Sunday, January 10, 2010

~~ManDi ManDa Di SG.ChoNGkaK~~

hari ni sangat seronok dapat berendam dalam air sampai menggigil...kalau diikutkan,agak bertahun jugak yea aku tak pergi mandi-manda macam ni...tak silap aku last time masa aku sekolah lagi...huhuhu...tambah seronok bila kita dapat berendam dengan kawan-kawan dan insan tercinta hehehehe ikot perancangan awal,kitorang patut bertolak dari kampus pukul 10 pagi...tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan,kitorg tunggu abang zul,satu-satunya staff pusat kebudayaan yang dapat join,hampir 2jam...wooo sabar jalah kan??? dah sampai abang zul, tunggu pulak iskandar,budak kelab nasyid, dan emy dari kelab gamelan...saja nak meramaikan orang pergi mandi...tapi seriusly,kalau tak ada dioang ni,ciput ja yang pergi...hehehehe dengan kehadiran mereka semua,maka meriahlah aktiviti yang dirancang...kenapa?? sebab ni program senior kelab teknikal,aku dijemput join pun sebab insan tercintaku...then tambah abang zul,is,emy semua,dah jadi macam aktiviti kelab-kelab pusat kebudayaan UKM...meriah kott~~hahahahaaha tapi yang bestnya,semua boleh get along...kan bagus macam ni....tak semua budak dari satu kelab pusat kebudayaan boleh campur dengan budak-budak dari kelab lain....kekwat kah mereka???



kitorang gerak dalam pukul 1 lebih jugak...then sampai sana,makan dulu,baru masuk air....time tu air cetek ja...abang zul cadangkan buat tembok pakai batu-batu dan kayu-kayu semua yang ada....hasil tembok jadian tu,air jadi tinggi baru sedap rendam....makin lama rendam,makin sejuk air kat sungai chongkak ni..kitorang berendam sampai pukul 5.30 petang macam tu...time naik tu,dah ramai dah yang menggigil hahahahahha termasuklah aku~~ lepas tukar baju,kemas-kemas semua...on the way nak balik semula ke UKM,singgah pulak jenguk kolam air panas dekat tepi jalan tu...kolam tu memang open air....lalu tepi jalan ja,dah nampak....ramai jugak yang rendam kaki kat situ...kolam tu kecil ja,so hanya mampu rendam kaki...walaupun begitu,aku tetap tak mampu rendam kaki aku lama-lama,tak tahan panas....tapi tengok kawan-kawan semua rileks ja rendam lama-lama...even budak-budak kecil yang datang dengan family pun boleh rendam kaki lama-lama...huhuhuhu I DOWN!!!




almost 30minutes spend dekat kolam air panas tu,kitorang pun terus gerak balik ke UKM... dah tak ada singgah makan dah,masing-masing dah penat...plus,kejar nak tengok Anugerah Juara Lagu malam ni hahahhaha apapun,jutaan terima kasih kepada aini, zati, ina, ella, nadia, diana, zam, is, abang zul, emy serta insan tercintaku for hari ni....memang enjoy ja rasa hari ni.....thanks banyak-banyak for a pleasant day....nanti aku uploadkan some of the pictures of the day....sebab hari dah malam lagipun besok ada kelas pagi.... kena tidur awal hehehehe so itu ja untuk hari ni....off to bed~~

2 comments: