Thursday, July 29, 2010

~~KoReAN DrAma LaGi~~


ok, hari ni saya nak kongsi dengan uolllsss semua satu lagi drama Korea yang terbaik, bermutu dan terkini... tajuk drama ni 'PROSECUTOR PRINCESS'... a very nice Korean drama... drama 16 episod ni released on March 2010, masih panas hehehehe... drama ni dibintangi oleh Kim So Yoon, Park Shi Hoo dan ramai lagi.. aku kenal aktress Kim So Yoon ni lepas tengok drama 'IRIS', ingat lagi saya pernah post entri promote drama tu juga sebelum ni, drama aksi paling real!! Park Shi Hoo pula saya baru kenal sejak tengok drama 'PROSECUTOR PRINCESS' ni dan yea saya jatuh cinta pada dia.. Ya Rabbi, hensem dan bergayanya dia!!!! bahkan wajah dia terpampang sebagai desktop background lappy saya buat masa ini... hehehhee


sedikit sinopsis pasal drama ni, ianya mengisahkan tentang Ma Hye Ri, seorang anak perempuan yang berasal dari keluarga yang kaya-raya dan juga memegang status sebagai pendakwa raya... sewaktu remaja, dia merupakan remaja yang obesiti tetapi mak dia telah bersusah-payah melatih dia dengan aktiviti bersenam, mengawal pemakanan dia bahkan mengurung dia dalam bilik yang penuh dengan alatan senaman selama tiga bulan semata-mata nak membantu anak perempuan kesayangannya kembali mendapat bentuk badan ideal.. eventhough diorang kaya-raya, Ma Hye Ri ni tak pernah dibedah semata-mata untuk kurus... dan disebabkan kaya jugalah, Ma Hye Ri boleh berbelanja sesenang-senangnya untuk barangan berjenama.. dialah pendakwa raya paling bergaya ataupun dalam bahasa ringkasnya, hot habis dekat pejabat peguam tu.. selepas bergelar pendakwa raya, Ma Hye Ri tersepit nak memilih antara seorang senior di pejabat dia, Yoon Se Jun ataupun seorang lagi lelaki yang dia kenal secara tak sengaja, Seo In Woo.. selepas nekad memilih Seo In Woo, terbongkar pula rahsia antara keluarga Ma Hye Ri dan keluarga Seo In Woo yang menghalang cinta mereka... nak tahu kesudahannya kena tengok sendiri cerita ni..


tapi saya memang mencadangkan 200% untuk korang semua tengok drama ni.. kenapa?? sebab ianya kisah cinta yang sangat romantik dan indah.. saya ketawa kerana kelakar dengan sifat kelakar Ma Hye Ri, senyum malu-malu seorang diri kerana tersentuh dengan romantiknya masa Ma Hye Ri bersama Seo In Woo dan saya jua menangis kerana tersentuh dengan kisah cinta mereka... kalau korang tengok reaksi saya sewaktu menonton drama ini, mesti korang ketawakan saya... tapi biarlah, saya menghayati cerita hehehhe.. so, jangan lupa cari dan tengok cerita ni yea??

No comments:

Post a Comment