Tuesday, August 24, 2010

~~MeeT NarShA BEG~~

lama giler tak update blog kan?? tak ada bendalah nak kongsi dengan semua... hari ni aku nak uji korang sikit yang kononnya minat habis dengan Korean drama ataupun Korean songs.. selain WonderGirls, Super Junior yang memang famous dalam Malaysia ni, pernah dengar group Korea yang lain macam Kara, T-ara, Secret, SNSD, Nine Muses, Brown Eyed Girls, CN BLUE, 2AM atau 2PM?? hah cepat google pasal nama-nama ni kalau nak tau yea?? setahu aku, dah lama group Brown Eyed Girls ni tak keluar single baru.. tetiba buka youtube, ada video baru masuk pasal seorang anggota kumpulan Brown Eyed Girls ni buat single solo featuring kumpulan lain... apapun, yang pasti, aku sangat suka si Narsha ni, sporting habis kot realitinya!! dalam video ni agresif pula hahahah sangat berbakat.. good one narsha!! saranghae!!

Saturday, August 14, 2010

~~PuDiNg JaGuNG SaYa~~


bulan puasa macam nilah, selera makan jadi berganda-ganda... pantang nampak makanan, mesti nak beli kan?? walaupun tengok makanan dalam televisyen atau tengok dalam suratkhabar ja, perut mesti nak berkeroncong.. over kan?? akibatnya, melambaklah lauk-pauk dengan pembuka selera atas meja sampai tak termakan.. hehehehe sama ja dengan aku ni... tambah sakit hati bila dah beli makanan mahal-mahal, rasanya tak seberapa.. kurang rasalah, masinlah, tak manislah, kedekut bahanlah... aku pernah nampak peniaga bihun sup jual satu bungkus rm4.00!! mak aihh bihun sup special giler gamaknya!! aku juga pernah beli laksa rm2.50 satu bungkus tapi laksa dengan timun ja yang lebih.. bahan lain tak ada, telur ciput, kuah laksa tak pekat langsung dan tak ada bawang, cili semua tak ada.. huhuhuhu kelmarin, tiba-tiba pula teringin pula nak makan jagung.. tak kisahlah makanan apapun asalkan ada rasa jagung.. dah memikirkan takut rugi membeli, tapi hasilnya entah apa-apa, aku fikir nak buat sendiri... keluarlah aku mencari bahan-bahan nak buat puding jagung lepas google resipi... hasilnya, memang puas hati... jagung sebanyak-banyak alam aku taruk dalam puding dan manis ja... tapi taklah manis menggunung, manis yang relevan dengan dasar menjaga kesihatan.. cuma puding jadi lembik sikit, mungkin salah sukat tepung kot hehehehe.. walaupun begitu, adik lelaki aku pulun makan yea?? hampir setengah bekas dia bedal.. baguslah, jangan tong sampah yang makan sudah...


Bahan-bahan:
1. 1 liter susu segar
2. 150gram gula kasar
3. 130gram tepung kastard
4. 1 tin jagung


Cara memasak:
1. 130gram tepung kastard dikacau sebati dengan 125gram susu segar. Kacau
sehingga sebati
yea?
2. Panaskan 725gram susu segar dengan 150gram gula kastard dalam kuali.
Panaskan sampai
sebati dan mendidih.
3. Bila gula dan susu dalam kuali dah mendidih, masukkan adunan tepung kastard
dengan susu
tadi dalam kuali. Kacau sehingga sebati dalam suhu yang sederhana.
4. Masukkan jagung dalam tin dalam kuali dengan bahan-bahan yang lain. Kacau lagi
sehingga
sebati.
5. Padamkan api. Tuangkan adunan dalam bekas dan sejukkan.

Dah sejuk, apa lagi... Of course lah sedia di makan!!! Selamat mencuba yea??

Friday, August 13, 2010

~~MaSaK LeMaK PuCuK PaKu HoT n' SpiCY StaiL MaK sAyA~~


rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blog ni walaupun sudah 3 hari kita berpuasa... inilah masa yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita, perbaiki segala kelemahan diri dan perbanyakkan amal ibadah.. semoga kita semua mendapat barakah dariNya.. entri ni aku nak berkongsi satu lagi masakan hasil air tangan aku sendiri.. secara jujur, aku masih lagi tahap nak belajar memasak.. masih ada lauk-pauk yang aku sedang berguru dengan mak aku dan internet, tengok-tengok resipi bila nak masak.. hehehhe tapi Alhamdulillah, semuanya boleh dikatakan menjadi.. bolehlah perut nak terima.. resipi ni dari mak saya, saya tak olah sikitpun, ikut sebiji dari apa yang mak saya ajar.. silalah cuba, sesuai di waktu berbuka dengan set sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin... perghhh!! confirm tambah nasi 3-4 pinggan... inilah lauk berbuka kami sekeluarga semalam..

Bahan-bahan:
1. Pucuk paku (ikut kemahuan nak banyak mana)
2. 20 biji cili padi

3. 1 biji bawang besar

4. Serbuk kunyit

5. Gula dan garam
6. 1 tangkai daun kunyit (dikoyakkan 3 supaya menjadi kecil)

7. 1 biji santan kelapa

8. Sedikit ikan bilis


Cara memasak:

1. Bawang besar dan cili padi di kisar halus.

2. Masukkan cili padi dan bawang besar yang dikisar tadi dalam periuk dan panaskan.
3. Masukkan sikit garam, gula untuk perasa dan sedikit serbuk kunyit untuk
mencantikkan
warna makanan. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan daun kunyit dan masak lagi tapi jangan sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit
ikan bilis ikut kuantiti yang dikehendaki.
5. Masukkan pucuk paku.

6. Masukkan santan dan gaul hingga sebati dalam tempoh 3-5 minit supaya pucuk
paku tak
terlalu layu.
7. Tutup api dan siap dihidang.

~~KiNi GRaDuAn~~

lama aku simpan entri ni, gara-gara broadband ku yang slow di kala hujan... ciss betol!! menggugat iman aku di kala puasa.. ni baru nak update, so berlagak macam baru jadi semalam ja lah yea?? hehehehe alkisahnya, aku dah pun dianugerahkan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Pengajian Bahasa Inggeris, 8 Ogos lepas di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak, UKM Bangi... lama kan simpan cerita ni?? hahhahaa dipendekkan cerita, yea, aku bangga dengan majlis konvokesyen yang gilang-gemilang tu... dengan berjubahkan hijau lumut pekat, aku melangkah gagah masuk ke dalam dewan dan naik atas pentas.. sumpah bangga!! teringat pula, dulu atas pentas DECTAR tulah aku perform macam-macam jenis tarian, tiba-tiba naik pentas terima ijazah.. seminggu sebelum majlis konvokesyen pun, rasa sebak.. dulu, masa perasmian pesta konvokesyen senior-senior aku dulu, aku tak pernah gagal untuk turut serta buat persembahan.. sepanjang tiga tahun, dari jadi penari latar sampai main dancer... kenangan semua tu!! tak boleh lupa!! satu lagi yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila ialah bila kita konvo bersama dengan yang tercinta..hehehehe hari tu, aku memang beramah-mesra habis dengan keluarga yang tercintaku... hilang rasa malu dan gentar apabila orang tua yang tercintaku turut ramah tanya itu-ini kat aku... oohhh sebelah kaki dah confirm jadi menantu diorang!! hahahhaa dah jadi graduan ni, memang sesuai sangat kalau kita bekerja... masalahnya, dah dapat kerja, kenapa parents aku tak kasi pula yea?? hurmmm dah dua kerja tau aku terima, semua parents aku tak suka.. diorang nak yang betul-betul kerajaan.. kalau nak tunggu kerajaan, aku 40 tahun pun belum tentu kerja uolssss!! nilah sebahagian gambar sewaktu konvokesyen aku.. thanks buat semua yang sudi datang dan bagi cenderahati kat aku.. thanks banyak-banyak..
dengan si gila akmal hahaahhadengan diana, graduan fakulti ekonomi UKMdengan geng teknikal paling vogue abad ni walaupun aku bukan technicalians hehehehe dengan fatinfrom left: hei ling, yang tercinta, ili and mebersama keluarga yang tercinta ehem2with few more classmateswith my mom




Wednesday, August 4, 2010

~~NeW oF Me??~~


ok guys, I will reveal the new brand of me starting by now.. why now?? because I think it's just the perfect time to be a new person and more mature than previously.. I am going to search for work with my new image, marry and get some kids hahahhaha yeahh, in short, I'm ready for this.. I'm ready to be a better person than before;)