Monday, January 4, 2010

~~DaN SeBeNaRNYa~~

dan sebenarnya,hujung minggu ni adalah hujung minggu yang paling banyak cuti...dari cuti awal tahun sampai hari isnin ni adalah cuti semata-mata...bayangkan betapa mati akalnya aku,fikirkan apa nak buat sepanjang hujung minggu ni...takkan hari-hari nak keluar pulak,banyak duit ptptn ko...huhuhuhuhu akhirnya buah hatiku yang tercinta mencadangkan kitorang spend hujung minggu ni dekat rumah kakak dia di setiawangsa...memikirkan aku agak lama tak melawat rumah kakak dia,so aku ikut ja cadangan dia tu..main attraction yang aku suka pergi sana adalah kakak dia rajin dan pandai masak...sampai sekarang aku masih terasa-rasa lagi sambal udang kakak dia buat time bulan puasa tahun lepas hahahahha gila kan??? satu lagi tarikan,anak-anak yang kecil yang kakak dia mengasuh...almost 5 orang semuanya,so
bayangkan betapa meriahnya kalau budak-budak tu ada....
dan sebenarnya, kitorang cadang pergi hari ni balik besoknya....tapi terlajak balik lusanya....sepanjang stay di setiawangsa tu,sempat jugalah kitorang pergi times squares,konon nak cuci mata,tengok wayang tapi masing-masing spend almost hundreds kat sana....masing-masing beli kasut,baju....hehehehe belanjawan yang tak dirancang....on that day,kitorang tengok cerita cirque freak,vampire's assistant....biasa ja cerita ni....agak bosan dan kelakar dia pun tak berapa menjadi... sekadar nak tengok isi masa lapang bolehlah~~




dan sebenarnya, bila balik ke UKM hari ni dari setiawangsa,aku mula rasa cuak,nervous semacam....kenapa?? sebab,aku belum jumpa supervisor walaupun dah 3 minggu start kuliah....agaknya apa yang supervisor aku fikir pasal kelewatan aku jumpa dia ek??? buatnya,jenis straight,memang cincailah dia layan aku....huhuhuhu besok jalah kan jumpa
dia??? so,hari ni kena prepare sikitlah apa yang patut....actually,aku tak tahu pun nak prepare apa...nak edit or tambah apa ke dalam proposal aku....betul-betul tak ada idea....harap-harap esok bila dah jumpa supervisor oklah kan?? mana tahu ada ilham dari pertemuan bersejarah besok,maka bergeraklah proses mengarang tesisku...huhuhu sumpah poyo!!!




dan sebenarnya,aku sengaja ja pinjam tajuk lagu Yuna ni sebagai topik entriku....sebagai tanda sokongan kepada Yuna untuk malam Anugerah Juara Lagu,10 Januari ni....all the best Yuna!! aku mungkin tak berpeluang nak menontonnya di UKM tapi aku akan tengok jugak nanti dengan bantuan YOUTUBE...hahahaha so people, sesiapa yang tengok AJL tu nanti,please record and upload all the performances into YOUTUBE as soon as possible....kesian kat budak-budak macam aku ni,yang tak ada tv di campus....huhuhuhu ada ja sebenarnya tv dalam UKM ni,malas ja nak lepak ramai-ramai kat bilik menonton or kafe-kafe....apapun, all the best buat semua finalis...sekarang,aku nak buat sikit preparation untuk pertemuan dengan supervisor ku dan makan prosperity burger sebagai dinner malam ni...hohohohoho good night semua!!!

No comments:

Post a Comment