Tuesday, June 29, 2010

~~ShouLD I???~~

hurmmm selepas habis belajar ni, tak pernah hidup aku dalam kemurungan kecuali rindukan bucukku... hidup dalam keadaan yang sangat senang lenang dan goyang kaki.. 24 jam seari diisi dengan cuma makan, menonton t.v, menonton wayang dan tidur... indah bukan?? tapi hari ni tiba-tiba rasa serabut... bahkan selalu panas ja kat kawasan rumah ni, tetiba hujan pula hari ni, memahami perasaan aku agaknya... patutnya aku rasa gembira, tapi entah kenapa, perasaan gembira tu tak muncul... kenapa aku emosional sangat ni??


pagi tadi aku dapat call dari seseorang, offer kerja... well, of course lah aku yang apply dulu, hantar resume semua bagai... kerja sebagai retail supervisor di satu buktik pengantin... butik ni terletak di puchong... namanya?? rahsia... gila kau promote butik orang lebih-lebih... tapi aku tak pasti nak terima atau tidak kerja tu... bukan sebab kerja sebagai pekerja butik yang tak sesuai untuk pemegang ijazah macam aku... bukan sebab gaji yang mungkin tak 5 angka... tapi aku fikir pasal keluarga... kalau ikutkan aku, aku sikitpun tak kisah nak kerja apapun, partime pun ok bagi aku... sebab target aku, aku nak kerja apa-apa sampai aku dapat offer dari kerajaan, baru aku cabut... sebab aku nak kerja kerajaan yang bagi aku tu yang paling stabil... memandangkan susah nak dapat kerja, tambah-tambah kerja kerajaan, aku fikir nak bedal ja apapun dulu, asalkan poket tak kosong dan ada pengalaman kerja... tapi yang menjadikan aku ragu-ragu, adalah status keluarga...


pertamanya, adik aku nak sambung belajar ke pahang mulai 5 julai ni.. kalau ada dia di rumah, dialah yang tolong jaga, kemas dan buat apa-apa yang patut dalam rumah tu... tolong-tolong ayah aku buat kerja rumah... sekarang dia dah mula keluar rumah, tinggallah ayah aku seorang di rumah dengan kerja-kerja rumah... mak aku masih kerja dan adik lelaki aku masih sekolah.. so, diorang tak boleh lah nak tolong sangat buat kerja rumah waktu pagi, sebab memang dah tak ada dekat rumah...


keduanya, ayah aku memang dah kurang sihat, antara faktor kenapa dia bersara awal dari polis.. dia selalu pening-pening, urat selalu kejang bila terlalu panas atau sejuk... pernah banyak kali juga, dia langsung tak boleh nak bangun langsung,cuma mampu baring ja.. makan minum dah tak lalu.. nasi jarang makan, katanya payau mengunyah... dia lebih selesa makan roti... sebab tu lah, badan dia sangat kurus sekarang... ada beza masa dia dulu dan sekarang.. jalan pun dah slow walaupun usia baru 5o-an...


ketiganya, nenek sebelah ayah aku... dia dah tua, nyanyuk dan tak boleh berjalan... disebabkan tiada siapa nak jaga urusan makan minum dia semua, ayah aku adik beradik buat sistem giliran jaga nenek aku.. sorang sebulan... dan nak dijadikan cerita, bulan julai ni lah, turn keluarga aku balik... aku sikitpun tak ada masalah nak jaga nenek aku... dah berapa kali nenek aku tinggal kat rumah, aku ada tolong jaga dia... dia agak mencabar, mungkin sebab dia jenis rajin waktu sihat dulu, dia tak boleh duduk diam.. dia selalu mengengsot pergi sana-sini dalam rumah... kadang-kadang, dia carik-carikkan pampers dia, dalam keadaan dia yang basah lencun dengan air kencing atau najis dia tanpa pampers, dia mengengsot ke depan, ke dapur kadang-kadang ke bilik yang ada carpet... bayangkan kalau dia mengengsot dalam keadaan kotor macam tu, banyak kerja nak kena buat.. nak bersihkan dia, cuci rumah dan lain-lain... memang mencabar.. sebab tu mesti ada orang kena jaga nenek aku 24 jam,tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang walaupun sekejap.. kalau terlepas pandang sikit, mesti dia dah hilang dari tempat tidur dia, mungkin bosan asyik baring...


tu yang aku risaukan... katalah aku terima kerja tu, boleh kah ayah aku nak jaga nenek aku sorang-sorang?? dulu sekurang-kurangnya, ada aku dan adik aku boleh tolong... kalau aku dengan adik aku tak ada kat rumah nanti, siapa nak tolong ayah aku jaga nenek aku waktu pagi sementara adik lelaki aku nak balik sekolah?? kadang-kadang ayah aku pun ada urusan, nak pergi medical check-up, pergi beli barang-barang dapur, uruskan hal rumah sewa dan lain-lain (well ketua keluarga memang banyak urusan nak kena settle)... kalau ayah aku tetiba pening, siapa nak jaga nenek aku?? ayah aku kalau dah pening, memang dah tak larat nak buat apapun, nak bangun berdiri pun kena berpegang pada dinding takpun di pimpin... mana tau time ayah aku tak sihat, nenek aku pula aktif mengengsot dalam rumah... siapa nak jaga dia, nak kemas dan bersihkan rumah??


sungguh aku tak tahu apa nak buat.. mungkin masa untuk aku bekerja belum sampai sekarang... apa patut aku buat??





Monday, June 28, 2010

~~PuaSa SunAt PaLinG PenaT~~


hurmmm apa intro paling sesuai bila kita nak mulakan bicara selain 'Hai semua!!', 'Hello korang!!', 'Dah lama tak update blog kan??' huhuhuhu aku rasa semua blog sama ja kalau intro macam tu...korang tak rasa begitu?? hehheehe jangan marah ok?? dan jangan marah juga bila baca tajuk entri aku begitu!!! aku bukannya tak suka berpuasa sunat,bodoh agama atau sebagainya, tapi hari ni adalah dalam sejarah... tak pernah aku berpuasa sepenat hari ni tapi walaupun begitu, aku bersyukur sebab mampu selesaikannya dengan baik... Alhamdulillah dapat satu hari lagi puasa sunat...


kenapa aku kata penat sangat ni?? haa ni aku nak cerita... lepas aku dah niat puasa apa semua, aku puasa lah hari ni... permulaan pagi lagi dah semacam... perut rasa berkelodak macam susu basi daaa...aku bangun pagi (tak pagi sangat lah, dalam pukul 9 juga, well anak dara bujang hahahaha), bangun sebab perut aku macam nak meletup... segera pintas aku bangun menuju ke toilet...ok, tu first time untuk hari ni... first time apa?? haiihhh membuang lah uolsss,dah kata pun berkelodak dan nak meletup... balik dari pasar beli barang-barang dapur nak masak untuk berbuka karang, rasa berkelodak lagi... kali kedua, meletup lagi... petang tu masa aku tengah lepak layan t.v, rasa lagi kelodaknya...ok kali ketiga... lepas kali ketiga tu aku dah rasa lunyai... lunyai habis!! sebab aku rasa aku dah keluarkan semua isi perut sekali dengan lemak di perut... memang kosong!!!



aku ingatkan tu lah kali terakhir, rupanya tidak... dalam pukul 6.45 petang tadi, berkelodak balik... aduhaiii ingat dah kosong,rupanya masih ada baki... tulah kali terakhir (harapnya lah,jangan karang jadi balik sudah)... dah macam pusingan Piala Dunia dah perut aku hari ni... huhuhu itulah yang aku kata penat sangat ni, puasa sunat di kala Diarrhea... bestt!! sebab apa best?? sebab perut saya best!! ;P


p/s: saya rindu bucuk saya ;(

Tuesday, June 22, 2010

~~SiBuk~~


minggu ni adalah minggu paling sibuk saya... saya sibuk berkemas... membuang barang-barang yang saya dah tak nak.. memasukkan barang-barang yang saya nak ke dalam beg dan kotak-kotak... sibuk persiapkan diri untuk exam 24Jun ni... pendek kata saya sangat sibuk.... saya minta maaf tak dapat nak melayan anda semua... terima kasih dan jumpa lagi...

p/s: Brazil dah kumpul 6 mata untuk FIFA world cup buat masa ni...wehooo that's my boyss!!!

Thursday, June 17, 2010

~~ToY StoRy 3~~


petang tadi, aku pergi tengok wayang dengan yang tercintaku...kitorang bedal 2 movies back to back tapi yang paling aku excited nak tengok mestilah Toy Story 3!!! aku tak pernah miss tau cerita ni dari 1st edition... aku ingatkan cerita ni just ada 2 edition ja, tetiba muncul balik dengan 3D lagi tahun ni...meletopppp!!! dan seperti biasa, movie ni tak mengecewakan aku... sangat comel dan kelakar karakter-karakter dia...apapun yang berlaku, cintaku tetap pada Mr. Woody....hehehee dalam wayang tadi, ramai parents bawa anak-anak kecil diorang tengok...cuti sekolah kan sekarang?? ada yang menangis takut gelap, minta air nak minum, minta popcorn, bergaduh adik-beradik dan ada juga yang lawan melomapt-lompat....hahahaha tapi seriously, aku sikitpun tak kisah, budak-budak kan?? tapi kalau org tua, haruslah annoying habis!!! masa tengok Toy Story 3 tu, aku fokus habis, sampai yang tercintaku cakap 'Wah, feelingnya!!!' ehh haruslah, movie favourite I...all-time favourit ok?? cerita ni dari zaman kanak-kanak aku, sangat nostalgia!!! hahahaha terasa kembali ke zaman kanak-kanak... yang membuatkan yang tercintaku cakap macam tu adalah kerana, aku menjerit terkejut part Mr. Woody dan kawan-kawan terjatuh dan hampir nak kena bakar dekat tempat pelupusan sampah...time tu tak ada siapa nak tolong diorang huhuhu... dan aku juga menangis part Andy nak derma anak-anak patung dia semua, sedih kot!!! tapi tak adalah menangis meraung, of course lah cover-cover...habis wayang tu, kitorang perasan dekat level bawah tu ada stage...atas stage tu ada Mr.Woody dan Buzzlightyear!!! sumpah aku nak ambil gambar dengan diorang, dengan lajunya aku ajak yang tercintaku turun bawah....sekali diorang cakap, yang ada budak-budak ja boleh naik stage ambil gambar...huh??!! habis yang tak ada anak macam aku, yang memang gila minat Toy Story melopong tepi stage ja??!! sangat down!! aku pun minat diorang juga, dah nasib aku time budak-budak diorang tak ada, kalau tak aku pun ada gambar dengan dioranglah~~ mode down tapi bahagia bertentang mata dengan Mr.Woody dan Buzzlightyear live walaupun dari tepi stage saja...

p/s:sorry bucuk,I tak curang =)

Friday, June 4, 2010

~~SusHi kinG~~


hurmm dah lama tak update blog, bukan sebab sibuk ke apa...tapi sebab tak ada benda yang nak di kongsi bersama korang semua...ni masuk entri baru sebab aku nak berkongsi pengalaman makan di Sushi King... kisahnya bermula begini, kelmarin (3 Jun 2010), miss U ajak aku temankan dia ke Pekan Kajang untuk beli barang-barang rumah dia...memandangkan aku memang tak ada apa-apa program,aku teman jalah...lepas beli barang semua, baru dia ajak pergi makan Sushi King...sebab dia beria-ia cakap Sushi itu enak, aku cuba...aku gagahkan diri masuk kedainya...my first time!! dah ambil tempat duduk semua, ada seorang waitress ni datang minta order...terkebil-kebil aku, baru ja letak punggung, dah tanya order...dahlah aku tak tau apa-apa pasal sushi... lastly, miss U order dulu, bila waitress datang bawa makanan dia, baru aku order... aku tak pilih set yang hebat pun, just side dishes nama 'Tori Karaage'...something like that namanya...sorry kalau salah eja yea?? miss U order fry set,lantak dialah kan?? dah memang kipas susah mati Sushi King!!! berbalik kepada side dish yang aku order tu, ianya adalah ketulan ayam goreng yang digoreng rangup...sedap!!! itu ja yang best aku rasa time tu hahahaha aku order pepsi sebab aku tak lalu nak minum teh hijau dia,even aku dah rasa yang miss U punya..sumpah tak tertelan!!! then, miss U tanya, nak rasa sushi tak?? lantas aku menjawab, TIDAK!!!! tapi miss U bagi juga aku try something macam telur tu...no idea apa nama dishes tu...ianya telur rebus yang disaluti tepung yang kemudiannya digoreng rangup...bolehlah~~ tapi seriously, walaupun itu ja dishes yang aku makan, tapi susah juga aku nak menelan...kecuali my Tori karaage...ohh yeahh!! miss U ada juga bagi aku rasa miso...hell!! aku rasa loya makan sup tu, tapi miss U bersungguh makan...sampai menjilat sudu,apakah??!! aku tak rasa Sushi King adalah makanan aku, cukuplah sekali itu aku merasa...walaupun aku tak rasa sushi,tapi apa yang aku makan masa tu dah cukup untuk aku...terima kasih...sushi is a no-no food in my list!!!

die hard fan of Sushi King!!
inilah telurnya,ada nampak telur??posing ja lebih,makannya kurang ;)