisah... aku boleh toleransi lagi, budak-budak kecil muntah kan?? tapi yang aku jadi musykilnya, budak ni menangis kot, cakap kat bapa dia, "ayah, adik muntah"... bapak dia boleh kata "tak pa,tak pa" sambil sibukkan diri dengan handphone dia... what the....????? selalunya lah kan, kalau anak kita muntah, kita mesti jadi kelam-kabot, cari tisu, cari toilet, sibuk nak relaxkan budak kan?? ni x, buat selamba bodoh ja, biar budak tu merengek-rengek sambil muntah berulang kali!! betol ke anak dia?? huhuhuhu

p/s: menghabiskan 2-3 genggam sabun serbuk untuk mop lantai selepas kejadian di atas... damn
!!

Saturday, October 23, 2010

~~ sEpARUh MaTi??~~

blog aku ni dah macam separuh mati... berzaman tak update huhuhu hari ni mood nak menulis timbul lepas membaca blog seorang kawan aku... she's got style in blooging!! tahniahlah nadey dengan blog biawak gorengnya hahahaha well, aku ada masalah lah sekarang.. kenapa rambut aku makin banyak gugur?? nak kata makan maggi, lepas keluar U tak pernah pula akui sentuh maggi ni tau...salah syampoo?? mustahillah... selama ni aku pakai jenis yang sama ok ja.. ada masalah?? apa masalahnya sampai hampir botak aku dibuatnya??
tak nak jadi macam ni!!!

huhuhuhu perlukan petua menjaga rambut supaya tak gugur lagi.. itu sahajalah update ku kali ni, next time aku story lagi..jangan mati lagi sudeyhhh hahahhaha...

Friday, October 1, 2010

~~SuNggUh TeRkiLan~~

pernah korang rasa sedih, terkilan sangat bila korang tak buat benda tu tapi dituduh buat... dahlah dituduh buat, dimarahnya kita atas benda yang kita tak buat... kalau sekalipun nak tegur, kenapa mesti guna bahasa kasar?? maki orang bodoh, bangang, tak ada otak... tak terfikir kah orang lain pun ada hati dan perasaan?? kalau orang luar tak terasa sangat bila dimaki, ditengking depan orang ramai, apa perasaan korang bila ahli keluarga kita yang lebih tua, tinggikan suara, maki kita dengan panggilan-panggilan sumbang di khalayak ramai??? terkilan bukan??