Sunday, June 12, 2011

~~KeRaP MiMpi YanG NgeRi~~


medey2.. saya perlukan seorang ahli firasat.. bukan.. ahli nujum?? nope, seorang peramal mimpi *betul ke istilah ni*?? huhuhu kenapa saya perlukan peramal mimpi?? sebab dua-tiga bulan ni, saya kerap sangat bermimpi benda-benda yang kejam dan ngeri... mungkin disebabkan banyak sangat terdedah kepada berita-berita kejam dan tragis masyarakat sekeliling kita sekarang ni... asal tengok televisyen, ada orang kena bunuh, kena simbah asid, kena ragut, kena cabul, kena rogol waaaaaaaaaaaa duniawi~~ bila baca berita pun sama, benda yang sama berulang-ulang, baby kena buang, orang kena bakar, orang kena kelar, orang kena bunuh, merompak, pecah rumah, waaaaaaaaaaaaaaaa masalah duniawi lagi... sampai satu tahap kalau saya tak boleh tidur malam, saya akan mula fikir bukan-bukan... mula terbayang rumah kena pecah, itulah inilah... lepas tu gabra sorang-sorang bertemankan bantal busuk sampai lena balik.. damnnn!!

berbalik kisah mimpi tadi, hurmmm tak pasti patut atau tak saya ceritakan di sini tapi better saya cerita jalah kot, bagi terang lagi bersuluh kisah saya... mimpi pertama saya, saya pernah mimpi seorang ahli keluarga saya kena tikam depan mata!! ceritanya, saya tengah bersembang-sembang dekat ruang tamu rumah saya dengan ahli keluarga saya, tetiba ada satu objek terbang dari luar rumah dibalingnya oleh seseorang dan tertusuk atas badan seorang ahli keluarga saya ni tadi... cuma yang nampak, ada dua orang lelaki atas motosikal dan ahli keluarga saya yang nyawa-nyawa ikan... tersentap dan saya terjaga dari tidur, air mata bergelumang atas muka, sumpah ngeri!!

mimpi kedua, saya dan emak saya baru balik shopping.. on the way nak ke kereta kitorang, ternampak banyak sangat anjing-anjing yang besar-besar tu, jenis pitbull tu merayau-rayau.. tetiba jalan depan sikit, saya nampak ada seekor kucing yang terburai isi perut dia... terus saya jerit dan terjaga dari mimpi... persoalannya sekarang, apa masalah saya?? apa masalah saya yang asyik termimpi-mimpi benda-benda yang tragis sebegini??

Sunday, May 8, 2011

~~ KurAng perhatiAn TerHadap BloGGinG ~~


a short entry for today... saya sangat sibuk dewasa ini, dengan segala program dan tugasan... saya memang kurang memberi perhatian terhadap blogging sekarang ni... huhuhuh apapun, saya cuba kembali aktif di masa hadapan... saya baru selesai aktiviti merentas desa... sepanjang hidup saya, inilah program merentas desa paling mahal dowhhh!!! selaku ajk, setiap ajk kena luangkan rm60 untuk tujuan perbelanjaan!!! what the??!!! ingat saya anak menteri apa?? coming up next, program gigi, starting from tomorrow until this thursday... again, selaku ajk... interested?? come n join us at IPG Kampus Tuanku Bainun, we'll be there ;)

Saturday, April 30, 2011

~~RaHsiA 1 Mei~~

Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang ‘makan gaji’.

Tarikh 1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.

Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi

Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.

Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?



Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati

Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.

Apakah Illuminati ?

Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.

Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.

Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.


Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia

maydance Rahsia Tarikh 1HB MeiTarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.

Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritual penganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.


Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia

Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.

Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang berajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.

Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.


Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller

18489 1005340746 Rahsia Tarikh 1HB MeiPada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaitu Withrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.

Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.

Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorang Grand Master Lodge.

Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.


Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta

Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.

Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi. Lihat artikel ini.


Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio

eisnermicha Rahsia Tarikh 1HB Mei Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akan misi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.

Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,

“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be”
-Michael Eisner, May 1, 1989

Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak.

Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.


Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam

Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihak Illuminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.

Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell Biology, The Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.

Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefeller mengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.


Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust

Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.

Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.

Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

Kesimpulan

Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.

Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.

Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

Sunday, March 27, 2011

~~EarTh HouR~~


nak bertanya lah sikit kan, korang tau tak semalam adalah earth hour?? hahhhhh buat pengetahuan semua, semalam 26 Mac 2011 bermula jam 8.30 malam adalah earth hour.. tapi yang peliknya, macam tak wujud ja benda tu... bahkan semalam, masa tu lah saya dan family ke sebuah dewan, untuk menghadiri satu majlis kenduri kahwin yang menggunakan segala lampu, speaker dan hiasan-hiasan lain yang banyaknya.. jadi, efektif ke earth hour tu kat Malaysia ni?? huhuhuhu sabo jalah~~

korang dah baca akhbar hari ni?? tajuk penting untuk semua rakyat Malaysia selain video panas Datuk 'T' *tolonglah para pemimpin buat kerja berfaedah sikit, motif buat benda-benda panas??*, Malaysia semakin hampir dengan titik gempa... jadi, di sini teranglah lagi bersuluh, kita semakin terdedah dengan bencana alam yang satu ni... jangan duduk saja lagi, berlakon selamat lagi... kita semakin terancam, bawa-bawalah ingat Tuhan yea??

more details on this link>>>>>> http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Friday, March 25, 2011

~~EnTri PaNas!!~~

sumpah aku tak puas hati dengan 1 online company ni.. macam bagus ja... kau kalau nak meniaga belajar etika ok?? this is not my 1st time I'm dealing with online businesses but perhaps you are!! dah seminggu barang aku tak sampai-sampai, bila tanya kau salahkan pos!!! daaaaaa, kau yang tak reti nk handle, kau salahkan orang... dasar lahar!!!!~~ send out my stuff or return back my precious money by this week you idiot!!!

Sunday, March 20, 2011

~~CaTataN Hari PerTamA CikGu NaKaL~~


wohoooo dunia saya sekali lagi berputar... makin banyak benda-benda baru yang berlaku dalam hidup saya... yeahhh, suatu masa dahulu, saya dah kata, menjadi seorang cikgu ni mungkin pilihan terakhir dalam diari saya tapi yang peliknya, pilihan terakhir tulah yang menjadi... selepas hampir 3 bulan di IPG, elaun pun dah masuk heheehe, saya dah terbiasa dengan disiplin guru dan etikanya, saya pun dah mula ke sekolah hari ni.. terkenal sebagai budak nakal sejak sekolah, bangun pagi nak bersiap ke sekolah memang masalah besar buat saya... saya selalu ja kena hon dengan van sekolah masa sekolah rendah dulu sebab lambat.. masuk sekolah menengah, kena tinggal terus dengan bas sekolah, tak ada hon-hon warning lagi dah, akibatnya, naiklah teksi ke sekolah.. perghh habis duit belanja bayar teksi ja... tapi banyak kali juga terus tak pergi sekolah hahahha confident balik rumah cakap tak sihat... masa tu, mak ayah dah tak kisah, tapi exam kalau gagal, memang matiiiiiilaahhhh~~

so, pagi tadi saya bangun jam 6 pagi, masa tu saya tahu keadaan di luar rumah sedang hujan... what?? bangun awal waktu hujan?? oohhh rugi giler~~ dengan malas, kemas bantal semua, saya masuk dapur dulu masak nasi buat bekal ke sekolah... lepas tu saya kejut mak saya *ni apa cita saya bangun dulu dari mak saya ni???* mak saya dengan selamba cakap, 'ahhh mandi dulu, nanti mak bangun'... sesungguhnya, mandi pagi di waktu hujan adalah seksaan... sejuk!!~~ tapi sebab tak nak lewat lapor diri ke sekolah sebagai cikgu muda lagi, saya gagah mandi juga, hasilnya, keluar bilik air menggigil-gigil!! dasar orang tak bangun pagi langsung kan?? kantoi di situ~~

biasalah, awal minggu bila kat sekolah mesti ada perhimpunan.. dah saya punya option sekolah cina pula, sepatah apapun saya tak faham... ehh tak, faham!! perkataan 'lausheee' jalah, cikgu maknanya hehehehe hari ni kitorang tak masuk kelas lagi, cuma diberi kesempatan untuk bersiar-siar tengok kawasan sekolah... agak menakjubkan sekolah cina di kawasan kulim kedah ni, satu sampah pun susah nak jumpa dan konsep hijau pun masih dikekalkan... kat mana-mana mesti nampak pokok bunga pelbagai jenis... tapi mostly, bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia dan dijaga dengan mekarnya... cantik sangat!! murid-muridnya pula, yeahh saya setuju kalau orang kata mereka ni ada disiplin yang tinggi... masa tengah meronda-ronda tu, nampak satu kelas tanpa guru tapi semua diam ja, sibuk menulis... kalau nak bising pun, waktu rehat dan nak balik... saya pun bising kalau dengar bunyi loceng rehat dan balik... dengar bunyi loceng rehat ja, saya jerit 'REHAT!!!', balik pula, 'BALIK!!', sambil berlari ke pagar sekolah laju-laju... *korang percaya ke saya lari??? huhuhuhu*

Saturday, March 12, 2011

~~CuTi YaNg PaLinG saYa SuKa!!~~

siapa tak suka dengan cuti kan?? cuti ni lah penyelamat keadaan dan penghibur dikala duka.. kalau masa belajar dulu, saya siap buat cuti sendiri lagi... maklumlah, STRESSS~~ kita kena pulihkan keadaaan diri kita baik dari segi mental dan emosi, tak gitu?? hehhehe maka dengan ini, bermulalah cuti panjang saya sebagai guru pelatih, seminggu ja, tapi oklah, ada masa untuk diri sendiri... terima kasih kementerian Malaysia... saya bangga menjadi warga kerja kerajaan kita.. bersempena dengan itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti buat semua rakan-rakan kelas KPLI saya batch januari 2011... cuti-cuti juga, kerja sekolah jangan lupa, masih banyak yang perlu disiapkan, hadoii~~ ni pun, baru lepas mail kerja dekat lecturer, lambat sudah tauuu?? takpa, buat perlahan-lahan... dan jangan lupa juga pengalaman berasaskan sekolah kita.. waaa kalau lupa ni, sia-sia mengaji teruk-teruk ok??

p/s: takziah juga buat Jepun atas peristiwa yang menimpa kalian.. be patient guys, you'll be just fine like usual, it's just a test for your country in order to find out the strength of the Earth's community.. I pray the best on you, with love from Malaysia XOXO =)

more news on this site