Tuesday, September 21, 2010

~~KeinGiNaN bErShopPinG KiNi KemBaLi~~

rasanya dah berbulan juga aku tak bershopping... sejak 2-3 bulan before final exam final semester lepas sampailah 2-3 bulan dah jadi graduan... sekarang keinginan nak membeli-belah kian membuak-buak.. aku dah mula gatal tangan buka internet sana-sini mengushar baju, cardigan, jaket bahkan handphone baru!!! hah jangan tak tahu,pantang duit di tangan beginilah ceritanya... alkisahnya, handphone lamaku, nokia 6280 telahpun menjadi sejarah dalam hidupku.. selepas 2 tahun bersama, pahit manis bersama, jatuh ja dia sorang-sorang hehehehe dia dah mula buat hal dowhhh slide dia dah mula rosak sampai lampu kat skrin pun dah tak berfungsi... nak mesej malam-malam kena pakai lampu suluh yea?? huhuhuhu sekarang aku nekad, nak cari handphone baru yang ada 3g dan tak payah nak slide or flip lagi dah.. asyik rosak ja aku pakai kan?? motif sabotaj aku?? aku dah mula nampak 1 model yang memenuhi kriteria idaman aku... tunggulah duit aku cukup nanti, sekarang baru ada separuh dari harga handphone tu... hujung bulan ni confirm dia milikku hehehehhe

Monday, September 20, 2010

~~TeRLeWaT @ TeRLaMbAt??~~

SELAMAT HARI RAYA!!!~~~ hehehehe itulah persoalannya sekarang, adakah aku dah terlewat atau terlambat nak ucap selamat hari raya kan?? dah sepuluh hari baru nk ucap, macam mana tu?? orang lain dah mula puasa enam pun, aku baru nak ucap raya... so how's raya?? walaupun nikmat raya cuma betul-betul dirasa pada raya pertama dan kedua, tapi raya tahun ni paling best lah bagi aku... raya kedua, keluarga yang tercintaku datang ke rumah, beraya di rumah bersama mak ayah dia... Ya Allah, sungguh bahagia!! yang tercintaku kata, ayah dia yang beria nak datang raya kat rumah aku... heheehe terus bertebaran gosip kononnya akulah bakal menantu kesayangan hahahha kemudian raya ketiga, aku dan keluarga pula beraya di rumah terbuka keluarga yang tercinta... hehehhe meriah raya!! saling berkunjungan dengan orang tua lagi... nampaknya, aku dan yang tercinta dah dapat greenlight gitu... kena cepat kumpul duit ni nampaknya....
p/s: saya sedang meroyan nak kahwin ;P