Saturday, February 26, 2011

~~PeRemPuan & EnJin~~


wahhh dashyat sibuk saya sekarang!! currently, lutut kiri injured lah pula, membengkak... perhaps, urat or sendi dalaman dia terlalu kuat diberi tekanan sampai tak mampu bertahan, tu yang membengkak tu.. macam orang tua jugalah 3-4 hari masa tu, nak berjalan dan naik turun tangga, perlu slow motion.. tambah bila nak sujud time solat, perghhh maha sedap rasanya~~

sejak ambil lesen kereta tahun 2006 dulu, tahun ni baru lesen saya digunakan sepenuhnya.. kawan-kawan saya pernah kata, lesen saya baru keluar bingkai, kalau tak dulu kerja gantung buat hiasan.. hampehh, perli depan-depan yea korang??~~ setakat ni, tak jauh pun kilometer yang saya drive, dalam 10-20 km ja kot... hahahaha dari kulim ke bukit mertajam lah kot paling jauh... dan semalam, dah start rasa macam mana bila enjin kereta kita tiba-tiba meragam.. weyhh, sumpah tak reti nak buat apa!!! masa tu, enjin rasa berat dan bunyi dia macam menggelegak... rupa-rupanya, tangki air kering, ada paip bocor.. jangan pernah tanya paip apa yang bocor tu, yang saya tahu, lokasinya agak dalam.. saya call ayah saya, tak sampai 10minit, ayah saya sampai dan belek kereta... maka, bermulalah kisah mekanik saya selaku co-mechanic kepada ayah saya... berminyak juga tangan uolsss!! asyik bawa kereta ja kan, nahh rasakan macam mana nak repair enjin kereta kau!! bermandi minyak dan peluh di bawah sinaran matahari yang indah... korang pernah rasa?? huhuhu

No comments:

Post a Comment