hari ni secara rasminya, berakhirlah sudah pesta bola sepak dunia yang gilang-gemilang... aku bukanlah kaki bola yang setia menonton setiap 64 perlawanan sepanjang sesi kali ni... jua tiada pasukan kegemaran pun sepanjang berlangsungnya pesta di Afrika Selatan... tapi pagi tadi, aku bangun jua, gagahkan diri yang separuh tak sedarkan diri kerana bangun selepas tidur seketika, gagahkan jua mata yang asyik nak pejam menonton perlawanan akhir bersama adik lelakiku... menakjubkan, dalam beberapa minit menonton perlawanan akhir tu, mata terus segar... jantung aku turut merasa degupan berdebar-debar bila pemain berasak-asak nak sumbat gol dalam gawang lawan... aisshhh pendek kata secara tiba-tiba berminat dengan bola lah!! (mungkin juga pengaruh adik di sis yang setia menonton setiap perlawanan)... aku tak tahu pun pasal kekuatan setiap pasukan, yang aku tahu, perlawanan pagi tadi adalah antara Sepanyol dan Belanda... Plus, nama pemain pun sumpah aku tak ambil tahu hehehe jangan marah penyokong-penyokong setia sekalian... tapi jujur aku cakap, pagi tadi aku turut rasa bahang akhir World Cup'10... aku turut menjerit gol bila pemain Sepanyol jaringkan gol kemenangan!! keputusannya, Sepanyol juara World Cup sesi kali ni dengan 1-0 hasil jaringan Inesta... dengan kemenangan Sepanyol, maka terbuktilah kebenaran ramalan si sotong psikik si Paul... secara tiba-tiba kau menjadi selebriti kan sotong?? hehehe tapi hati-hati, sebab ramalan kau juga kau dapat ramai musuh.. habislah kau kalau nasib tak baik...jadi sotong bakarlah lepas tu hehehehe... tahniah Sepanyol dan juga pasukan-pasukan lain yang bertanding... bagi akulah, menang kalah bukan soal utama, yang penting semangat kesukanan pasukan nak naikkan nama negara.. betul tak??
p/s: Pasukan Malaysia bila lagi?? tak kisah kalau tak julang piala pun,asalkan berjaya tersenarai masuk bertanding dengan negara-negara lain, tu dah cukup membanggakan...kan??
No comments:
Post a Comment