Tuesday, November 15, 2011

~~MasTeRCheF~~

memandangkan saya sangat lapang bermula semalam, bonda saya telah mengamanahkan saya untuk memasak santapan pada hari ni... yalah tu, bukan hari ni ja, untuk hari-hari akan datang pun, saya yang kena masak kan, mak?? yea, tak apa, saya free.... wehooo!! dari semalam lagi bonda saya telah mengeluarkan beberapa jenis ilham masakan daging... daging korban yang kami dapat, tak sangka banyak juga... alhamdulillah rezeki, terima kasih pada yang bagi... ingat nak habiskan hari ni, takut simpan lama-lama, rasa daging dah tak sedap... macam-macam resipi daging bonda saya sebut, masak kicap, masak paprik, gulai dan lain-lain... tetiba bonda saya cakap dia mengidam sup daging... oh ok.. itu ja?? 5 minit boleh siap sup daging tu kan?? dalam masa yang sama juga, lidah saya idamkan air asam... air asam kalau campur dengan sup daging, voilah!! so, tadi saya dah siap masak sup daging dan air asam, menu kami untuk hari ini... tengah buat air asam tadi, lidah saya kecur... tak tahan sangat-sangat dah dengan godaan di depan mata... siap ja air asam, saya curi daging sepotong, potong kecil-kecil, siram dengan air asam, makan macam sup tu... perghhhh syurga!! saya sukakannya!! memang boleh tambah daging tadi, tapi fikir orang lain kempunan bila saya habiskan daging, cepat-cepat basuh pinggan dan tinggalkan dapur! godaan!

kalau nak diikutkan sebenarnya, saya banyak benda tak makan... saya tak makan petai, tapai, air asam, seafood dan lain-lain.. bila saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tinggal di universiti, saya belajar makan banyak benda... persek
itaran membuatkan kita berubah kan?? sejarah air asam dan saya bermula bila saya singgah makan di Wisma UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti saya hehehe ada pakcik ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap... dari lauk-pauk makanan harian, bihun sup, bakso, mee kari, nasi ayam hinggalah ikan dan ayam bakar serta air asam... jangan main-main, tengahari dah ada ikan dan ayam bakar ok?? saya cuba makan dan besoknya saya datang lagi dan hari-hari berikutnya juga saya datang lagi... menu yang sama, cuma nasi kosong, ikan bakar dan air asam... pakcik, air asam mu yang terbaik!! tapi sekarang, saya dah buat sendiri hehehhe

No comments:

Post a Comment