minggu ni minggu pertama saya pulang ke rumah selepas 3 minggu menetap di Partit Buntar.. Ya Rabbi, bahagianya bila balik rumah.. saya boleh letak jauh-jauh segala kerja sekolah, buku rekod pengajaran, alat-alat BBM dan lain-lain... sekali-sekala berehat dengan berkualiti kan?? hehehhe 3 minggu yang lepas juga menyaksikan pelbagai cerita menarik saya di sekolah praktikum, so far everything is under control... alhamdulliah... saya nak kekalkan prestasi ini sampai habis praktikum... jumaat lepas juga, pensyarah saya dah datang menjenguk buat kali pertama.. dari komennya, tak ada apa yang teruk sangat, classroom control and all semua ok di mata dia, alhmadulillah.. terima kasih anak-anak muridku atas kerjasama yang baik tu, nanti buat macam tu lagi tau?? sekarang saya nak fokus untuk subjek minor pulak, pensyarah minor nak datang pulak minggu depan.. minta smooth jugalah nanti kan?? apa yang nak dikongsi dengan semua pasal anak-anak murid saya yea?? yup. ada satu cerita, biasalah lepas waktu kelas saya, bebudak ni berebut-rebut nak tolong angkat barang yang tak seberapa banyak ni... kalau tak dapat, perghhh muncung mulut kalah mulut itik... kuat merajuk bebudak ni... hahahaha hadoilahh, teacher tak ada masa nak pujuk lebih-lebih k?? ada satu ketika, sorang budak ni tolong angkat buku saya nak masuk bilik guru... diketuknya pintu bilik guru dan keluar perkataan 'hello' dari mulut dia... hekkk??~~ saya tak ajar dia cakap macam tu~~ habis ustazah-ustazah sana usik budak tu dengan saya sekali... katanya, 'hamboiii, dah belajar bahasa Inggeris dengan teacher dia, salam pun dah tak ingat ni..' hahahahha macam manalah budak tu boleh cakap macam tu ek?? kelakar bila fikir balik... walaupun diusik begitu, ustazah-ustazah dan guru senior semua still cool macam biasa... terbaikkkk~~
No comments:
Post a Comment