kisah gadis mencium si katak untuk membatalkan sumpahannya, akhirnya membuahkan hasil apabila si katak tu sebenarnya seorang putera raja yang terkena sumpah... ni antara kisah dongeng kanak-kanak yang aku paling suka dari dulu sampai sekarang, tak kisahlah berapa umur aku sekarang... cerita tu masih on top of the list all time favorite.. yeahhh!! apa yang sebenarnya aku nak cerita adalah kewujudan si katak comel dalam bilik air rumah aku semenjak kebelakangan ini..
masa aku form 2 (kalau tak silaplah), parents aku telah melakukan renovation besar-besaran pada rumah aku.. dari rumah dengan 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi, kini rumah aku ada 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi, tidak termasuk toilet.. plus, ruang tamu rumah juga dah jadi double size, sangat besar, boleh buat kenduri besar-besaran... hehehehe alkisahnya, bilik mandi yang baru dibuat ni, bapa aku buat open-air sikit... open-air bukanlah macam swimming pool yang orang lalu-lalang boleh ushar tengok kitorang mandi... open-air disini bermaksud, ruangnya lebih cerah sebab bapa aku buka siling atas tu, buat ala-ala transparent sikit.. malam-malam nak mandi pun tak perlukan lampu, sebab boleh bermandikan cahaya bulan dan bintang-bintang di langit malam.. air kat bilik mandi baru ni pun rasa lebih sejuk... serius!! sila datang kalau tak percaya, test sendiri..
disebabkan bilik mandi baru tu agak open-air, ianya selalu dikunjungi oleh lipan dan cacing... hahahaha sangat mesra alam kan?? binatang-binatang tu masuk melalui lubang bilik mandi tu.. tapi taklah sampai hari-hari diorang datang berkunjung, kadang-kadang akan nampak diorang berjalan-jalan di lantai bilik mandi.. sekarang, si katak pun dah berani memboloskan diri... kecil ja katak tu, kulitnya lain sikit... tak hijau macam biasa, tapi bercorak ala-ala batik.. kulitnya boleh diibaratkan macam kulit ular sawa yang bercorak-corak ekslusif tu... mak aku cakap, binatang-binatang ni selalunya akan memboloskan diri masuk bilik mandi sebab cari air, panas sangat kot dekat luar sekarang...
tapi kadang-kadang aku terfikir juga.. kalau rama-rama masuk rumah, orang-orang tua kata, ada orang nak masuk meminang.. apa pula maksud kalau lipan, cacing dan katak masuk rumah?? adakah katak itu putera raja yang terkena sumpahan macam cerita dongeng zaman kanak-kanak aku dulu?? kalau betul ia, dari negara manakah dia datang?? hahahahaha verangan volehhhhh!!!

No comments:
Post a Comment