Friday, December 30, 2011

~~ALL BraNd New!!~~

hujung-hujung disember macam ni, semua dah mula bercakap pasal tahun baru kan?? saya pun nak cakap juga dalam entri saya, biarlah kan.... cliche tetap cliche ;P dalam minggu ni, banyak benda baru yang saya buat, antaranya saya kini sudah berambut pendek.... saya simpan rambut dulu agak lama, almost 2 years... tetapi secara tiba-tiba saya rasa macam rambut pendek pun macam cool juga, semua sebab Running Man... saya tengok Ji Hyo dalam Running Man tu, dia poting pendek rambut dia, nampak comel ja.. saya pun nak comel juga!! makanya, saya pun potong rambut saya dengan berilhamkan Ji Hyo Running Man... Thus, if Ji Hyo could read this entry, please come to Malaysia, shoot Running Man at here for at least one episode because I've already chopped my hair just like your style sweetie~


perkara kedua baru yang saya buat semalam ialah saya dah tukar broadband baru.. kesian broadband lama saya... tak ada masalah sebenarnya dengan broadband lama saya, kekal memberikan perkhidmatan terbaik walaupun dah 5 tahun bersama saya, sejak saya masuk universiti lagi... the only reason why I've changed it, is because my mom... mak saya bising kata buat apa membazir broadband pakej lama maha
l-mahal sedangkan pakej sekarang lebih murah?? well, broadband saya adalah generasi pertama dengan kabel yang panjang tu, tak macam sekarang dah macam pendrive... harganya rm128, sedangkan pakej sekarang boleh dapat dalam rm68 ja... jimat banyak kan?? yea baik, memandangkan lepas ni, saya yang kena bayar sendiri broadband saya, semalam saya dah tukar... pertama kali guna, lancar ja.... kita tengok perkembangannya 5 bulan dari sekarang...

Tuesday, December 13, 2011

~~SaMa JerKKK~~

saya bukanlah peminat setia atau kipas susah mati dua penyanyi ni... diorang buat persembahan ke apa ke, saya tak ambil pusinglah uolsss.... tidaklah membenci separuh mati, cuma saya kurang minat ja, saya ok ja dengar lagu-lagu diorang tapi tak fanatik.... dek kerana saya separuh mati melayan variety show dari korea yang terkini 'Running Man' macam saya ceritakan di entri sebelum ni, kerap pula si lizzy dari kumpulan after school dari korea ni muncul dalam show tu... kumpulan after school kurang popular kat Malaysia ni berbanding Suju, SNSD, WonderGirls dan lain-lain tapi buat sesiapa yang suka tengok program-program, drama-drama dan apa saja yang berkaitan dengan Korea, mesti pernah dengar kan kumpulan After School ni?? suka ja tengok dia, sebab dia energetik *mungkin sebab group dia memang dilatih untuk menari so banyak tenaga* dan antara orang penting nak tolong settlekan mission berbanding 'oppa-oppa' nya yang lain hehhehee dan disebabkan dia sering muncul juga, terasa muka dia ni macam iras seseorang... biarpun ni mukanya selepas dibedah plastiknya, tetapi sama macam muka seorang penyanyi Malaysia ja, Shila Amzah... sokong tak pendapat saya?? ke saya ja yang berangan seorang diri di pagi hari???
notakaki:// mungkin betul orang kata, antara tanda-tanda besar dunia nak kiamat ialah wajah-wajah pelbagai kaum yang berbeza akan nampak sama ja di hujung-hujung zaman....

Sunday, December 11, 2011

~~LunaR EcLipSe~~

~~PenDinG!~~

saya boleh diibaratkan seperti sebuah laptop yang hang hampir sebulan... segala benda jadi pending hehehehe banyak benda yang berlaku dalam tempoh saya tak blogging ni.... for this time being, my time is being filled with movies!! itu ja yang saya boleh cakap kenapa saya dah jarang online sejak kebelakangan ni... saya juga dah jarang buka fb or twitter... saya rasa bosan dengan dua laman sosial ni... sama ja kaedahnya, wissss!! jadi, masa saya lebih terisi dengan kerja-kerja rumah dan yea saya buka laptop untuk tengok movie sahaja heheehe buat masa ni saya tengah ketagih dengan 2 siri realiti dari korea, adik saya yang ajar tengok benda ni.... saya dah habis 1 siri realiti, sekarang tengah fokus pada yang satu lagi....

siri yang dah habis tengok ni dinamakan family outing... lebih kepada macam mana nak sara diri dalam kawasan kampung, kena jadi nelayan, kena jadi pengembala kambing dan buat kerja-kerja kampung.... dalam masa yang sama, ada game yang menarik... kelakar sangat... paling suka kim soo ro dan yoo jae suk!! siri ni ditamatkan tahun 2010 dan ada 85 episod kesemuanya.... satu siri ada berpuluh-puluh episod, manalah saya tak ada masa nak online kan?? sibuk tengok realiti show ja ;)

siri realiti yang saya tengah fokus sekarang ni ialah running man.... kelakar jugak dan lebih kepada macam mana nak selesaikan mission... kalau tak kena denda... siri ni juga masih on progress di korea sana, setakat ni dah ada 72 episod and still running... paling suka kang gary and again yoo jae suk.... seriously, yoo jae suk ni tak nak datang malaysia kah?? dia seorang pengantara di korea dan kelakar sangat orangnya!!!

p/s saya sedang tak sabar tunggu gambar pertunangan saya.... ehh saya dah tunang??!! yea, I'm engaged on 2nd dec ago and I'll update you guys with the photos later ;)