petang tadi, aku pergi tengok wayang dengan yang tercintaku...kitorang bedal 2 movies back to back tapi yang paling aku excited nak tengok mestilah Toy Story 3!!! aku tak pernah miss tau cerita ni dari 1st edition... aku ingatkan cerita ni just ada 2 edition ja, tetiba muncul balik dengan 3D lagi tahun ni...meletopppp!!! dan seperti biasa, movie ni tak mengecewakan aku... sangat comel dan kelakar karakter-karakter dia...apapun yang berlaku, cintaku tetap pada Mr. Woody....hehehee dalam wayang tadi, ramai parents bawa anak-anak kecil diorang tengok...cuti sekolah kan sekarang?? ada yang menangis takut gelap, minta air nak minum, minta popcorn, bergaduh adik-beradik dan ada juga yang lawan melomapt-lompat....hahahaha tapi seriously, aku sikitpun tak kisah, budak-budak kan?? tapi kalau org tua, haruslah annoying habis!!! masa tengok Toy Story 3 tu, aku fokus habis, sampai yang tercintaku cakap 'Wah, feelingnya!!!' ehh haruslah, movie favourite I...all-time favourit ok?? cerita ni dari zaman kanak-kanak aku, sangat nostalgia!!! hahahaha terasa kembali ke zaman kanak-kanak... yang membuatkan yang tercintaku cakap macam tu adalah kerana, aku menjerit terkejut part Mr. Woody dan kawan-kawan terjatuh dan hampir nak kena bakar dekat tempat pelupusan sampah...time tu tak ada siapa nak tolong diorang huhuhu... dan aku juga menangis part Andy nak derma anak-anak patung dia semua, sedih kot!!! tapi tak adalah menangis meraung, of course lah cover-cover...habis wayang tu, kitorang perasan dekat level bawah tu ada stage...atas stage tu ada Mr.Woody dan Buzzlightyear!!! sumpah aku nak ambil gambar dengan diorang, dengan lajunya aku ajak yang tercintaku turun bawah....sekali diorang cakap, yang ada budak-budak ja boleh naik stage ambil gambar...huh??!! habis yang tak ada anak macam aku, yang memang gila minat Toy Story melopong tepi stage ja??!! sangat down!! aku pun minat diorang juga, dah nasib aku time budak-budak diorang tak ada, kalau tak aku pun ada gambar dengan dioranglah~~ mode down tapi bahagia bertentang mata dengan Mr.Woody dan Buzzlightyear live walaupun dari tepi stage saja...
p/s:sorry bucuk,I tak curang =)
p/s:sorry bucuk,I tak curang =)
No comments:
Post a Comment