Friday, September 16, 2011

~~PuDiNg Roti MarBLe~~


phhhewwww... apa yang anda lakukan di hari cuti?? hari ni pula cuti sempena Hari Malaysia, dengar kata shopping complex semua pack.. huhuhu apa pula saya buat hari ni?? yeahh, pagi tadi online jap, tengah-tengah online saya jumpa satu blog pasal makanan, omo entri baru dia memukau selera... saya rasa macam saya rajin dan nak cuba, so saya keluar beli barang lepas zohor dan mula buat.. apa makanan berselera yang saya suka sangat tu?? puding roti marble jahhh... hahahhaha thanks mama jun, it's nice!!

Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 3 1/2 cawan air
- 800 gram serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 2 sudu besar margerin
- 2 biji telur
- 2 sudu besar serbuk koko

Cara memasak:
- Masukkan 3 cawan air, 800 gram serbuk agar-agar dan 1/2
cawan gula ke dalam periuk.
Didihkan.
- Blend 4 keping roti, 2 biji telur, 1/2 cawan susu pekat, 170 ml
susu cair dan 1/2 cawan air
(balance air tadi)
- Yang diblend tadi masukkan ke dalam periuk, kacau sampai
mendidih.

- Matikan api bila sudah mendidih.
- Bahagikan kepada 2, satu biar warna kekal asli, satu lagi
masukkan serbuk koko, kacau sampai
sebati.
- Masukkan kedua-duanya dalam loyang secara berselang-seli.
- Biar sejuk, masukkan dalam peti sejuk dan siap untuk
dimakan ;)

No comments:

Post a Comment