lama tak buka blog, tak tahu nak mulakan macam mana... berbelit-belit memikirkan idea bernas *konon*... sibuk sangat sekarang ni, jari- jemari ini hanya memegang laptop di waktu yang mempunyai tugasan, nak lepak-lepak layan internet di hujung minggu, download lagu-lagu, video dan menonton movie, yeahhh!! apa?? tak boleh ke cikgu-cikgi nak melepak depan laptop cenggitu?? tak payah nak bahan sangat yea?? apapun kerja kita, buat dengan ikhlas, jangan asyik nak dengki, tak baik... tak berkembang otak dan minda kita...
ni nak kongsi sikitlah pengalaman menjadi pengawas peperiksaan UPSR ni... pengalaman pertama, maklumlah kerja pun baru tahun pertama kan?? masa mula-mula nak mohon jadi pengawas tu, niat cuma nak mencuba dan menimba ilmu dan pengalaman... pergi mesyuarat, taklimat bagai, maka akhirnya saya dipilih sebagai pengiring ketua pusat, tolong ambil dan hantar kertas-kertas soalan dan jawapan calon... tu pun saya terima dengan rela, niat nak menimba pengalaman, lagipun saya bujang, berbanding pengawas-pengawas lain yang majoritinya sudah berkeluarga... akibatnya, bangun awallah saya, seawal pukul 4.30pagi uolsss, tak pernah-pernah bangun seawal tu sebab saya mengajar di sesi petang... merasa jugalah air paip subuh yang hening tu, selalu mandi tengahari ja kan?? sudah selesai bersiap, bergeraklah saya ke bilik kebal menjalankan tugas seawal 6.00 pagi...
hurmmm nak mengambilnya oklah, nak sign itu ini pun ok... sekali kena angkut sendiri dowhhh kertas-kertas tu semua... perghhh berat bukan main!! kerja-kerja pengiring ni patutnya cikgu lelaki yang buat derr... tapi nak buat macam mana, pengawas lelaki tiada di pusat saya... dahlah pusat periksanya tingkat 4, penat giler kot! nak mendaki tangga lagi dengan beg kertas soalan yang mencapai berkilo-kilo tu... tiga hari macam ni, boleh naik muscle wooooo~~ nasib saya muda remaja gitewwww, cuba bayangkan kalau pengawas yang dah berkeluarga tu yang mengangkatnya?? hurmm kesian... pengalaman~~ apapun selamat maju jaya buat semua calon UPSR 2012...
No comments:
Post a Comment