Sunday, December 11, 2011

~~PenDinG!~~

saya boleh diibaratkan seperti sebuah laptop yang hang hampir sebulan... segala benda jadi pending hehehehe banyak benda yang berlaku dalam tempoh saya tak blogging ni.... for this time being, my time is being filled with movies!! itu ja yang saya boleh cakap kenapa saya dah jarang online sejak kebelakangan ni... saya juga dah jarang buka fb or twitter... saya rasa bosan dengan dua laman sosial ni... sama ja kaedahnya, wissss!! jadi, masa saya lebih terisi dengan kerja-kerja rumah dan yea saya buka laptop untuk tengok movie sahaja heheehe buat masa ni saya tengah ketagih dengan 2 siri realiti dari korea, adik saya yang ajar tengok benda ni.... saya dah habis 1 siri realiti, sekarang tengah fokus pada yang satu lagi....

siri yang dah habis tengok ni dinamakan family outing... lebih kepada macam mana nak sara diri dalam kawasan kampung, kena jadi nelayan, kena jadi pengembala kambing dan buat kerja-kerja kampung.... dalam masa yang sama, ada game yang menarik... kelakar sangat... paling suka kim soo ro dan yoo jae suk!! siri ni ditamatkan tahun 2010 dan ada 85 episod kesemuanya.... satu siri ada berpuluh-puluh episod, manalah saya tak ada masa nak online kan?? sibuk tengok realiti show ja ;)

siri realiti yang saya tengah fokus sekarang ni ialah running man.... kelakar jugak dan lebih kepada macam mana nak selesaikan mission... kalau tak kena denda... siri ni juga masih on progress di korea sana, setakat ni dah ada 72 episod and still running... paling suka kang gary and again yoo jae suk.... seriously, yoo jae suk ni tak nak datang malaysia kah?? dia seorang pengantara di korea dan kelakar sangat orangnya!!!

p/s saya sedang tak sabar tunggu gambar pertunangan saya.... ehh saya dah tunang??!! yea, I'm engaged on 2nd dec ago and I'll update you guys with the photos later ;)

No comments:

Post a Comment