Saturday, April 28, 2012

~~BuKaN seNgaJa Nak LambaT~~

hurmmm ni kisah pagi tadi selepas menghadirkan diri ke kokurikulum di sekolah... sekolah saya terletak di dalam kawasan pekan cina yang kecil dan jalannya cuma satu hala... pekan kecil ni saya panggil China Town.. so what?? my own China Town even I'm not in the real China... dah hari-hari pergi sekolah, kawasan kecil ni bukan lagi masalah bagi saya.. kira dah lali gitu... pekan ni dah lah kecil, bila ada kereta berhenti tepi-tepi jalan sebab nak turn beli barang, jadi jem lah.. kereta tu dikira block jalan sehala ni... tapi memandangkan dah lali, tambah-tambah time puncak, kira macam cool lah... tak apa, saya boleh tunggu...

keluar ja dari pintu pagar utama sekolah, ada sebuah kedai makan cina.... pagi tadi masa keluar dari pintu pagar utama, saya nampak pakcik India yang tua dan kudung, atas kerusi rodanya baru keluar dari kedai makan tu... saya kira dia pergi beli makanan sebab boleh nampak bungkusan makanan di handle kerusi roda tu... pakcik tu kayuh kerusi roda dia tepi jalan ja, tapi sebab jalan sempit, saya yang mengekori dari belakang ikut jalah belakang pakcik perlahan-lahan... bagi saya tak apa, ikut ja... biar kita lambat jangan terlanggar dia pula... lagi satu kesian kat dia... dia pakai kerusi roda, bukannya naik kereta yang boleh memecut suka hati ja... disebabkan enjin kereta saya pun tak bunyi kuat sangat, pakcik ni mungkin tak perasan saya di belakang dia, walaupun boleh ja kereta kecil saya nak potong dia... tengah layan ikut pakcik tu, ada kereta belakang ni, rasanya jenis Hilux yang besar gajah ni, pergi hon panjang derrr kat saya... kira saya lembap lah katanya!! sempat saya tengok dari cermin sisi, satu family cina dalam kereta tu...yang saya tak boleh terima di akal saya ialah dia kan kereta besar, tinggi dari kereta kecil saya, takkan tak nampak pakcik berkerusi roda depan saya ni?? perlu ke nak hon panjang uolsss??? akhirnya, pakcik ni kayuhlah kerusi roda dia laju-laju ke tepi sebab nak bagi ruang kereta jalan... saya tak peduli, saya tak potong pakcik tu sampai selamat dia ke tepi, biarlah kereta gajah tu nak hon ke nak maki... masa saya potong pakcik, pakcik tu sempat toleh ke arah jalan.... hoiiii kesian kot!!! tak ada hati perasaan punya cina.... berlagak seyhhh!!! kereta besar bukan maksud kau raja jalan...

No comments:

Post a Comment