Sunday, July 31, 2011

~~aDa SediKiT RasA BimBanG~~

selama 24 tahun bernafas di muka bumi ni, selepas boleh berfikir secara logik dan waras, saya ada sedikit rasa bimbang apabila berfikir mengenai diri sendiri... dari sekolah lagi, perjalanan hidup saya dirasakan lancar, saya tak ada masa pun nak berlengah... saya nyatakan secara terperinci di sini, saya masa sekolah dulu, nak dikatakan bijak, taklah juga, orang kata biasa saja... tapi masa di tingkatan 4 dan 5, saya ada rasa bosan menimba ilmu... hasilnya, result spm cukup-cukup makan tapi taklah sampai gagal... parents suruh sambung form 6, masa tu saya dah lemah semangat.. apa kelas form 6 hati saya kata.. tapi saya buat juga hasilnya saya sampai ke universiti... masuk universiti, reslut exam tak pernah konsisten tapi taklah sampai gagal jua... cukup untuk meneruskan pengajian... hasilnya, saya berjaya juga pegang pointer 3 something masa konvo walaupun tak pernah dapat dekan kan?? sibuk mencari jalan, cari kerja, tak sampai 4 bulan, saya dipanggil masuk sambung kpli walaupun masa buat ujian M-test, Tuhan ja yang tahu saya tak yakin lulus... sangat lah susah untuk tahap biasa saya... dah sambung kpli, sekarang tinggal berapa bulan ja lagi nak habiskan kursus... walaupun saya tahap biasa, taklah jua terlintas di hati nak mengulang apa-apa dalam hidup... dan jumaat lepas pun, keluarga saya dan keluarga yang tercinta saya sudah mula berkira-kira dan ada kata putusnya.. biarpun saya gembira tak terkata kerana perjalanan hidup saya sebegitu lancar dan tiada halangan yang berat menimpa, ada juga rasa bimbang... sekarang mungkin lancar saja perjalanan hidup saya, bagaimana nasib saya 20 tahun akan datang?? huhuhu mohon dipermudahkan hidup saya dan insan-insan kesayangan saya buat selama-lamanya... aminnn~~ buat yang tercintaku, I do!! I love you with all my heart and I want to live with you for the rest of my life...

No comments:

Post a Comment