Tuesday, January 26, 2010

~~SePeTanG di KL SenTRaL~~

hujung minggu yang lepas,aku balik ke klang,rumah makcik aku sebelah mak....aku balik sana dalam 3 hari sebabnya aku balik nak ambil barang....sampai hari ni,aku pun geraklah kembali ke kampus...dari klang nak ke kampus,aku mesti tukar tren di KL Sentral...nak dijadikan cerita secara tiba-tiba aku rasa nak ke tandas (jangan cuba-cuba nak tanya apa motifnya,tak perlu kooottt) dah sampai tandas,aku tengok semua full...ok,tak apa, aku tunggu...then,keluarlah seorang minah ni, warga Indonesia (full aku eja,diorang kan sensitif kalau dipanggil Indon)...aku ingat nak masuk tandas yang minah Indonesia ni pakai tadi,separuh jalan lepas tu keluar balik,niatku terbantut!! hooiii, tak cuci ka????!! kalaulah aku boleh jerit dekat minah tu sebegitu...tak perlu aku jelaskan bagaimana rupa tandas selepas minah Indonesia ni pakai,korang boleh faham sendiri kan?? baunya lagi menusuk hidung,perrgghhh!!! tak apa,aku tunggu lagi...tengah tunggu giliran tu lah,aku nampak minah tadi basuh tangan,dia nak ambil tisu kat situ tapi dah habis...terdesak nak lap tangan yang basah tu,dia lap kat baju dia ja...senang!! hahahahhaaha pakai vogue giler macam orang kita,dah tak ada rupa minah Indonesia dah kecuali muka (dari muka dialah aku dapat agak yang dia Indonesia) tapi perangai menyerlahkan asal-usul...terus aku teringat kawanku punya statement masa kitorang keluar kajang tempoh hari...'Indonesia kalau dah pakai macam orang kita,cuba cakap macam orang kita,apapun yang diorang buat nak tiru orang kita tapi still nampak diorang tu Indonesia!!'......kredit to ili for her statement and I like!!!

ok,cukup cerita pasal di tandas...aku sambung cerita dalam komuter pula....komuter ni dari KL Sentral nak ke Seremban...tak penuh sangat tapi aku tetap kena berdiri,tak ada tempat kosong...aku tak kisah,janji sampai ja....tengah perjalanan tu,sampai satu stesyen,ada tempat duduk,aku pun geraklah nak duduk kat situ,sekali ada mamat ni pun nak duduk di tempat tu juga...aku tak kisah pun sebenarnya,tapi yang buat aku loya,mamat ni bersungguh-sungguh berebut tempat duduk tu dengan aku...ewww pleaseee!!! tak perlu kottt!!! ok, tak apa,biarlah dia duduk,penat sangat agaknya... nampak ja besar, gagah tapi........... korang sambung sendiri ayat aku ni ikut apa yang korang rasa betul.... berhenti lagi di stesyen berikutnya, naik dua orang makcik ni,baru balik kerja agaknya... aku tak dengar pun apa yang makcik-makcik ni sembang tapi ada satu part aku tercuri dengar.... '2 orang dah lepas,tinggallah 2 lagi kat rumah....harap eloklah semuanya nanti....kerja suma, risau juga sekarang.' antara ayat-ayat yang seorang daripada dua makcik tu cakap... mak bapa mana yang tak risau anak-anak diorang kan?? mak aku sendirpun selalu ulang ayat-ayat yang berbaur begitu... tapi boleh ke anak-anak risau pasal mak bapa diorang?? apa mak bapa diorang makan?? apa mak bapa diorang buat?? malah,ada yang sanggup buang mak bapa begitu saja.... bapa lepas bedah pun anak tinggal tepi jalan......tak taulah nak kategorikan apa anak-anak macam ni.....aku doa minta hati aku adik-beradik tak tertutup nak jaga,balas jasa dan budi mak bapa kitorang sama macam mak bapa aku jaga kitorang adik-beradik.... aku tak nak cerita panjang isu ni,sekarang makin menjadi...korang rajin-rajinlah baca suratkhabar....bukti dunia akhir zaman....

cakap pasal dunia akhir zaman,aku teringat satu hal... kelmarin,aku ada baca suratkhabar pancaindera,akhbar yang pasal artis-artis ni....dah lama tak baca akhbar tu sejak masuk kampus ni....saja baca gosip-gosip artis kita (agak ketinggalan aku,banyak benda tak tau)....ada satu artikel tu pasal 'AJL 24 dan Illuminati'.... artikel ni yang aku baca betul-betul....aku hormat habis dengan penulis artikel ni,berani keluarkan artikel pasal ni....sebelum artikel ni keluar,aku dah baca isu ni dalam internet....terus-terang aku rasa,negara kita dah dikuasai benda-benda Illuminati ni....simbol diorang merata-rata dalam negara kita yang kononnya negara Islam... tapi masih ramai yang tak tau....benda-benda ni pun tak dihebahkan sangat,mungkin sebab takut kontroversi....aku boleh terbaca benda-benda ni pun sebab yang tercintaku yang minta aku baca....bila dah baca,aku rasa sentap sangat....aku doa,kita tak sesat,terus hanyut dalam benda-benda yang melalaikan.... aku tak nak cerita panjang juga pasal ni,aku nak korang di luar sana observe sendiri...aku selalu baca blog ni,tapi yang aku perasan,lepas keluar cerita AJL dan Illuminati dalam pancaindera,blog ni dah tak boleh buka...mungkin webmaster blog ni rehatkan kejap,takut kontroversi....aku pun takut so kalau korang berminat nak tau lebih pasal Illuminati dan hal-hal semasa,aku cadangkan korang cari sendiri dalam internet...aku takkan cadangkan mana-mana blog.... jumpa lagi....off~~

3 comments:

  1. Hahaha..1000 thumbs up!!! Tp eeeeewwwwwww..geli lah.bace pon rase nak muntah..
    berbalik pd isu tiru meniru ni, kite pun boleh claim ape..dio' ooo, uols ni culturally jela bsemangat ckp kitorg amik tarian n makanan uols bagai sume lah..yg tiru identiti kite? blum lg amik laki2 morg kite..so in terms of moral aspect, x kire lak? how come lak dgn yg merompak sume, meragut, merogol?? ' huh!!!

    ReplyDelete
  2. typo x hengat!!! ahhahaha..layankan jela eh..rase leh fhm tu..

    ReplyDelete
  3. kn?? ko x tgk lg,baru baca ja hahahaha sekadar berkongsi pengalaman....mana yg elok kita ambil,mana yg keruh kita buang...

    ReplyDelete