Tuesday, June 29, 2010

~~ShouLD I???~~

hurmmm selepas habis belajar ni, tak pernah hidup aku dalam kemurungan kecuali rindukan bucukku... hidup dalam keadaan yang sangat senang lenang dan goyang kaki.. 24 jam seari diisi dengan cuma makan, menonton t.v, menonton wayang dan tidur... indah bukan?? tapi hari ni tiba-tiba rasa serabut... bahkan selalu panas ja kat kawasan rumah ni, tetiba hujan pula hari ni, memahami perasaan aku agaknya... patutnya aku rasa gembira, tapi entah kenapa, perasaan gembira tu tak muncul... kenapa aku emosional sangat ni??


pagi tadi aku dapat call dari seseorang, offer kerja... well, of course lah aku yang apply dulu, hantar resume semua bagai... kerja sebagai retail supervisor di satu buktik pengantin... butik ni terletak di puchong... namanya?? rahsia... gila kau promote butik orang lebih-lebih... tapi aku tak pasti nak terima atau tidak kerja tu... bukan sebab kerja sebagai pekerja butik yang tak sesuai untuk pemegang ijazah macam aku... bukan sebab gaji yang mungkin tak 5 angka... tapi aku fikir pasal keluarga... kalau ikutkan aku, aku sikitpun tak kisah nak kerja apapun, partime pun ok bagi aku... sebab target aku, aku nak kerja apa-apa sampai aku dapat offer dari kerajaan, baru aku cabut... sebab aku nak kerja kerajaan yang bagi aku tu yang paling stabil... memandangkan susah nak dapat kerja, tambah-tambah kerja kerajaan, aku fikir nak bedal ja apapun dulu, asalkan poket tak kosong dan ada pengalaman kerja... tapi yang menjadikan aku ragu-ragu, adalah status keluarga...


pertamanya, adik aku nak sambung belajar ke pahang mulai 5 julai ni.. kalau ada dia di rumah, dialah yang tolong jaga, kemas dan buat apa-apa yang patut dalam rumah tu... tolong-tolong ayah aku buat kerja rumah... sekarang dia dah mula keluar rumah, tinggallah ayah aku seorang di rumah dengan kerja-kerja rumah... mak aku masih kerja dan adik lelaki aku masih sekolah.. so, diorang tak boleh lah nak tolong sangat buat kerja rumah waktu pagi, sebab memang dah tak ada dekat rumah...


keduanya, ayah aku memang dah kurang sihat, antara faktor kenapa dia bersara awal dari polis.. dia selalu pening-pening, urat selalu kejang bila terlalu panas atau sejuk... pernah banyak kali juga, dia langsung tak boleh nak bangun langsung,cuma mampu baring ja.. makan minum dah tak lalu.. nasi jarang makan, katanya payau mengunyah... dia lebih selesa makan roti... sebab tu lah, badan dia sangat kurus sekarang... ada beza masa dia dulu dan sekarang.. jalan pun dah slow walaupun usia baru 5o-an...


ketiganya, nenek sebelah ayah aku... dia dah tua, nyanyuk dan tak boleh berjalan... disebabkan tiada siapa nak jaga urusan makan minum dia semua, ayah aku adik beradik buat sistem giliran jaga nenek aku.. sorang sebulan... dan nak dijadikan cerita, bulan julai ni lah, turn keluarga aku balik... aku sikitpun tak ada masalah nak jaga nenek aku... dah berapa kali nenek aku tinggal kat rumah, aku ada tolong jaga dia... dia agak mencabar, mungkin sebab dia jenis rajin waktu sihat dulu, dia tak boleh duduk diam.. dia selalu mengengsot pergi sana-sini dalam rumah... kadang-kadang, dia carik-carikkan pampers dia, dalam keadaan dia yang basah lencun dengan air kencing atau najis dia tanpa pampers, dia mengengsot ke depan, ke dapur kadang-kadang ke bilik yang ada carpet... bayangkan kalau dia mengengsot dalam keadaan kotor macam tu, banyak kerja nak kena buat.. nak bersihkan dia, cuci rumah dan lain-lain... memang mencabar.. sebab tu mesti ada orang kena jaga nenek aku 24 jam,tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang walaupun sekejap.. kalau terlepas pandang sikit, mesti dia dah hilang dari tempat tidur dia, mungkin bosan asyik baring...


tu yang aku risaukan... katalah aku terima kerja tu, boleh kah ayah aku nak jaga nenek aku sorang-sorang?? dulu sekurang-kurangnya, ada aku dan adik aku boleh tolong... kalau aku dengan adik aku tak ada kat rumah nanti, siapa nak tolong ayah aku jaga nenek aku waktu pagi sementara adik lelaki aku nak balik sekolah?? kadang-kadang ayah aku pun ada urusan, nak pergi medical check-up, pergi beli barang-barang dapur, uruskan hal rumah sewa dan lain-lain (well ketua keluarga memang banyak urusan nak kena settle)... kalau ayah aku tetiba pening, siapa nak jaga nenek aku?? ayah aku kalau dah pening, memang dah tak larat nak buat apapun, nak bangun berdiri pun kena berpegang pada dinding takpun di pimpin... mana tau time ayah aku tak sihat, nenek aku pula aktif mengengsot dalam rumah... siapa nak jaga dia, nak kemas dan bersihkan rumah??


sungguh aku tak tahu apa nak buat.. mungkin masa untuk aku bekerja belum sampai sekarang... apa patut aku buat??





No comments:

Post a Comment