Wednesday, January 2, 2013

I Want My Tupperware!

good afternoon people... how's your day? mine is super cool! I've started my 1st day of teaching for 2013 and nothing much to do yet, isn't it awesome where you've went to work but you don't have any work to do?? hhhehehe well, here comes my story of the day... I am teaching morning session and I didn't teach my previous classes and pupils at all, where I believe it is a tragedy... because I was so close with them, I'm getting to know each one of them but suddenly my pupils are changing for this year... I missed them seriously! so, I was in the staffroom, 'studying' a bit about the textbooks then came one of my previous and special pupil... he's coming to the staffroom, searching for his class teacher and start mumbling, yelling 'I want my tupperware!' 

you have to know, this boy is super special... he is one of the slow learners, he can't even write his own name but his English is first class with some kind of British accent... he comes to school for picnic, seriously he is not learning... while I'm teaching, he will suddenly ask me to hide, the enemy has arrived... he even asked me to find him Mr.Bean because he never see Mr.Bean for real... he asked me to ride his imaginary horse and lots more thing... there once, he asked me to bring my toothbrush and toothpaste, he kept repeating that for the whole period of mine, then only I knew he was learning about how to brush our teeth properly...

so today, he was crying, mumbling, yelling asking for his tupperware because he forgot to bring it to school... he kept repeating, ask for his tupperware... hehehehe such a pure boy!

Tuesday, September 11, 2012

~~MaRi BerJuaNG!~~

lama tak buka blog, tak tahu nak mulakan macam mana... berbelit-belit memikirkan idea bernas *konon*... sibuk sangat sekarang ni, jari- jemari ini hanya memegang laptop di waktu yang mempunyai tugasan, nak lepak-lepak layan internet di hujung minggu, download lagu-lagu, video dan menonton movie, yeahhh!! apa?? tak boleh ke cikgu-cikgi nak melepak depan laptop cenggitu?? tak payah nak bahan sangat yea?? apapun kerja kita, buat dengan ikhlas, jangan asyik nak dengki, tak baik... tak berkembang otak dan minda kita...

ni nak kongsi sikitlah pengalaman menjadi pengawas peperiksaan UPSR ni... pengalaman pertama, maklumlah kerja pun baru tahun pertama kan?? masa mula-mula nak mohon jadi pengawas tu, niat cuma nak mencuba dan menimba ilmu dan pengalaman... pergi mesyuarat, taklimat bagai, maka akhirnya saya dipilih sebagai pengiring ketua pusat, tolong ambil dan hantar kertas-kertas soalan dan jawapan calon... tu pun saya terima dengan rela, niat nak menimba pengalaman, lagipun saya bujang, berbanding pengawas-pengawas lain yang majoritinya sudah berkeluarga... akibatnya, bangun awallah saya, seawal pukul 4.30pagi uolsss, tak pernah-pernah bangun seawal tu sebab saya mengajar di sesi petang... merasa jugalah air paip subuh yang hening tu, selalu mandi tengahari ja kan?? sudah selesai bersiap, bergeraklah saya ke bilik kebal menjalankan tugas seawal 6.00 pagi... 

hurmmm nak mengambilnya oklah, nak sign itu ini pun ok... sekali kena angkut sendiri dowhhh kertas-kertas tu semua... perghhh berat bukan main!! kerja-kerja pengiring ni patutnya cikgu lelaki yang buat derr... tapi nak buat macam mana, pengawas lelaki tiada di pusat saya... dahlah pusat periksanya tingkat 4, penat giler kot! nak mendaki tangga lagi dengan beg kertas soalan yang mencapai berkilo-kilo tu... tiga hari macam ni, boleh naik muscle wooooo~~ nasib saya muda remaja gitewwww, cuba bayangkan kalau pengawas yang dah berkeluarga tu yang mengangkatnya?? hurmm kesian... pengalaman~~ apapun selamat maju jaya buat semua calon UPSR 2012... 

Saturday, April 28, 2012

~~BuKaN seNgaJa Nak LambaT~~

hurmmm ni kisah pagi tadi selepas menghadirkan diri ke kokurikulum di sekolah... sekolah saya terletak di dalam kawasan pekan cina yang kecil dan jalannya cuma satu hala... pekan kecil ni saya panggil China Town.. so what?? my own China Town even I'm not in the real China... dah hari-hari pergi sekolah, kawasan kecil ni bukan lagi masalah bagi saya.. kira dah lali gitu... pekan ni dah lah kecil, bila ada kereta berhenti tepi-tepi jalan sebab nak turn beli barang, jadi jem lah.. kereta tu dikira block jalan sehala ni... tapi memandangkan dah lali, tambah-tambah time puncak, kira macam cool lah... tak apa, saya boleh tunggu...

keluar ja dari pintu pagar utama sekolah, ada sebuah kedai makan cina.... pagi tadi masa keluar dari pintu pagar utama, saya nampak pakcik India yang tua dan kudung, atas kerusi rodanya baru keluar dari kedai makan tu... saya kira dia pergi beli makanan sebab boleh nampak bungkusan makanan di handle kerusi roda tu... pakcik tu kayuh kerusi roda dia tepi jalan ja, tapi sebab jalan sempit, saya yang mengekori dari belakang ikut jalah belakang pakcik perlahan-lahan... bagi saya tak apa, ikut ja... biar kita lambat jangan terlanggar dia pula... lagi satu kesian kat dia... dia pakai kerusi roda, bukannya naik kereta yang boleh memecut suka hati ja... disebabkan enjin kereta saya pun tak bunyi kuat sangat, pakcik ni mungkin tak perasan saya di belakang dia, walaupun boleh ja kereta kecil saya nak potong dia... tengah layan ikut pakcik tu, ada kereta belakang ni, rasanya jenis Hilux yang besar gajah ni, pergi hon panjang derrr kat saya... kira saya lembap lah katanya!! sempat saya tengok dari cermin sisi, satu family cina dalam kereta tu...yang saya tak boleh terima di akal saya ialah dia kan kereta besar, tinggi dari kereta kecil saya, takkan tak nampak pakcik berkerusi roda depan saya ni?? perlu ke nak hon panjang uolsss??? akhirnya, pakcik ni kayuhlah kerusi roda dia laju-laju ke tepi sebab nak bagi ruang kereta jalan... saya tak peduli, saya tak potong pakcik tu sampai selamat dia ke tepi, biarlah kereta gajah tu nak hon ke nak maki... masa saya potong pakcik, pakcik tu sempat toleh ke arah jalan.... hoiiii kesian kot!!! tak ada hati perasaan punya cina.... berlagak seyhhh!!! kereta besar bukan maksud kau raja jalan...

Wednesday, February 8, 2012

~~A suCCessFuL StoRy of A MonG tEacheR~~

another entry.. well my fingers are getting hardworking these few days... they have done lots of work perfectly... well done fingers!! this is my third week as a new teacher.. gosh, it's already about a month to reach... please hurry Mr. time, get fly to November silently! in these three weeks as a teacher, I'm starting to get used to its new surrounding, the senior teachers and of course the pupils as well... like I've told you guys before, most of them cannot understand either English or Malay Language... but I guess I've already found my chemistry along with the pupils... no more shouting to ask them to keep quiet and no more harsh... I've just need to give some hints they will understand by themselves... good pupils are they isn't it?? do you want to see our good 'relationship' for this week?? have a peek on these photos... these are the true proof that we are now connected and I'm officially a SJKC English teacher!

Wednesday, February 1, 2012

~~BagUsLah Tu Dik~~

selamat pagi dan selamat hari wilayah... hurmm memandangkan saya tinggal bersempadan dengan wilayag persekutuan, saya kenalah juga pergi kerja petang ni.... alhamdulillah, sudah masuk bulan februari dan hampir dua minggu juga dah ni saya masuk sekolah... semuanya ok cuma masalah komunikasi masih membatasi... bayangkan, saya tengah cakap pasal kolam renang tetiba 2-3 orang angkat tangan.. saya tanya 'kenapa angkat tangan?' budak-budak ni senyup menyumbing.. rasanya diorang ingat saya tanya siapa pandai berenang?? siapa suka berenang?? dan lain-lain... aishhh nak buat macam mana, teacher tak pandai cakap mandarin, tengah belajar ni sikit-sikit... nanti kita sembang mandarin sama-sama ok?? sekurang-kurangnya budak-budak sjkc ni tau hormat saya dan dengar cakap saya cukuplah, teacher ucapkan terima kasih.... bermula hari ni juga, saya akan mulakan tugas hakiki saya, mengajar English.. sebelum ni asyik ajar B.Malaysia sementara ja... nah, cabaran sebenar saya bermula hari ni! saya akan cuba buat yang terbaik macam sebelum ni juga dan bantu budak-budak muda ni faham English better!!

bersekolah sesi petang memberi peluang kepada saya untuk buat kerja-kerja rumah dan memantau persekitaran rumah hehehehe yang paling menarik nak dikongsi di sini ialah satu warung nasi lemak sebelah rumah saya ni... yang meniag
anya bapanya tapi dua orang anak lelakinya yang kecil-kecil tu sentiasa ada datang tolong bapa diorang... tolong angkat barang, pinggan, sapu sampah dan macam-macam lagi diorang buat... bertuah mak bapa dia... baguslah tu dik, pagi tolong mak bapa meniaga, petang pergi sekolah pula yea?? jadilah anak yang soleh dan baik hendaknya... Amin~

Thursday, January 26, 2012

~~UnTunGLah~~

menjengah ke rumah mak saudara saya di Klang waktu-waktu cuti begini memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada makcik dan nenek saya di sini... nenek saya dah sakit, bangun pun agak sukar... nak mandi, makan, tukar pampers dan lain-lain perlukan orang untuk membantu... dah saya ada kat sini, saya tolong lah apa yang patut... hari ni, saya teman makcik saya pergi hospital ambil ubat nenek... pergi dalam pukul 12 lebih juga, bajet tak ramai sebab lunch hour, semua pergi makan... rupanya dari main gate hospital lagi, dah padat... nak park kereta pun habis minyak 2 takatlah... punya sesak... tengah meronda cari parking tu, nampak 3 sekawan lelaki trainee doktor kot... tau dia trainee sebab diorang ada cop uitm kat situ... perghh dari jauh, smart giler!! mau tak smart, pakai macam doktor kan?? profesional habislah... tapi jalan melenggang kalah perempuan melayu sejati... coiyyy! diorang nak naik kereta, nak start enjin kereta dan reverse pun lembap... alahai tak macho langsung doktor-doktor ni... ni kalau pesakit kronik tunggu, sempat putus nyawa lah.... pernah ja jumpa doktor-doktor dalam Malaysia yang lain, hensem berganda dari diorang ni pun ada tapi jalan macho ja... so tiga sekawan ni apa masalahnya?? huhuhu lepas ambil nombor, makcik tinggalkan saya kejap sebab nak jumpa kawan lama... makcik saya sister kat hospital ni jugak dulu, tapi dah pencen... masa tunggu sorang-sorang tu lah, saya rasa macam saya ada di pasar tani... bising Tuhan ja yang tahu... hello, hospital kot! pusing kiri, Myanmar... pusing kanan, Bangladesh.... depan, Indonesia... oh ok, tau dah puncanya... diorang ni kalau bercakap mana boleh beza zon senyap atau tak kan?? disebabkan diorang ni sampai dulu dari kami, diorang punya turn awal sikit lah... sempat saya tengok diorang usung kotak-kotak ubat dari kaunter masing-masing... hurmm untunglah korang~~ walaupun bukan warganegara Malaysia, kerajaan kami still jaga kebajikan korang... agak-agak kalau kita kat negara diorang macam mana yea?? saya tak pernah berurusan dengan pihak hospital luar negara, so tak tahu pergerakkannya... tapi still saya rasa pendatang asing yang datang Malaysia ni beruntung sangat-sangat.... jadi tolonglah wahai pendatang asing, sila ikut peraturan norma timur Malaysia... jangan buat kerja-kerja tak elok di Malaysia... jangan naikkan lagi tahap jenayah di Malaysia.... kalau betul nak kerja, buat betul-betul kerja tu.. jangan ingat nak senang ja... bersama majukan Malaysia di muka dunia...