Sunday, July 31, 2011

~~SeLamaT BerPuasA~~


sekiranya malam ni dah nampak anak bulan, makanya besok bermulalah ibadah puasa buat semua umat Islam di planet bumi ni.. saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.. semoga kita peroleh segala kebaikannya dan semakin kuat dengan segala cabaran dan utuh sebagai khalifah muka bumi... selamat berpuasa sekali lagi...

~~aDa SediKiT RasA BimBanG~~

selama 24 tahun bernafas di muka bumi ni, selepas boleh berfikir secara logik dan waras, saya ada sedikit rasa bimbang apabila berfikir mengenai diri sendiri... dari sekolah lagi, perjalanan hidup saya dirasakan lancar, saya tak ada masa pun nak berlengah... saya nyatakan secara terperinci di sini, saya masa sekolah dulu, nak dikatakan bijak, taklah juga, orang kata biasa saja... tapi masa di tingkatan 4 dan 5, saya ada rasa bosan menimba ilmu... hasilnya, result spm cukup-cukup makan tapi taklah sampai gagal... parents suruh sambung form 6, masa tu saya dah lemah semangat.. apa kelas form 6 hati saya kata.. tapi saya buat juga hasilnya saya sampai ke universiti... masuk universiti, reslut exam tak pernah konsisten tapi taklah sampai gagal jua... cukup untuk meneruskan pengajian... hasilnya, saya berjaya juga pegang pointer 3 something masa konvo walaupun tak pernah dapat dekan kan?? sibuk mencari jalan, cari kerja, tak sampai 4 bulan, saya dipanggil masuk sambung kpli walaupun masa buat ujian M-test, Tuhan ja yang tahu saya tak yakin lulus... sangat lah susah untuk tahap biasa saya... dah sambung kpli, sekarang tinggal berapa bulan ja lagi nak habiskan kursus... walaupun saya tahap biasa, taklah jua terlintas di hati nak mengulang apa-apa dalam hidup... dan jumaat lepas pun, keluarga saya dan keluarga yang tercinta saya sudah mula berkira-kira dan ada kata putusnya.. biarpun saya gembira tak terkata kerana perjalanan hidup saya sebegitu lancar dan tiada halangan yang berat menimpa, ada juga rasa bimbang... sekarang mungkin lancar saja perjalanan hidup saya, bagaimana nasib saya 20 tahun akan datang?? huhuhu mohon dipermudahkan hidup saya dan insan-insan kesayangan saya buat selama-lamanya... aminnn~~ buat yang tercintaku, I do!! I love you with all my heart and I want to live with you for the rest of my life...

~~8 miNggU LaGi~~

minggu ni minggu pertama saya pulang ke rumah selepas 3 minggu menetap di Partit Buntar.. Ya Rabbi, bahagianya bila balik rumah.. saya boleh letak jauh-jauh segala kerja sekolah, buku rekod pengajaran, alat-alat BBM dan lain-lain... sekali-sekala berehat dengan berkualiti kan?? hehehhe 3 minggu yang lepas juga menyaksikan pelbagai cerita menarik saya di sekolah praktikum, so far everything is under control... alhamdulliah... saya nak kekalkan prestasi ini sampai habis praktikum... jumaat lepas juga, pensyarah saya dah datang menjenguk buat kali pertama.. dari komennya, tak ada apa yang teruk sangat, classroom control and all semua ok di mata dia, alhmadulillah.. terima kasih anak-anak muridku atas kerjasama yang baik tu, nanti buat macam tu lagi tau?? sekarang saya nak fokus untuk subjek minor pulak, pensyarah minor nak datang pulak minggu depan.. minta smooth jugalah nanti kan?? apa yang nak dikongsi dengan semua pasal anak-anak murid saya yea?? yup. ada satu cerita, biasalah lepas waktu kelas saya, bebudak ni berebut-rebut nak tolong angkat barang yang tak seberapa banyak ni... kalau tak dapat, perghhh muncung mulut kalah mulut itik... kuat merajuk bebudak ni... hahahaha hadoilahh, teacher tak ada masa nak pujuk lebih-lebih k?? ada satu ketika, sorang budak ni tolong angkat buku saya nak masuk bilik guru... diketuknya pintu bilik guru dan keluar perkataan 'hello' dari mulut dia... hekkk??~~ saya tak ajar dia cakap macam tu~~ habis ustazah-ustazah sana usik budak tu dengan saya sekali... katanya, 'hamboiii, dah belajar bahasa Inggeris dengan teacher dia, salam pun dah tak ingat ni..' hahahahha macam manalah budak tu boleh cakap macam tu ek?? kelakar bila fikir balik... walaupun diusik begitu, ustazah-ustazah dan guru senior semua still cool macam biasa... terbaikkkk~~

Monday, July 25, 2011

~~InteRneT di DesA~~


wallaweyhhh!! ni kali kedua saya on9 dari sekolah praktikum saya yang terletak di atas bendang ja di kawasan Parit Buntar..ahh kat mana?? kena google location saya pakai link lah camtu...hehehehe saya curi on9 sebab macam stress ja buat bbm kat sekolah, lagipun hari isnin saya tak ada class so memang bajet baik punya untuk siapkan mana lesson plan dan bbm yang tak siap.. walaubagaimanapun, ini internet peribadi saya, my broadband ok?? I tak pakai internet wayarless sekolah so Guru Besar ok kot kan?? hahhaha ahh kena cepat-cepat update blog... ini minggu ketiga saya berpraktikum, bakinya tinggal 9 minggu lagi, cepat ja kan masa berlalu?? saya semakin selesa di sini walaupun awal-awal masuk sekolah dulu macam unbelievable giler sebab lokasinya yang saya boleh kata agak pedalaman... sekarang dah ok, my partner dah boleh speed kereta dia atas jalan batas dah nak ke sekolah hahahaha budak-budak di bawah jagaan saya pun dah makin selesa kot dengan saya, asyik request saya masuk kelas diorang ja bila tak ada guru masuk... hai sayangku, teacher tak bolehlah nak masuk cenggitu ja, kena ikut timetable dari pihak atasan juga tau?? bila dah jadi macam ni, terfikir juga otak saya macam mana bila saya dah habis praktikum dan nak tinggalkan sekolah nanti?? mesti saya menangis ala-ala primadona sebab saya memang emo ok?? dah mula sayangkan budak-budak ni, macam mana nak tinggalkan diorang?? jom, ikut balik kulim lah dengan teacher nak?? 3 minggu di sekolah praktikum, ada suara-suara budak-budak yang cakap sesuatu pasal saya.. betullah kata pensayarah saya, budak-budak akan tengok cikgu dia dari atas sampai ke bawah hehehe pernah satu masa, saya pandang budak tahun 6 berjalan keluar dari makmal, saya tak perasan pun saya pandang diorang tajam sangat, rasa macam pandangan biasa ja... tetiba dengar budak ni cakap 'wooohhh ushar tajam dowhhhh!!' hekkkk, saya pun tak sedar... hahahha ada juga yang pandai komen 'kasut cikgu cantik'..'kenapa cikgu pakai kasut tinggi sangat?? boleh berjalan ke??' dan ada juga yang komen bila saya pakai kasut sport ja untuk kelas pendidikan jasmani 'cikgu tak cantik pakai kasut sport,kalau pakai baju kurung dengan kasut tinggi cikgu, lagi cantik' hahahahha hadoooiiii lah budak-budak ni~~

Saturday, July 16, 2011

~~PeNat akU macaM ni~~


bahawasanya saya sudah selamat bermaustatin di daerah Parit Buntar selama seminggu dan saya macam orang giler dah duduk kat sini sebab saya sangat sibuk dan terlalu banyak kerja nak kena buat dalam satu-satu masa walaupun hujung minggu macam ni... bak kata kak Bie 'kerja kita takkan pernah habis'... damnn!!! saya bukan jenis mengadap buku, laptop dan lain-lain selama 24/7...tapi sebab karier terkini, beginilah jadinya...baru saya sedar saya dah banyak buang masa selama 23 tahun yang lalu hahahhaha situasi ini juga menyebabkan saya tak ada masa nak balas mesej yang tercinta saya sebab saya tak ada masa nak pegang handphone pun dan saya tak sempat makan kalau duduk dalam rumah sebab saya nak pegang pinggan pun tak ada masa.... apapun, sekolah praktikum saya awesome... murid sikit senang jaga, guru besar, pk dan guru-guru lain-lain suka minum kopi dan of course lah saya join hahhaha seminggu duduk kat sekolah tu, saya dan kak bie dah dapat macam-macam jenis buah tangan dari guru sekolah, dapat pisang, dapat buah tangan kenduri dan pulut wajik... hahhaha of course lah juga kitorang ambil uolsss...tapi yang merisaukan saya, budak-budak bawah naungan B.Inggeris saya, tak berapa faham makna perkataan dan tak ada confident nak guna B.Inggeris... dengan itu, adalah sikit cara psikologi yang saya guna, contohnya saya tak guna langsung B.Melayu dalam kelas saya dan perkataan B.Melayu budak-budak guna bila nak tanya saya apa-apa, saya translatekan dalam B.Inggeris dulu then suruh dia sebut balik dalam B.Inggeris baru saya layan...hahhahaha saya kan mafia?? every day I'm shuffeling!!~~

Sunday, July 3, 2011

~~InI peLik~~


sebentar tadi, saya ada keluar beli beberapa barang yang nak dipakai sepanjang praktikum... ayah saya tak berhenti mempersoalkan kewajaran membeli barangan tersebut... huhuhuhu penat menjawab uolssss... lepas siap beli barang semua, singgah kejap di KFC, adik lelaki saya mengidam... sayalah yang tukang belinya... lepas order semua, tunggu makanan sampai, cashier perempuan ni boleh tanya saya sesuatu yang pelik... pada pandangan saya, dia lebih muda dari saya, lebih kurang budak-budak lepas SPM tu... soalannya 'mai sini dengan sapa??' hekkk? apakah?? saya pun dengan lasernya jawab ,'tu, dengan family... kenapa??' dia cuma menggeleng sambil senyum-senyum... serius, saya tak faham motif soalannya... saya nampak macam budak-budak yang ponteng sekolahkah?? huhuhuhu

hurmmm saya minta maaflah pada sesiapa yang terasa semasa membaca blog ni... ni blog saya dan kebanyakannya adalah luahan hati saya sendiri, no cut and paste hokkayy?? saya memang laser tapi ada aku kesah?? saya cuma cakap apa yang saya nampak dan tegur secara diam... kalau terasa tu saya minta maaf.. kenapa saya tak tegur secara terang?? sebab saya laser dan saya takut bila saya tegur secara terang, ada yang patah hati.. maka, adalah lebih baik saya menulis... yea, cara saya mungkin tak kena... saya tau, saya laser, saya minta maaf... apapun, dah setengah tahun di IPG, saya masih tak yakin inilah laluan hidup saya... secara jujur, saya tak pernah menjadi diri sendiri semenjak wujud di dunia baru ini... saya bukan begini dengan gaya anggun seorang guru... seriously, saya masih berperang dengan diri sampai ke masa ini... this is not me!!!
buat yang terasa, anda belum kenal siapa saya yang sebenarnya, cuma rakan-rakan lama saya yang dari dunia lain, dunia saya dahulu yang kenal siapa saya sebenarnya...

Saturday, July 2, 2011

~~RimAs~~

semasa saya sedang sibuk menaip tugasan petang-petang macam ni, adik saya datang menyoal seribu satu soalan.... beginilah lebih kurang situasinya...

A: kak, yang ni nak buat macam mana?
B: macam ni....
A: yang ni pula?
B: macam ni...
A: tak boleh pun?
B: buat betul-betul
A: ohhh kenapa tak jadi ni??
B: (diam)
A: napa ni kak? (mula merengek)
B: (diam)
A: huhuhu tolong..napa tak jadi??
B: ishhhh, hang ni hingar tau tak?? (nada tinggi tapi tetap membantu dia buat kerja)
A berlalu tanpa suara....

ahhhhhh saya memang pantang orang banyak mulut... nak buat satu kerja pun, kena bercakap seribu patah perkataan dulu... daaaaaaaa tak boleh buat kerja diam-diam ke?? kalau dengan adik saya, bolehlah saya tengking suruh dia diam... tapi kalau kawan-kawan kita?? orang-orang di sekeliling kita?? macam mana nak buat dia diam bila dia dah sampai tahap bercakap yang kita tak mahu dengar dah?? saya bukan jenis nak celoteh panjang-panjang, ada masa saya layan... saya bukan jenis berceloteh sampai 24 jam.... dan saya tak boleh terima bila orang asyik cakap orang utara memang banyak cakap... shittt giler!!! tolong bercakap secara logik akal... bukan masalah komuniti di sini antara faktor kenapa korang bercakap banyak, memang personaliti korang yang mulut banyak... selalunya, bila berdepan dengan orang yang banyak mulut macam ni, saya diam ja...buat pekak...kenapa?? sebab telinga saya boleh menanah dengar suara insan-insan yang reti diam ni.... cakap sikit-sikit ja tak boleh???

~~CatataN minGGu KeduA~~

saya sedang sibuk menggali ilmu dan menimba pengetahuan mengenai praktikum.. minggu ni adalah minggu kedua sebelum satu minggu saja lagi sebelum praktikum di Parit Buntar.. dalam minggu ni juga, ada dua taklimat praktikum yang saya hadirkan diri... banyak benda yang saya belajar dari pensyarah yang berucap, wohooo rasa kerdil juga, banyak benda yang saya tak tahu... harap mampulah saya semasa praktikum nanti menjalankan tugas dengan baik... mana tau dapat anugerah pelajar cemerlang wakkkakakaka berangan~~dan dalam masa yang sama, saya sedang sipakan list barangan yang diperlukan untuk dibawa ke Parit Buntar... aduhaiii, betapa saya harapkan duit elaun saya bulan ni masuk awal...

yet, dalam kesibukan menimba ilmu, sempat juga kami satu kelas luangkan masa anjurkan sesi makan-makan... ada spageti, kuewtiow goreng dan pelbagai jenis kuih-muih yang semuanya sedap-sedap... saya sempat juga berulang kali tambah, macam mana tak gemuk kan?? inilah dia sebahagian corat-coret sepanjang aktiviti makan-makan diadakan secara sorok-sorok...