Friday, December 30, 2011

~~ALL BraNd New!!~~

hujung-hujung disember macam ni, semua dah mula bercakap pasal tahun baru kan?? saya pun nak cakap juga dalam entri saya, biarlah kan.... cliche tetap cliche ;P dalam minggu ni, banyak benda baru yang saya buat, antaranya saya kini sudah berambut pendek.... saya simpan rambut dulu agak lama, almost 2 years... tetapi secara tiba-tiba saya rasa macam rambut pendek pun macam cool juga, semua sebab Running Man... saya tengok Ji Hyo dalam Running Man tu, dia poting pendek rambut dia, nampak comel ja.. saya pun nak comel juga!! makanya, saya pun potong rambut saya dengan berilhamkan Ji Hyo Running Man... Thus, if Ji Hyo could read this entry, please come to Malaysia, shoot Running Man at here for at least one episode because I've already chopped my hair just like your style sweetie~


perkara kedua baru yang saya buat semalam ialah saya dah tukar broadband baru.. kesian broadband lama saya... tak ada masalah sebenarnya dengan broadband lama saya, kekal memberikan perkhidmatan terbaik walaupun dah 5 tahun bersama saya, sejak saya masuk universiti lagi... the only reason why I've changed it, is because my mom... mak saya bising kata buat apa membazir broadband pakej lama maha
l-mahal sedangkan pakej sekarang lebih murah?? well, broadband saya adalah generasi pertama dengan kabel yang panjang tu, tak macam sekarang dah macam pendrive... harganya rm128, sedangkan pakej sekarang boleh dapat dalam rm68 ja... jimat banyak kan?? yea baik, memandangkan lepas ni, saya yang kena bayar sendiri broadband saya, semalam saya dah tukar... pertama kali guna, lancar ja.... kita tengok perkembangannya 5 bulan dari sekarang...

Tuesday, December 13, 2011

~~SaMa JerKKK~~

saya bukanlah peminat setia atau kipas susah mati dua penyanyi ni... diorang buat persembahan ke apa ke, saya tak ambil pusinglah uolsss.... tidaklah membenci separuh mati, cuma saya kurang minat ja, saya ok ja dengar lagu-lagu diorang tapi tak fanatik.... dek kerana saya separuh mati melayan variety show dari korea yang terkini 'Running Man' macam saya ceritakan di entri sebelum ni, kerap pula si lizzy dari kumpulan after school dari korea ni muncul dalam show tu... kumpulan after school kurang popular kat Malaysia ni berbanding Suju, SNSD, WonderGirls dan lain-lain tapi buat sesiapa yang suka tengok program-program, drama-drama dan apa saja yang berkaitan dengan Korea, mesti pernah dengar kan kumpulan After School ni?? suka ja tengok dia, sebab dia energetik *mungkin sebab group dia memang dilatih untuk menari so banyak tenaga* dan antara orang penting nak tolong settlekan mission berbanding 'oppa-oppa' nya yang lain hehhehee dan disebabkan dia sering muncul juga, terasa muka dia ni macam iras seseorang... biarpun ni mukanya selepas dibedah plastiknya, tetapi sama macam muka seorang penyanyi Malaysia ja, Shila Amzah... sokong tak pendapat saya?? ke saya ja yang berangan seorang diri di pagi hari???
notakaki:// mungkin betul orang kata, antara tanda-tanda besar dunia nak kiamat ialah wajah-wajah pelbagai kaum yang berbeza akan nampak sama ja di hujung-hujung zaman....

Sunday, December 11, 2011

~~LunaR EcLipSe~~

~~PenDinG!~~

saya boleh diibaratkan seperti sebuah laptop yang hang hampir sebulan... segala benda jadi pending hehehehe banyak benda yang berlaku dalam tempoh saya tak blogging ni.... for this time being, my time is being filled with movies!! itu ja yang saya boleh cakap kenapa saya dah jarang online sejak kebelakangan ni... saya juga dah jarang buka fb or twitter... saya rasa bosan dengan dua laman sosial ni... sama ja kaedahnya, wissss!! jadi, masa saya lebih terisi dengan kerja-kerja rumah dan yea saya buka laptop untuk tengok movie sahaja heheehe buat masa ni saya tengah ketagih dengan 2 siri realiti dari korea, adik saya yang ajar tengok benda ni.... saya dah habis 1 siri realiti, sekarang tengah fokus pada yang satu lagi....

siri yang dah habis tengok ni dinamakan family outing... lebih kepada macam mana nak sara diri dalam kawasan kampung, kena jadi nelayan, kena jadi pengembala kambing dan buat kerja-kerja kampung.... dalam masa yang sama, ada game yang menarik... kelakar sangat... paling suka kim soo ro dan yoo jae suk!! siri ni ditamatkan tahun 2010 dan ada 85 episod kesemuanya.... satu siri ada berpuluh-puluh episod, manalah saya tak ada masa nak online kan?? sibuk tengok realiti show ja ;)

siri realiti yang saya tengah fokus sekarang ni ialah running man.... kelakar jugak dan lebih kepada macam mana nak selesaikan mission... kalau tak kena denda... siri ni juga masih on progress di korea sana, setakat ni dah ada 72 episod and still running... paling suka kang gary and again yoo jae suk.... seriously, yoo jae suk ni tak nak datang malaysia kah?? dia seorang pengantara di korea dan kelakar sangat orangnya!!!

p/s saya sedang tak sabar tunggu gambar pertunangan saya.... ehh saya dah tunang??!! yea, I'm engaged on 2nd dec ago and I'll update you guys with the photos later ;)

Wednesday, November 16, 2011

~~KeSiaN SoTonG!~~

bukan kali pertama saya mencuci sotong.. sotonglah antara makanan basah yang senang dicuci jika nak dibandingkan dengan ikan dan ayam... cuma buang tulang lutsinar, dakwat hitam dan isi perot *kalau saya yang cuci sotong, dari elok dia bulat jadi kering kontang* saya buang habis isi perot dia...ntah rasa macam geli ja?? hehehhee tengah cuci sotong tadi, ada seekor sotong ni macam ada sesuatu dalam perot dia... saya godek pakai hujung pisau tapi susah pula isi dalam tu nak keluar, macam melekat dan keras... saya guna jari pula, rasa kasar... ehh apakah?? still, saya godek juga pakai jari... sekali keluar ikan kecil daaaa *tak tahu ikan apa, tapi kecil, ikan sardin kot*... ikan tu macam sedang mereput, dah lunyai dah tapi still ada rupa ikan cuma mereputlah... menjerit jugalah saya bila ikan tu keluar dari perot sotong, my first time ever!! rasa geli pun ada bila pegang ikan yang separa lunyai tu huhuhuhu kesian sotong, tak sempat hadam makanan dia, dah kena bawa naik darat... moral of the story: inilah dia kitaran makanan, sotong makan ikan, kita makan sotong....

Tuesday, November 15, 2011

~~MasTeRCheF~~

memandangkan saya sangat lapang bermula semalam, bonda saya telah mengamanahkan saya untuk memasak santapan pada hari ni... yalah tu, bukan hari ni ja, untuk hari-hari akan datang pun, saya yang kena masak kan, mak?? yea, tak apa, saya free.... wehooo!! dari semalam lagi bonda saya telah mengeluarkan beberapa jenis ilham masakan daging... daging korban yang kami dapat, tak sangka banyak juga... alhamdulillah rezeki, terima kasih pada yang bagi... ingat nak habiskan hari ni, takut simpan lama-lama, rasa daging dah tak sedap... macam-macam resipi daging bonda saya sebut, masak kicap, masak paprik, gulai dan lain-lain... tetiba bonda saya cakap dia mengidam sup daging... oh ok.. itu ja?? 5 minit boleh siap sup daging tu kan?? dalam masa yang sama juga, lidah saya idamkan air asam... air asam kalau campur dengan sup daging, voilah!! so, tadi saya dah siap masak sup daging dan air asam, menu kami untuk hari ini... tengah buat air asam tadi, lidah saya kecur... tak tahan sangat-sangat dah dengan godaan di depan mata... siap ja air asam, saya curi daging sepotong, potong kecil-kecil, siram dengan air asam, makan macam sup tu... perghhhh syurga!! saya sukakannya!! memang boleh tambah daging tadi, tapi fikir orang lain kempunan bila saya habiskan daging, cepat-cepat basuh pinggan dan tinggalkan dapur! godaan!

kalau nak diikutkan sebenarnya, saya banyak benda tak makan... saya tak makan petai, tapai, air asam, seafood dan lain-lain.. bila saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tinggal di universiti, saya belajar makan banyak benda... persek
itaran membuatkan kita berubah kan?? sejarah air asam dan saya bermula bila saya singgah makan di Wisma UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti saya hehehe ada pakcik ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap... dari lauk-pauk makanan harian, bihun sup, bakso, mee kari, nasi ayam hinggalah ikan dan ayam bakar serta air asam... jangan main-main, tengahari dah ada ikan dan ayam bakar ok?? saya cuba makan dan besoknya saya datang lagi dan hari-hari berikutnya juga saya datang lagi... menu yang sama, cuma nasi kosong, ikan bakar dan air asam... pakcik, air asam mu yang terbaik!! tapi sekarang, saya dah buat sendiri hehehhe

Sunday, November 6, 2011

~~HoLd YouR TriGGErS!!~~

alright, happy eid people!! how's your celebration?? I guess you guys have the same routine like usual, meeting relatives, eat and have a great time with your family members... or perhaps you have to work or do your assignments or study for your final exam *things that I should do, but sorry later!* hahahhaa what about me?? this is unbelievable!! all my family members are actively participated on our grand gotong-royong ever!! yes, on eid day, how's that?? funny is it?? people do the house chores before celebration while we are doing it during celebrations... you have a great time?? ohh yes, so do my family and I, just more FUN!!

so, we met our old books, clothes and toys!! seriously, I'll never realized that we have such amazing toys before!! we had played cooking, act like a doctor running the operations, bowling, guns and bullet are everywhere, guess we are the old cowboys previously and lots more!! what did I love the most?? of course guns and bullets!! more triggers baby!! hahahahaha so each of us, three sibling took one and we did played like we are the army... stupid!! we are not that age already but still we have fun playing it!! guess we should try paintball... among all of us, I have about 4 guns by my own... why?? because I saw it first!!! yeahhh, and I've put my brother's old helmet as well, it's a kid one but it fits my head!! serious! no joke!! hahahaha

my guns!!!
my safety helmet... what?? we are having war, we need helmet!!