Tuesday, December 13, 2011

~~SaMa JerKKK~~

saya bukanlah peminat setia atau kipas susah mati dua penyanyi ni... diorang buat persembahan ke apa ke, saya tak ambil pusinglah uolsss.... tidaklah membenci separuh mati, cuma saya kurang minat ja, saya ok ja dengar lagu-lagu diorang tapi tak fanatik.... dek kerana saya separuh mati melayan variety show dari korea yang terkini 'Running Man' macam saya ceritakan di entri sebelum ni, kerap pula si lizzy dari kumpulan after school dari korea ni muncul dalam show tu... kumpulan after school kurang popular kat Malaysia ni berbanding Suju, SNSD, WonderGirls dan lain-lain tapi buat sesiapa yang suka tengok program-program, drama-drama dan apa saja yang berkaitan dengan Korea, mesti pernah dengar kan kumpulan After School ni?? suka ja tengok dia, sebab dia energetik *mungkin sebab group dia memang dilatih untuk menari so banyak tenaga* dan antara orang penting nak tolong settlekan mission berbanding 'oppa-oppa' nya yang lain hehhehee dan disebabkan dia sering muncul juga, terasa muka dia ni macam iras seseorang... biarpun ni mukanya selepas dibedah plastiknya, tetapi sama macam muka seorang penyanyi Malaysia ja, Shila Amzah... sokong tak pendapat saya?? ke saya ja yang berangan seorang diri di pagi hari???
notakaki:// mungkin betul orang kata, antara tanda-tanda besar dunia nak kiamat ialah wajah-wajah pelbagai kaum yang berbeza akan nampak sama ja di hujung-hujung zaman....

No comments:

Post a Comment