Thursday, July 29, 2010

~~One Of tHe ProSecUTor PriNCesS OsT~~

~~KoReAN DrAma LaGi~~


ok, hari ni saya nak kongsi dengan uolllsss semua satu lagi drama Korea yang terbaik, bermutu dan terkini... tajuk drama ni 'PROSECUTOR PRINCESS'... a very nice Korean drama... drama 16 episod ni released on March 2010, masih panas hehehehe... drama ni dibintangi oleh Kim So Yoon, Park Shi Hoo dan ramai lagi.. aku kenal aktress Kim So Yoon ni lepas tengok drama 'IRIS', ingat lagi saya pernah post entri promote drama tu juga sebelum ni, drama aksi paling real!! Park Shi Hoo pula saya baru kenal sejak tengok drama 'PROSECUTOR PRINCESS' ni dan yea saya jatuh cinta pada dia.. Ya Rabbi, hensem dan bergayanya dia!!!! bahkan wajah dia terpampang sebagai desktop background lappy saya buat masa ini... hehehhee


sedikit sinopsis pasal drama ni, ianya mengisahkan tentang Ma Hye Ri, seorang anak perempuan yang berasal dari keluarga yang kaya-raya dan juga memegang status sebagai pendakwa raya... sewaktu remaja, dia merupakan remaja yang obesiti tetapi mak dia telah bersusah-payah melatih dia dengan aktiviti bersenam, mengawal pemakanan dia bahkan mengurung dia dalam bilik yang penuh dengan alatan senaman selama tiga bulan semata-mata nak membantu anak perempuan kesayangannya kembali mendapat bentuk badan ideal.. eventhough diorang kaya-raya, Ma Hye Ri ni tak pernah dibedah semata-mata untuk kurus... dan disebabkan kaya jugalah, Ma Hye Ri boleh berbelanja sesenang-senangnya untuk barangan berjenama.. dialah pendakwa raya paling bergaya ataupun dalam bahasa ringkasnya, hot habis dekat pejabat peguam tu.. selepas bergelar pendakwa raya, Ma Hye Ri tersepit nak memilih antara seorang senior di pejabat dia, Yoon Se Jun ataupun seorang lagi lelaki yang dia kenal secara tak sengaja, Seo In Woo.. selepas nekad memilih Seo In Woo, terbongkar pula rahsia antara keluarga Ma Hye Ri dan keluarga Seo In Woo yang menghalang cinta mereka... nak tahu kesudahannya kena tengok sendiri cerita ni..


tapi saya memang mencadangkan 200% untuk korang semua tengok drama ni.. kenapa?? sebab ianya kisah cinta yang sangat romantik dan indah.. saya ketawa kerana kelakar dengan sifat kelakar Ma Hye Ri, senyum malu-malu seorang diri kerana tersentuh dengan romantiknya masa Ma Hye Ri bersama Seo In Woo dan saya jua menangis kerana tersentuh dengan kisah cinta mereka... kalau korang tengok reaksi saya sewaktu menonton drama ini, mesti korang ketawakan saya... tapi biarlah, saya menghayati cerita hehehhe.. so, jangan lupa cari dan tengok cerita ni yea??

Tuesday, July 27, 2010

~~aDaKaH si DiA PuTeRa KataKku??~~

kisah gadis mencium si katak untuk membatalkan sumpahannya, akhirnya membuahkan hasil apabila si katak tu sebenarnya seorang putera raja yang terkena sumpah... ni antara kisah dongeng kanak-kanak yang aku paling suka dari dulu sampai sekarang, tak kisahlah berapa umur aku sekarang... cerita tu masih on top of the list all time favorite.. yeahhh!! apa yang sebenarnya aku nak cerita adalah kewujudan si katak comel dalam bilik air rumah aku semenjak kebelakangan ini..


masa aku form 2 (kalau tak silaplah), parents aku telah melakukan renovation besar-besaran pada rumah aku.. dari rumah dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi, kini rumah aku ada 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi, tidak termasuk toilet.. plus, ruang tamu rumah juga dah jadi double size, sangat besar, boleh buat kenduri besar-besaran... hehehehe alkisahnya, bilik mandi yang baru dibuat ni, bapa aku buat open-air sikit... open-air bukanlah ma
cam swimming pool yang orang lalu-lalang boleh ushar tengok kitorang mandi... open-air disini bermaksud, ruangnya lebih cerah sebab bapa aku buka siling atas tu, buat ala-ala transparent sikit.. malam-malam nak mandi pun tak perlukan lampu, sebab boleh bermandikan cahaya bulan dan bintang-bintang di langit malam.. air kat bilik mandi baru ni pun rasa lebih sejuk... serius!! sila datang kalau tak percaya, test sendiri..


disebabkan bilik mandi baru tu agak open-
air, ianya selalu dikunjungi oleh lipan dan cacing... hahahaha sangat mesra alam kan?? binatang-binatang tu masuk melalui lubang bilik mandi tu.. tapi taklah sampai hari-hari diorang datang berkunjung, kadang-kadang akan nampak diorang berjalan-jalan di lantai bilik mandi.. sekarang, si katak pun dah berani memboloskan diri... kecil ja katak tu, kulitnya lain sikit... tak hijau macam biasa, tapi bercorak ala-ala batik.. kulitnya boleh diibaratkan macam kulit ular sawa yang bercorak-corak ekslusif tu... mak aku cakap, binatang-binatang ni selalunya akan memboloskan diri masuk bilik mandi sebab cari air, panas sangat kot dekat luar sekarang...


tapi kadang-kadang aku terfikir juga.. kalau rama-rama masuk rumah, orang-orang tua kata, ada orang nak masuk meminang.. apa pula maksud kalau lipan, cacing dan katak masuk rumah?? adakah katak itu putera raja yang terkena sumpahan macam cerita dongeng zaman kanak-kanak aku dulu?? kalau betul ia, dari negara manakah dia datang?? hahahaha
ha verangan volehhhhh!!!

Monday, July 26, 2010

~~IsTeRi CuRanG??!! VeRY-vERy DeRRrrrr~~

selalu kes sosial ni berlaku membabitkan perempuan-perempuan single ja,yang muda-muda, belasan tahun, warga belia berusia 20-an cenggitu... kes-kes lari ikut teman lelaki, terlanjur, buang bayi sana-sini, hisap dadah dan macam-macam lagi... sekarang ni rancak pula kes isteri curang dengan memana lelaki... uisshhh tak ingat suami ke?? tak ingat anak-anak ke?? apa hal jadi macam ni yea?? masa nak kahwin boleh pula janji hidup semati, tapi dah kahwin ada anak buat perangai pula.. selalunya yang buat perangai ni suami-suami ja sebab tu wujudnya poligami... tapi ni kaum isteri, pelik.. sekalipun ada masalah komunikasi, dah tak bahagia dengan keluarga, diabaikan si suami, kenapa perlu cari lelaki lain?? ada tu sampai terlanjur.. dah hilang pedoman agaknya.. bawa-bawalah ingat agama tu sikit... kalaupun ada masalah rumahtangga, selesaikan elok-elok.. motif nak ikut lelaki lain, walhal diri tu isteri orang?? ingat moden habislah tu.. yea,saya tak rasa apa yang kaum isteri-isteri ni rasa tapi saya rasa elok kaum isteri yang buat kerja macam ni fikir dua tiga kali, elok ke buat kerja macam tu?? tambah dosa ja uolssss!!

Sunday, July 25, 2010

~~SaYa OranG NomAD PaLiNG BerJaYa DeKaD iNi~~

sekali lagi, saya biarkan laman ini berdebu dengan sarang labah-labah dan bersemak dengan rumput-lalang dan daun-daun kering berguguran di laman cinta... adoii nak buat macam mana, nak update selalu tiada masa uolsss.. bukan sibuk bekerja atau mendirikan rumah tangga tapi memang jarang menghadap laptop sekarang.. kalau menghadap pun, dalam masa yang singkat ja, update status di facebook dan twitter.. minta maaflah yea?? berbalik kepada motif utama entri ini, bila sebut pasal nomad, mesti kta akan fikir pasal zaman purba dulu kala yang hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain gara-gara nak memenuhi keperluan hidup mereka masa itu kan?? tapi bila dikatkan dengan aku pula, aku terpaksa hidup berpindah-randah ala-ala orang nomad purba kala gara-gara nak settlekan urusan konvo ku.. buat pengetahuan semua, saya akan bergraduasi pada 8 ogos 2010 jam 1.30petang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR) UKM Bangi.. jadi,silalah datang beramai-ramai, bawa sekali buah tangan or cenderahati apa yang patut k?? hehehehe ohh di kesempatan ini juga, saya ucapkan selamat bergraduasi kepada pelajar-pelajar UKM yang akan bergraduasi sama dengan saya ogos ini..


bukan senang nak keluar universiti ni, sama macam nak masuk dulu... ingat lagi tak,masa dapat offer masuk universiti dulu, punyalah sibuk bershopping cari barang-barang keperluan,timba,penyapu,bantal,mop lantai,cadar dan macam-macam lagi...tu belum termasuk makanan,baju-baju mesti nak vogue walaupun nak buat pakai dalam bilik ja kan?? mestilah,takkan nak bawak baju t-shirt yang koyak-koyak,luntur warna pula kan?? sekurang-kurangnya yang elok sikitlah, tak lah dijadikan bahan kutukan oleh manusia-manusia sejagat..
tak gitu?? dah sibuk dengan urusan shoppingnya, sibuk bayar yuran lah, buat medical-checkup lah, buat akaun bank dan beribu lagi urusan lain yang wajib.. tu nak masuk universiti punya pasal.. nak keluar universiti pun, macam tu juga ceritanya.. sibuk melangsaikan hutang,kalau tak langsai,tak konvo pula.. nak konvo pun kena bayar yuran rm110... dah nak konvo mestilah nak pakai baju elok sikit kan?? shopping lagi,lengkap sepersalinan dari kepala sampai ke kaki... sama ja kan nak masuk universiti pakai duit,nak keluar pun pakai duit..huhuhuhu begitulah kisahnya kenapa aku bernomad.. 20haribulan julai yang lepas, aku ke KL settlekan yuran konvo,ambil transkrip sijil semua... dah selesai... sempat juga bertemu dengan yang tercinta, meronda-ronda di Mid Valley, menonton wayang' The Sorcerer's Apprentice' dan bercengkerama melepas rindu hahahaha *I tak buat kerja-kerja terkutuk apatah lagi sampai nak terlanjur yea??sengaja menggunakan perkataan 'CENGKERAMA' untuk niat hyperbola..*


semalam,aku dah kembali ke utara atas permintaan keluarga.. 28 julai ni,aku akan kembali ke KL,untuk urusan pengambilan jubah... diselitkan juga 29 julai ni,aku ada interview di IPTS di petaling jaya... selesai semua urusan, 5ogos perlu kembali ke utara atas permintaan keluarga sekali lagi kerana nak menjenguk adikku di pahang sebelum pergi balik ke KL 7ogos.. yeaa buang masa dan duit berulang-alik begitu,saya pun fikir begitu... tapi entah kenapa, mak bapa saya fikir lebih bai
k berulang-alik begitu... katanya' Tak payahlah duduk rumah makcik lama-lama, balik dulu... nanti pi lain...' hekk?? nak di ingkar nanti kata derhaka... nak di ikut,takut mati di tengah jalan,mana tau kan soal hidup mati bukan urusan kita.. huhuhu apapun, berdoa jalah semoga semuanya berjalan lancar dan sempat merasa bahagianya konvo... AMINNNN..

Monday, July 12, 2010

~~The E.N.D of WorLD CuP '10~~

hari ni secara rasminya, berakhirlah sudah pesta bola sepak dunia yang gilang-gemilang... aku bukanlah kaki bola yang setia menonton setiap 64 perlawanan sepanjang sesi kali ni... jua tiada pasukan kegemaran pun sepanjang berlangsungnya pesta di Afrika Selatan... tapi pagi tadi, aku bangun jua, gagahkan diri yang separuh tak sedarkan diri kerana bangun selepas tidur seketika, gagahkan jua mata yang asyik nak pejam menonton perlawanan akhir bersama adik lelakiku... menakjubkan, dalam beberapa minit menonton perlawanan akhir tu, mata terus segar... jantung aku turut merasa degupan berdebar-debar bila pemain berasak-asak nak sumbat gol dalam gawang lawan... aisshhh pendek kata secara tiba-tiba berminat dengan bola lah!! (mungkin juga pengaruh adik di sis yang setia menonton setiap perlawanan)... aku tak tahu pun pasal kekuatan setiap pasukan, yang aku tahu, perlawanan pagi tadi adalah antara Sepanyol dan Belanda... Plus, nama pemain pun sumpah aku tak ambil tahu hehehe jangan marah penyokong-penyokong setia sekalian... tapi jujur aku cakap, pagi tadi aku turut rasa bahang akhir World Cup'10... aku turut menjerit gol bila pemain Sepanyol jaringkan gol kemenangan!! keputusannya, Sepanyol juara World Cup sesi kali ni dengan 1-0 hasil jaringan Inesta... dengan kemenangan Sepanyol, maka terbuktilah kebenaran ramalan si sotong psikik si Paul... secara tiba-tiba kau menjadi selebriti kan sotong?? hehehe tapi hati-hati, sebab ramalan kau juga kau dapat ramai musuh.. habislah kau kalau nasib tak baik...jadi sotong bakarlah lepas tu hehehehe... tahniah Sepanyol dan juga pasukan-pasukan lain yang bertanding... bagi akulah, menang kalah bukan soal utama, yang penting semangat kesukanan pasukan nak naikkan nama negara.. betul tak??

p/s: Pasukan Malaysia bila lagi?? tak kisah kalau tak julang piala pun,asalkan berjaya tersenarai masuk bertanding dengan negara-negara lain, tu dah cukup membanggakan...kan??

Thursday, July 8, 2010

~~SeLaMaT BeRJuanG!!!~~


sejak balik dari pahang ne, asyik rasa sakit belakang,kenapa ek?? ada simptom apa-apa ke?? ke terlalu penat mengembara sampai sakit belakang?? huhuhuhu tapi seriously, jauh bebenor dari utara nak ke pahang tu...dalam 9-10jam perjalanan... kitorang 1 family gerak pukul 8 pagi dari rumah, sampai sana dalam pukul 7 malam... perjalanan yang merangkumi detik-detik sesat dan singgah rehat hehehehe kalau tak singgah mungkin dalam 5-6 jam ja kot... kitorang pergi pahang sebab nak menghantar adik perempuan aku yang menyambung pengajian ke Kolej Professional Mara, Kuantan.... sampai juga dia ke Pahang yea?? ingat main-main ja nak pergi sana sebab kitorang tak ada saudara pun kat sana...maknanya memang berdikari lah kalau pergi sana...apapun, selamat berjuanglah wahai adikku!! hati-hati di negeri orang, jangan cepat percaya kepada sesiapapun dan jangan lembik sangat!!! huhuhuhu

Corat-coret:
1. Terkesima melihat laluan highway di Pahang, sangat hijau dengan hutan-hutan simpan, sejuk ja rasa... Highway paling sejuk dalam Malaysia mungkin~~

2. Laluan highway ala-ala Las Vegas, berlapis-lapis laluannya dan corner habis...sesuai buat litar racing kereta...hehehehe

3. Sentiasa tersesat ke sempadan negeri Terengganu, takjub dengan usaha kerajaan negeri yang meletakkan perkataan-perkataan Jawi di setiap papan tanda... satu-satunya negeri mungkin yang berbuat demikian~~

4. Sempat singgah ke Teluk Cempedak, main-main ombak di pesisiran pantai... Sempat jua photo shooting dengan adik-adik... hehehhe

5. Dalam perjalanan pulang ke utara, sempat meronda-ronda ke pekan-pekan dalam negeri Perak dan sangat kagum dengan usaha kerajaan negeri Perak....hampir setiap jalan termasuk jalan-jalan kecil dalam pekan tu mesti ada masjid...

6. Sepanjang perjalanan ke pahang dan pulang semula ke utara, aku rasa aku sudah sedia untuk sesuatu yang besar... I'm totally ready!!! ;)

Friday, July 2, 2010

~~It's LadiEs, WoMeN, PeReMpuAn, WaNita, CeWeK @ bLa bLa bLa~~

aishh aku ni tak taulah nak kata apa, tak suka dengan orang-orang asing ka apa... tapi aku taklah sampai nak bergaduh, tarik muka or buat muka bila nampak diorang di sekeliling aku... aku just kadang-kadang tak faham... diorang datang Malaysia ni tak cuba langsung nak membiasakan diri dengan keadaan sosial kita, tak nak cuba faham undang-undang negara kita, tak nak cuba masukkan diri mereka dalam kolompok masyarakat kita atau senang cakap tak nak ambil tahu pasal kita dan negara kita walaupun tumpang cari rezeki kat sini... orang macam ni perlu ke tak kita panggil sombong??


alkisahnya begini, aku dari Klang nak menuju ke KL Sentral kena ambil komuter... aku pergi KL Sentral masa tu sebab nak ambil keretapi ke Butterworth, nak balik kampung... semua dah sedia maklum (tak taulah kalau ada yang tak tahu), komuter sekarang dah sediakan satu gerabak atau coach untuk wanita sahaja.. bagi aku ni langkah yang bagus, time sesak-sesak, perempuan tak adalah nak kena raba dengan sesiapa... yang bawa baby kadang-kadang baby menangis minta susu, tak lah si ibu tu malu lagi nak menyusu depan orang ramai sebab semua perempuan... masa aku ke KL Sentral tu, aku naik gerabak wanita tu... setiap kali tren berhenti dekat setiap stesyen, ada saja lelaki yang naik gerabak wanita... dan setiap kali tu jugalah polis yang ada dalam gerabak tu kena minta diorang tukar gerabak.. dari pemerhatian aku, lelaki yang naik gerabak wanita tu semuanya adalah warga asing... warga Indonesia...


aku memang tak faham... kalau dari sticker yang pihak komuter lekat dekat gerabak wanita tu, dah memang tertulis 'UNTUK WANITA SAHAJA'... diorang bukan tulis dalam bahasa Melayu ja, ada sekali dalam bahasa Inggeris, Cina, India dan Arab... yang orang asing Indonesia yang salah naik gerabak ni, takkan diorang tak faham bahasa Melayu?? bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia tak adalah berbeza sangat istilahnya... mungkin diorang tak guna istilah 'WANITA' untuk golongan wanita di negara mereka tapi takkan sampai tak faham langsung bahasa kita, kalau dah duduk Malaysia, kerja sini bagai... takkan tak pernah bercakap bahasa Melayu sampai tak faham istilah 'WANITA'?? takkan Malaysia perlu guna bahasa Indonesia, bahasa Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain, letak di setiap papan tanda supaya senang warga asing ni nak faham... masalahnya perlu ke letak bahasa-bahasa asing ni??


bukannya nak timbulkan isu warga asing tapi diorang ni at least perlu ada semangat hormat kalau nak duduk di negara orang lain... diorang kena cuba faham dan cuba ikut macam mana negara kita bergerak... bukannya datang sini, kerja sini tapi buat tak tahu pasal undang-undang kita... jadi berbalik soal salah naik gerabak tadi, diorang ni tak faham bahasa Melayu atau bahasa Inggeris (bahasa Cina, India dan Arab of courselah tak tahu, aku pun tak tahu) atau sengaja tak nak ambil tahu??