Sunday, February 28, 2010

~~Movie'S DaY~~


seronoknya kalau hidup hari-hari macam ni kan??? tak ada benda nak buat, assignment dah siap, tak ada date due nak kejar...tambah dengan kelajuan internet..... disebabkan jaring yang selalu semput, aku pasang broadband aku sekali dengan daftar jaring.. hasilnya, MasyaAllah!!! laju bebenornya hah!!! kalau tengok movie online, memang tak ada streaming ke buffering ke... best giler!!! disebabkan itulah, kerja aku hari ni kerja tengok movie ja... online movies!!! hahahahaha dari pagi tadi, aku tengok 'Devil Wears Prada', sambung 'The Mummy', then sambung 'My Super Ex-Girlfriend', sambung lagi 'Alice in Wonderland' versi 1999 punya, sambung lagi 'Merantau warrior'.... hahahahaha suka-suka!!! ni sekarang aku dah jumpa cerita zaman aku 5-6 tahun dulu... korang pernah dengar pasal cerita ' The Addam's Family'? kisah 1 family pelik yang berpakaian ala-ala mayat tapi kelakar.... sudah semestinya, aku nak tengok sekarang...bye semua...selamat menikmati baki hari ahad yang tinggal kurang dari sejam ja lagi....

~~PissEd Off~~

aku tak tahulah aku ni perasan ke apa,tapi yang perasan ada seorang hamba Allah ni macam nak tiru ja apa aku buat...hekkk?? ko tak ada identiti sendiri ke?? aku start pakai selendang lilit di leher pergi kelas, dia pun pakai jugak... hari-hari pakai, agak nak tunjuk dia punya style lah tu... but please, aku start bergaya dengan style tu sejak dari tahun lepas lagi, pergi kelas macam tu... aku pakai makeup dia pun dah start pakai eye liner, sebelum ni tak pakai pun.... takot orang pandang aku lebih dari ko ke??? sebelum ni dia memang tak ramai kawan perempuan dalam kelas kitorang, sebab banyak berkepit dengan pakwe dia... baru sekarang nak rapat, nak organize ladies day out and macam2 lagilah... tapi tak pernah jadi pun... publisiti murahan ke?? nak promote diri bagus ke?? boleh buat macam2... yeahh right!!! habuk ja semua tu... tolonglah berhenti cakap nak buat itu buat ini kalau dah memang cakap tak serupa bikin.... ko buat apa pun sebab nak meniru gaya orang ja... aku bercakap ala-ala maknyah(that's what people says about me) sebab aku memang mix dengan diorang ni as aku join kelab tarian yang memang selalunya ada golongan ni... so, aku dah terbiasa bercakap macam tu and kadang-kadang tercakap macam tu dengan orang-orang yang bukan dari golongan ni... then, dia pun nak tiru jugakkk... ewwww please!!! tak natural pun cara ko cakap because ko memang tak pandai nak guna bahasa tu pun.... setakat nak tiru tu tak payahlah... menyampah dengar ko cakap gedik macam tu,nampak sangat dibuat-buat!!! then, tadi aku terpandang dia pun dah jadi fan dekat 1 fanpage dalam FB... macam mana dia tetiba tahu pasal fanpage tu?? mesti daripada profile2 yang dia tengok kan?? and aku berani jamin, dia tahu dari profile aku sebab aku tak remove comment yang aku tinggal dalam fanpage ni.. and tuduhan aku ni bukan sebab aku main serkap jarang ke apa, buktinya apa yang aku komen dekat profile kawan2 yang lain, dia pun akan buka komen jugakkk... lawan komen dengan aku at least dia akan 'hahahahahha'.... eeeewww tolonglah!! perlu ke nak tau apa aku buat, pakai apa yang aku pakai, cakap cara yang aku cakap, hidup dengan cara aku hidup???? ko ni tak ada style sendiri ke??? ko ni palesit ke????

Thursday, February 25, 2010

~~SaLaM MauLiDuR RaSuL~~

mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam seluruh dunia.... Mari bersama mencontohi sikap-sikap terpuji Baginda dan menghayati setiap pengorbanannya buat Islam... Semoga kita dilimpahi RahmatNya dan dilindungi selalu... Tulus dari hati..

Wednesday, February 24, 2010

~~GitULaHH~~

pagi tadi aku ada baca kosmo hari ni, tajuk depan yang besarnya adalah pasal kopitiam yang sediakan makanan dengan menggunakan arak.... wahhh,apakah?? aku banyak tengok kedai-kedai kopitiam ni...bersepah kot kopitiam dalam Malaysia ni..... tapi jujurnya,aku tak pernah pun masuk kopitiam apatah lagi nak makan-makan ataupun melepak dalam kedai-kedai kopitiam ni... yalah,gaya hidup kerja makan benda-benda segera ja hahahaha.... selalunya aku tengok kopitiam ni dipelopori oleh golongan Cina dan Melayu... dah nama Melayu buka kopitiam, patutnya halal lah kan?? tapi mengejutkan, berita pagi ni dah dedahkan dalam beratus or mungkin beribu kopitiam dalam Malaysia ni, cuma 2 kedai saja yang ada sijil halal yang sah... yang lain-lain semuanya sijil halal yang tak sah... kenapa begitu??? kalau dah nak meniaga tu kenalah meniaga dengan jujur... ni tak main sambil lewa ja... semua sebab nak kaut untung... tapi bukan nak katalah, bukan kedai-kedai kopitiam ja, warung-warung tepi jalan pun begitu, kalau dah orang Melayu pegang.. .tak ada niat nak mengutuk pun, aku pun Melayu... tapi just nak tegurlah, meniaga biar ikhlas, jangan kerja nak kaut untung ja... satu lagi jangan dengki kalau kedai orang lain lebih berjaya dari kedai kita... mungkin rezeki dia,rezeki kita kemudian... ni tak, kalau tengok kedai orang maju sikit, hah mulalah nak pakai bomoh... fuh kiri fuh kanan...gitulah kan??

satu lagi yang menarik dalam kosmo hari ni, dalam ruangan 5minit... ruangan ni banyak kartun-kartun... tak semua kartun aku tengok pun dalam ruangan ni tapi tadi mata aku ada tertangkap dengan 1 kartun yang memang mengimbau masa kanak-kanak aku dulu.... kartun tu ada cerita pasal hantu susu... korang pernah dengar?? oklah, aku cerita sikit...kalau dulu masa kecil dulu, aku dalam 4-5 tahun, sepupu aku sorang ni rajin melayan aku main-main.. well, time tu aku tunggal,adik-adik belum muncul.. .ada sekali balik kampung tu, sepupu aku ni cerita pasal hantu-hantu kat sekolah dia,ntah betul ka tidak tapi dah budak-budak, haruslah aku percaya!! tengah-tengah dia cerita tu, dia cerita pasal hantu susu, hantu perempuan mati bersalin yang kendong bayi dia malam-malam minta susu.... dia pun ceritalah macam ni macam tu... aku pun dengar ja... malam tu, dia usik aku... dengan mengendong adik dia(sepupu aku juga yang berumur 1 tahun lebih kott) datang dari belakang aku, dengan pakai telekung nenek aku, buat suara ala-ala stim minta susu.. takut punya pasal aku lari cari mak aku dengan terjerit-jerit histerianya... boleh pula dia pun lari kejar aku... tak senonoh betol!!! then, sampai malam tu, aku tak boleh tidur... aku pandang dia pun tak, takut punya pasal... tapi tu cerita dululah,masa budak-budak... sekarang dah besar, dia pun dah kerja, dah kurang bercakap pun... lama tak jumpa, bila jumpa pun apalah sangat nak cakap... gitulah kan???

satu lagi mata aku tertarik dengan kosmo hari ni adalah pasal 1 blog ni yang menerima tempahan menghias coklat untuk apa-apa event pun... wow kagum dengan orang-orang berseni kreatif ni!!! selalu aku dengar pasal hias-hias kek ja, sekarang coklat pun boleh digubah buat bunga, buat hati, buat imej-imej yang cantik untuk dijadikan hadiah harijadi bahkan hantaran kahwin(ni yang kemaruk nak kahwin bila tengok benda-benda cantik macam ni!!).... dah alang-alang baca pasal blog ni, aku cubalah buka blog ni....memang cantik sangat coklat-coklat dia!!! mana tau kita mungkin ada tergerak nak tempah coklat kan, so korang boleh buka website dia http://arahchocolate.blogspot.com/..... aku ada juga copy & paste beberapa gambar dia kalau korang tak percaya betapa cantiknya coklat-coklat dia... untuk webmaster blog ni atau tuan punya business ni, saya tak ada niat nak mencuri gambar-gambar anda, sekadar berkongsi dan promosi betapa kreatifnya anda...puji dengan tulusnya....

Tuesday, February 23, 2010

~~KenApa Niiiii???~~

kenapa dengan aku ni?? kenapa malas sangat?? tak nak grad ke?? kata bosan duduk lama-lama dalam ukm,then kenapa malas sangat nak buat kerja ni??? apa boleh aku buat supaya aku jadi semangat sikit nak siapkan tugasan semua??? tolonglah buat kerja,siapkan apa yang patot...U are not belong here!! cepat siapkan tugasan dan keluar dari ukm ni....adooiii,seksanya belajar di tahun akhir!!! serius weyhhh,aku mengaku dengan jujur dan tulusnya....

~~OnLinE~~


hello guys,lama juga aku tak update blog ni,dah bersawang uollzzz!!! hahahahahha ni pun aku boleh buka blog ni sebab tak boleh tidur....aku dah mengantuk kot tadi tapi asal baring ja,tak boleh lelap walhal tengah menguap sambil keluar air mata ni...dah 2-3 hari macam ni, kenapa ek?? nak kata banyak tidur tak juga...sebab asal aku nak tidur time petang ja,banyak pula mesej & phone call masuk...seriusly, kalau korang nak dapatkan line maxis dengan liputan meluas macam ni, try tidur...Ya Rabbi, laju ja mesej & phone call masuk, bertubi-tubi dowhhh!!! antara faktor lain blog ni bersawang adalah sebab aku memang sibuk sangat-sangat sekarang...banyak kerja dengan assignments menimbun (walaupun aku ambil 3 subjek ja semester ni), tesis yang tak pernah gerak (supervisor aku asik suruh edit bab 1 & 2 ja,ntah bila nak gerak bab seterusnya, aku pun dah sakit tengok dua bab ni dari semester lepas)..... walaupun banyak kerja, tapi aku sangatlah malas nak buat semua kerja tu...malas nak buat apapun...rasa macam tak kuasa ja nak melayan semua ni....kenapa dengan aku ni??? nak kata homesick,tak juga....aku just malas...tak pun memang aku jenis pemalas kott~~ hahahahaha

dah alang-alang online ni, website yang paling rajin aku buka sekarang, tiada yang lain, one and only, FACEBOOK!! tak ada apapun sebenarnya facebook ni, tapi saja suka baca status, update kawan-kawan...facebook ni jugalah tempat orang nak luah rasa menyampah, benci, sayang, rindu dan sebagainya....alah, tak payah tipulah...korang pun selalu ja buat kan status-status macam ni?? hahahaha mana status yang best,aku akan komen....yang macam malas nak komen tu cukuplah sekadar membaca,ye tak?? tapi secara jujur, kadang-kadang aku rasa menyampah bila buka profile orang-orang yang macam tak tahu nak pakai facebook...habis semua application dalam facebook tu dia hantar kat orang...dah hantar,siap publish lagi besar-besar....wahhhh semakkk!!!! tu belum kira lagi yang buat kuiz, 'siapa anda di masa lampau?', 'adakah dia mencintai anda?', 'adakah anda otai KL?' dan macam-macam lagilah...kalau ya pun nak buat kuiz-kuiz macam ni, tak perlu publish kot,sendiri tahu sudah...kalau korang post pun belum tentu orang lain nak baca... ada juga perangai yang buat ayat-ayat gedik habis time posting status...eeeewww tolonglah!! geli aku baca ok?? ada juga sedaya mungkin nak tunjuk betapa open-mindednya dia,betapa coolnya dia,betapa bestnya dia, betapa westernnya dia dalam facebook ni....hahahahhaa macam-macam....yang mana aku boleh layan,aku layan....yang tak boleh terima tu, selalunya aku baca then ignore ja sambil gelak besar dalam bilik sorang-sorang.... hahahahaha manusia kan?? lain padang,lain belalang....rambut sama hitam,hati lain-lain.....

selain facebook, aku juga kemaruk or addicted dengan shopping online....memang hobi habiskan duit aku ni hahahahaha.... selalunya target aku of course bajulah!! baru-baru ni, aku ada jumpa 1 blog online shopping yang memang jual women's outfit termasuk beg dengan aksesori sekali...yang buat aku suka habis dengan blog ni sebab dia banyak jual barang-barang yang ala-ala korean,japan dan bohemian stail...trendy,up to date dan juga berunsurkan ketimuran...even evening dress dia tak menjolok mata sangat macam western stail yang berkemban, sexy back and gila punya terdedah sana-sini....even aku ni macam ni tapi kalau nak pakai baju yang sebegitu, aku tak confident....bagi aku, moden mana pun kita, adab Melayu kena jaga...tak perlu nak tunjuk sangat diri kita seorang yang terbuka, moden dan ala-ala kebaratan kalau masih makan nasi, sambal belacan, kari ayam dan gulai masak tempoyak....huahuahuahua.... berbalik kepada isu online shopping tadi, aku ada tempah 1 outfit ni dan diorang dah send pun kat aku pagi tadi...dalam 1-2 hari akan datang,dapatlah baju tu....can't wait!!!! ni rupa baju yang aku beli tu tapi kaler berbeza....... apa korang rasa???

itu ja untuk entri kali ni, tulus dari hati aku berkongsi.....


Thursday, February 11, 2010

~~SoRRy,I'm In SiLenT PeRioD~~



entri ni aku masukkan sebab nak inform awal-awal dekat semua yang aku sekarang sangat-sangat tiada mood untuk bercakap banyak...bukan sebab ada masalah or what,it's nothing!!! cuma disebabkan banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti raya cina ni,dengan assignments + tesis....aku tak rasa ada banyak masa lagi nak buang....it's now time to work!!! kalau boleh,aku tak nak ganggu cuti seminggu ni sebab malas nak fikir pasal kerja ja (boleh gila asyik fikir kerja)....lagipun cuti ni aku nak format laptop,so kena selesaikan mana yang perlu diselesaikan dulu sebelum laptop diformat....aku minta maaf banyak-banyak kepada mana-mana yang terasa kalau aku tak bagi respond on what are you people talking...sebab seriously,memang sibuk terlampau!! tak kisahlah korang nak cakap,'kecoh lah perempuan ni,banyak masa lagi!!' yang aku tau aku nak siapkan kerja cepat termasuklah kerja-kerja yang membabitkan kumpulan....sebab aku tengok dah berminggu-minggu kerja kita tak gerak,lepas cuti dah nak present,lecturer nak tengok progress....aku tak rasa kita banyak masa pun....tapi tak kisahlah kalau korang masih nak take it slow,sebab aku yakin walau selambat manapun kita siapkan kerja,kerja kita tak pernah hadorrrrrr hookayyy??? yang aku cuma nak kongsi, aku nak siapkan mana yang perlu supaya cuti aku tak terganggu dan boleh relax sikit bila masuk kelas lepas cuti nanti...just aku nak korang semua faham,aku diam bukan kerana marah,sakit hati or apa-apa,just aku perlukan ruang untuk siapkan apa yang perlu....trust me,I'm ok!!!

p/s: aku ambil kesempatan ni juga,wishing happy chinese new year buat zati, hei ling, chai lai and the rest of my chinese friends....I want biggggggggggg angpow!!!!

Wednesday, February 10, 2010

~~That's my Boy!!!!!~~

tak ada benda sangat nak dikongsi sekarang ni melainkan sibuk dengan assignment, tesis dan minggu ni adalah minggu kuiz.... banyaknya kuiz nak dijawab,tapi selalunya aku lebih menconteng dari menjawab hahahahaha kembali kepada isi utama yang aku nak kongsi dengan korang...hari ni aku attend kelas tutorial macam biasa...dua jam bersama dr.fariza...aku ok dengan dia,cara dia mengajar semua ok bagi aku,cuma kadang-kadang dia bertanya hingga menimbulkan gelabah untuk kita nak menjawab balik...huhuhu...aku lupa dia ada bagi kerja untuk hari ni,mati-mati aku ingat kerja dia tu untuk kelas lain,so bajet kelas dia tak ada kejalah...sekali lepas dia mengajar dia cakap nak dengar kitorang semua present depan kelas...hekkk?? apakah??? aku tak tau nak present apa kott~~ tapi confident jalah,nak cover buat salah...sekali nama aku yang dia panggil awal-awal...damn!!! makin gelabah!!! aku baru nak cari point nak present dah kena panggil...so confident jalah...berjalan dibelakang tercinta,kerja group tapi kitorang buat partner jalah,dah baru nak buat...maka bermulalah gorengan yang tercinta ku...perghhh!!! kagum!!! tak ada sangkut-sangkut macam jaring connection kat ukm ni....lancar ja...kecuali time dr.fariza menyampuk bertanya...then,part aku kena present...well,tak prepare pun kenalah cakap jugak kan?? kang nampak sangat tak prepare,lagipun yang tercinta ku dah cakap banyak...ok,so aku pun mula menyambung gorengan tadi...dan hasilnya wow!!! dr.fariza just cakap ok,thank you...tak apa,tak puji pun tak apa...jangan dia cakap sekejap lagi present balik.....ramai jugak classmates aku kena present balik sebab dia tak faham katanya....tapi kira oklah,aku dan yang tercinta sekali jalan ja...apapun aku sangat kagum dengan yang tercintaku....begitu macho sekali redah present benda yang tak prepare...serius,aku kagum!!! huhuhuhu syabas bucuk,syabas!!





~~big hug for my love,proud of you~~

Saturday, February 6, 2010

~~All ALoNe~~


aku tak ada benda nak kongsi sejak kebelakangan ni...aku tulis entri ni pun sebab rasa sunyi sangat.... jujur, minggu ni terasa sangat sunyi...tak macam selalu...kenapa jadi macam ni?? tak ada orang yang rapat boleh aku kongsi apa aku rasa...yang rapat semuanya terlalu sibuk,tak ada masa untuk aku...bukan aku tak paham,tapi takkan nak mesej pun tak sempat?? sibuk sangat kah??

Monday, February 1, 2010

~~ SuPRiSeeeee!!!~~

kejutan hari jadi untuk yang tercinta ni dah lama aku rancang,almost 2 months!!! sebab ambil masa yang lama,waktu birthday dia,kitorang tengah cuti semester... nak jumpa waktu tu agak susah,memasing tak ada transport.... aku order kek yang agak priceable, minta orang tu buat macam tu macam ni tapi sorry to say, I expect MORE than that... tapi nak buat macam mana kan,dah dapat macam tu,takkan nak cancel pula... lagipun hari yang aku dapat kek tu jugalah aku nak pakai untuk kejutan.... sekali tu jalah kot aku order kat dia... aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir,ili,azri,shahir dengan kawan dia (tak tau nama kawan dia sapa) huhuhu... terbaiklah korang walaupun event tu kecil ja aku buat... nanti aku uploadkan gambar yea?? ;)