Sunday, January 30, 2011

~~SaPa KaTa CikGu KerJa SeNanG??~~


kawan-kawan~~ saya masih hidup dan masih di muka bumi hehehehe I am survive~~ tapi letih dan sengal-sengal badan tu masih terasa... semuanya sebab minggu orientasi kat maktab... walaupun 4 hari ja orientasi tapi memang penat yang teramat... bangun pagi pukul 4 pagi, tidur pula pukul 2 pagi, so 2 jam ja sempat tidur... maknanya, dalam tempoh 4 hari, cuma sempat tidur 8jam ja secara purata... tu belum kira minit-minit nak ambil feel dan posisi tidur paling sempurna... maklumlah, bila kita pindah ke tempat baru, nak tidur jadi tak berapa nak selesa.. tapi start dari malam kedua tu semua tidur mati hahaha biasalah orientasi kan, semua orang tahu betapa padat dan penatnya semua orang... bertambah penat, bila kita kena pakai kasut formal sepanjang masa... uihhh habis melecet sana-sini kaki uolsss... saya kira bernasib baiklah, melecet biasa ja, ada seorang kakak tu sampai luka dan bernanah belakang kaki dia... peghhh, teruk tu!! tengok pun rasa sakit... dalam tempoh seminggu orientasi juga, saya belajar banyak benda-benda baru..

antaranya, belajar menjadi seorang yang dewasa... saya merupakan bakal guru untuk intake ni yang paling muda, di usia bakal 24 tahun... ada kawan-kawan saya, dah 30-an, paling tua yang saya tau umurnya 31tahun... ada juga yang dah ada anak, dan ada juga yang baru lepas pantang... kesian, anak diorang 3 bulan ja tapi terpaksa ditinggalkan sebab nak masuk kursus ni... so, bila dah bergaul dengan mak-mak orang, manalah nak boleh buat loyar buruk sangat kan?? pengajaran lain yang saya belajar, kena cepat... semua benda nak kena cepat... sebab jadual yang sangat padat, kita tak ada masa nak bergosip pun.. bayangkan, kelas pagi ada kelas pendidikan jasmani, lepas tu kelas bahasa Inggeris... dari baju sukan kena cepat-cepat tukar baju formal untuk kelas berikutnya, so kena bawa beg besar untuk baju, kasut dan lain-lain peralatan kelas... tak boleh lambat lebih dari 15minit, kalau tak kira ponteng kelas... huhuhuhu satu lagi yang saya perasan, suasana pembelajaran kat sana betul-betul macam bilik darjah.. kalau tunggu lecturer nak masuk kelas, Ya Allah bingitnya!! semua bercakap, melawak dalam nada yang sangat kuat... macam dalam kelas bisingnya!! saya pun bersembang juga tapi tak rasa sebising tu, kadang-kadang rasa pening kepala sebab terlalu bising.... nak buat macam mana, kenalah biasakan diri kan?? huhuhu siapa kata nak jadi cikgu ni senang?? dah jadi macam lipas kudung tau...

p/s: tertanya-tanya keadaan yang tercinta di maktab lain, macam seronok ja dia kat sana tanpa saya di sisi~~ =(

Sunday, January 23, 2011

~~GanGsTeR puN Tau HoRMaT Mak DioRaNG~~


semalam dalam pukul 11 malam macam tu, tengah sibuk mengemas bilik apa yang patut nak tidur, adik lelaki saya ajak tengok movie kat tv2... cerita best katanya.... lepas siap kemas barang, mata rasa susah pula nak tidur, join lah adik saya tengok cerita best tu... cerita aksi, tajuk 'FOUR BROTHERS'... kalau secara jujurnya, genre cerita begini bukan kegemaran saya tapi ada sesuatu yang istimewa buat saya terus kekal menonton sampai pukul 1 pagi... sedikit sinopsis pasal cerita ni, ada 4 orang adik-beradik lelaki, berlainan warna kulit tapi mempunyai sifat kekeluargaan dan saling melindungi ahli keluarga yang lain... keempat-empat ni adalah gangster, balai polis dah jadi rumah kedua diorang... diorang ada mak, tapi biasalah dalam dunia gelap, ahli keluarga kita mesti terancam bila ada sengketa antara orang-orang yang terlibat dalam dunia gelap ni kan?? satu masalah yang timbul mengakibatkan ada seorang gangster lain tak puas hati dengan 4 orang adik-beradik ni, kemudian dibunuhnya mak diorang... start daripada situlah sampai akhir cerita, mengisahkan yang 4 orang adik-beradik nak menuntut bela atas kematian mak diorang... yea, cerita aksi tapi macam yang saya katakan tadi, ada sesuatu yang buat saya tertarik, kagum dan sentap sangat bila dalam cerita ni ditonjolkan macam mana gangster ni layan mak diorang... diorang tak pernah nak tinggi suara dan sentiasa patuh pada apa yang mak diorang cakap... mak diorang cakap 'JANGAN KELUAR', 'JANGAN BERCAKAP BILA MAKAN', 'TUTUP MULUT BILA MENGUNYAH, KAU TU BUKANNYA LEMBU', diorang ikut ja, tak ada nak melenting, buat muka, buat bunyi atau melawan balik walaupun diorang tu kuat-kuat belaka... *kalau saya yang bukan gangster ni pun, kadang-kadang mak tegur pun, saya buat muka huhuhu* kesimpulannya, dari filem tu dibandingkan dengan saya sendiri, jujur saya akui gangster tu layan mak diorang lagi bagus dari saya wuaaaaaaaaaaaa....... tapi apapun, sekurang-kurangnya, saya tak membuang atau mengabaikan mak saya macam segelintir orang dan saya harap iman dan akal saya terus waras dari buat benda-benda yang sebegitu...

p/s: sayangi mak, ibu, mama, umie atau apa jua panggilan anda terhadap ibu bapa korang selagi diorang masih bernyawa... ;)

Wednesday, January 19, 2011

~~HOOiii PanTanG BetOiii HaKu!!!~~

lama tak buka entri tetiba nak marah-marah kan?? kau (saya) memang gila lah pompuan!! memang sifat tabii saya sejak dah boleh berfikir dengan waras *tak berapa waras sangatlah*, kuat marah-marah kalau ada benda yang tak kena ikut cara saya... secara jujurnya, saya seorang yang perfectionist, saya letak benda tu kat situ, jangan sapa gatal tangan ubah... sama juga kalau dah plan apa-apa, tak kisahlah nak dating ke nak shopping ke nak buat assignment ke, kalau dah cakap nak jumpa jam sekian-sekian, jangan kau cuba nak lewat kalau tak ada alasan yang kukuh ok?? memang cari nahas dengan mulut saya... dan satu lagi, kalau meeting or buat kerja secara berkumpulan, kau jangan cuba-cuba nak berlagak depan aku, cakap ja lebih kerja hampehhh tak jalan, confirm aku tarik muka 48 lipatan!! secara ringkas, saya seorang yang simple, tak suka panjang-panjang cerita tapi hasil kosong, kalau putih kita buat cara putih, tak payah sembang banyak, kalau tak mulut saya berbunyi nyaring...

itulah yang berlaku hari ni, uji iman betoiii... saya dapat tawaran KPLI dengan sekali percubaan, bangga?? adalah sikit hehehe tapi ingat, saya pernah kata mengajar adalah pilihan terakhir saya?? yeahhh, ajaibnya cuma pilihan akhir yang selalunya menjadi dalam hidup saya... saya baru tahu dapat tawaran ni 2 hari yang lepas, maknanya, Ahad baru ni... itupun malam baru tahu... terus print apa yang patut... dalam tempoh seminggu ni, saya sangat sibuk sebab 24 januari ni dah nak masuk daftar... saya dah susun plan baik-baik... 1st day nak buat apa, 2nd day nak buat apa dan berikutnya... sampai jam 2 petang tadi semuanya ikut plan saya dengan baik, I've told u I'm perfectionist!! tetiba mak saya tanya pasal borang yang nak disahkan.. saya cakaplah besok, sebab memang besok pun plan saya.. tetiba mak saya keluar bunyi bebel cakap saya lengah-lengah or whatsoever.. hekkk kenapa pula lengah?? bukan kata nak rujuk pakcik saya dulu pasal nak isi borang malam ni?? selagi tak isi, macam mana nak sah?? lagipun, kena tunggu report doktor dulu, tu pun nak kena fotostat dan sah juga... saya jawab begitulah lebih kurang... tetiba mak saya bunyi lagi, cakap begini 'ORANG CAKAP BUKAN MAU DENGAQ, SUKA HATILAH... NANTI KALAU TAK DAN PADAN MUKA' dengan nada marahnya dan loghat utaranya... huh, baik!! saya terus isi yang mana patut... saya isi borang di meja, belakang saya mak saya masih membebel-bebel... huh penat!! pasang earphone dengar lagu tapi hati sudah panas sebab sudah ada orang kacau plan saya.... lastly, borang tu tak boleh disahkan pun lagi, sebab masih banyak benda nak kena buat contohnya tunggu report medical tu... saya bukannya tak boleh nak dengar pendapat orang langsung, tapi apa yang saya atur atau plan, selama ni tak pernah gagal.. semuanya ikut tertib... kalau nak bagi idea pun, pandang-pandanglah dulu logiknya... kenapa nak buat 2-3 kerja padahal boleh siap serentak?? bising-bising pun tak jadi apa, still ikut plan asal saya... see, I'M A PERFECTIONIST!!!!

Sunday, January 9, 2011

~~Ki$aH JuMaaT~~

saya isytiharkan hari Jumaat sebagai hari keluarga saya di mana hari Jumaatlah kami sekeluarga boleh melepak bersama dan adakan anktiviti keluarga yang biasa-biasa ja, tapi tetap riuh... nak buat macam mana semua jenis cakap banyak dan mengilai kuat-kuat, kecuali bapa saya hehehe *mesti tension bapa saya, sebab tu kalau riuh over sikit, tunggu ja warning dia* selalunya, hari Jumaat mak saya cuti, kami akan breakfast kat kedai mamak, roti canai terbaik!! lepas tu merayaulah cari port shopping.. tapi sekarang dah tak cukup guu, adik saya semua sibuk belajar *loghat betoiii!!*, jadi tinggallah saya dan mak saya yang mengembara cari port... bapa saya memang dah sah-sah tak join, malas nak tunggu lama-lama, tambah-tambah nak solat Jumaat pula kan, mesti kelam-kabot sikit nanti.. so, Jumaat haritu, lepas breakfast, sampailah kami ke port wajib mak saya, Landmark Kulim jahhh.. kalau nak tahu, mak saya setiap Jumaat akan pergi butik kesayangan dia beli baju baru, harga mesti rm100++... SETIAP JUMAAT ok?? saya highlightkan di situ... ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, tak gitu?? saya pula memang jenis rambang mata, pantang nampak baju, selendang, kasut, semua saya nak!!! Jumaat lepas pula ada sale Chinese New Year, ko gila??!! mana boleh balik tangan kosong kan?? maka, bermulalah rembatan saya... 2 pasang baju, 3 helai selendang dan 1 pasang kasut hehehehe itu rembatan saya, mak saya pun tak nak kalah, 2 pasang baju, 2 helai tudung dan sepasang kasut juga... OH MAN!!! kalau saya habis dekat rm100++, mak saya habis almost rm300++, baju mak saya lagi mahal ok??~~ lepas habis sesi merembat dua beranak, baru pergi barang dapur... ni barang-barang yang saya beli untuk Jumaat minggu lepas:

kasut baruuuuu
3 helai selendang2 pasang baju


tengok jam dah pukul 1, mak saya fikir, rumah dah kosong, bapa dan adik saya dah pergi solat kan?? so, mak saya ajak pula makan kat food court atas tu, kitorang ingatkan time solat mesti tak ramai sangat kan?? lagipun, 1st time nak cuba makan kat sana... naik-naik aras tu, terkejut betul kitorang, ramai dowhhh!!!~~ dan yang penting, ada juga lelaki.. tak kisahlah tua muda, yang pasti diorang boleh makan time solat dan melepak kat situ dengan kawan-kawan... lelaki-lelaki ni juga langsung tak bergerak dari meja makan sampailah pukul 2 petang, jadi memang sah, diorang tak pergi solat Jumaat... apa kes?? maka bermulalah khutbah Jumaat mak saya: 'lelaki sekarang dah tak malu ke?? macam mana nak bimbing anak bini kalau diri sendiri tak sembahyang?? patutlah lelaki sekarang teruk, iman semua tak elok...' itu antaranya, butiran yang mak saya cakap, banyak lagi sebenarnya, tapi dah tak berapa ingat, benda dah dua hari hehehhe jadi, lelaki-lelaki di luar sana, tepuk dada tanya selera...

p/s: tengah makan tu, ada seorang mamat hensem pakai baju Melayu warna hijau muda masuk bowling centre dekat food court tu, rupanya pekerja sana... hensem wooo, pergi solat Jumaat pula, cairrrr~~ XD

Thursday, January 6, 2011

~~MenYEsaL aTau TErKeSaL??~~


sumpah jiwa kosong sejak 2 hari yang lepas, tak seronok langsung!! bangun tidur ja, pandang dinding takpun dinding pandang saya.. lepas tu buat-buat sibuk kemas rumah, masak bagai ala-ala Cinderella wannabe, dalam pukul 1 petang mati kutu balik... online sampai ke petang lepas tu mati kutu balik sampai ke malam... seriously, no fun!! tak ada kawan nak usik, nak mengomel, nak gosip.. balik-balik dengan dinding ja, kenapa dinding tak ada mulut yea?? saya boleh jadi gila macam ni, hari-hari cakap sorang-sorang, tak ada ke sesapa nak ajak saya keluar??~~ semua ni sebab adik-adik saya dah kembali masuk belajar, ek eleh belajar apa teruk-teruk kan?? huhuhu sorang dah balik pahang, sorang lagi study untuk SPM, dia ada ke tak ada ke sama ja, hari-hari berkurung dalam bilik dia, revision katanya... ahhhhh sunyi sepi betollll~~menyesal berhenti kerja hujung tahun hari tu, padan muka kan?? sob sob...

-T.H.E.E.N.D-

Sunday, January 2, 2011

~~LeLaKi JaMBu??~~

entri pertama saya tahun 2011, terasa nak tukar wajah blog ni tapi malas menguasai diri... kalau dah tukar template bagai nanti, nak kena edit sana-sini, haishh tak kuasalah.. banyak nak pakai masa, nantilah bila rajin hehehee hari ni saya nak kongsi kisah lelaki jambu... yeahh, isu lama... sebab dah lamalah, saya nak cerita.. selama sebulan lebih saya bertapa di rumah, tunggu kerja baru, baru saya perasan, adik lelaki saya JAMBUUU!!~~ hahahhaa apa yang korang faham pasal JAMBU?? pendapat saya, JAMBU ni adalah istilah buat lelaki yang memiliki sedikit atau lebih sifat perempuan dalam diri diorang.. bukan nak kata diorang ni pondan dan tak sempurna, tapi lelaki sejati yang normal cuma ada sikit sikap comel macam perempuan... hehehehe kenapa saya kata adik lelaki saya JAMBU??



1) mudah terasa...huhuhuhu letih nak jaga hati dia sebenarnya... pantang bergaduh, bukan bergaduh sangat pun, macam salah cakap sikit ja, dia yang 1st sekali masuk bilik... dah sejuk baru keluar.. hadoiii, tambah dengan baran lelaki dia, penat juga nak tunggu dia kembali normal... kesimpulannya, jangan main-main dengan dia and yess jangan usik lebih-lebih, kang ada yang makan hati...




2) ibarat tuan puteri... adik lelaki saya merupakan anak bongsu dan yang paling penting, dialah satu-satunya adik lelaki saya.. semua hal urusan dia ada orang uruskan.. makan-minum mak ayah saya tanggung, lain-lain nak minta tolong, dia ada dua kakak yang boleh tolong settlekan.. baju sekolah mak saya ironkan, baju koyak saya jahitkan, kasut sekolah pun ayah saya yang basuhkan, kuku jari tangan mahupun kaki sampai sekarang tak reti nak potong sendiri!! wahhhh, hoverrr!!!




3) fizikal.. dia merupakan lelaki tulen!!! yeaaahh point utama!! tapi dia merupakan individu yang mempunyai bulu mata dan jari paling panjang antara kami 3 beradik!!! what??!! kami kakak dia tak adapun fizikal cenggitu tau~~




4) layan melodrama... lelaki di luar sana, jawab dengan jujur, korang sanggup ke nak tunggu cerita drama yang berpuluh-puluh episod?? contoh cerita korea yang sedih-sedih tu?? hah, dia mampu tunggu untuk update episod seterusnya 'Stairways To Heaven'... tak pernah miss, bahkan dialah yang tunggu dulu depan tv!!!




5) rajin masuk dapur... bukan sebab dia selalu lapar, nak curi makanan.. tapi ringan tulang nak tolong.. kalau kita tengah masak kat dapur, dia akan masuk, buat-buat tanya lepas tu capai gula, garam, nak tolong masuk dalam masakan... minat nak jadi cheff kot~~




6) pada usia 17tahun dan bakal menduduki SPM hujung tahun ni, dia ada bantal busuk yang bertahun dia simpan!! bantal tu sejak dia sekolah rendah lagi, kekabu dalam bantal tu dah berpecah tiga segmen dah, tapi dia still simpan.. plus, kalau lalu depan bilik dia ja, dah bau bantal busuk tu, hahahha



itu saja kisah lelaki jambu dalam rumah saya, salam tahun baru~~ ;)