Sunday, March 27, 2011

~~EarTh HouR~~


nak bertanya lah sikit kan, korang tau tak semalam adalah earth hour?? hahhhhh buat pengetahuan semua, semalam 26 Mac 2011 bermula jam 8.30 malam adalah earth hour.. tapi yang peliknya, macam tak wujud ja benda tu... bahkan semalam, masa tu lah saya dan family ke sebuah dewan, untuk menghadiri satu majlis kenduri kahwin yang menggunakan segala lampu, speaker dan hiasan-hiasan lain yang banyaknya.. jadi, efektif ke earth hour tu kat Malaysia ni?? huhuhuhu sabo jalah~~

korang dah baca akhbar hari ni?? tajuk penting untuk semua rakyat Malaysia selain video panas Datuk 'T' *tolonglah para pemimpin buat kerja berfaedah sikit, motif buat benda-benda panas??*, Malaysia semakin hampir dengan titik gempa... jadi, di sini teranglah lagi bersuluh, kita semakin terdedah dengan bencana alam yang satu ni... jangan duduk saja lagi, berlakon selamat lagi... kita semakin terancam, bawa-bawalah ingat Tuhan yea??

more details on this link>>>>>> http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Friday, March 25, 2011

~~EnTri PaNas!!~~

sumpah aku tak puas hati dengan 1 online company ni.. macam bagus ja... kau kalau nak meniaga belajar etika ok?? this is not my 1st time I'm dealing with online businesses but perhaps you are!! dah seminggu barang aku tak sampai-sampai, bila tanya kau salahkan pos!!! daaaaaa, kau yang tak reti nk handle, kau salahkan orang... dasar lahar!!!!~~ send out my stuff or return back my precious money by this week you idiot!!!

Sunday, March 20, 2011

~~CaTataN Hari PerTamA CikGu NaKaL~~


wohoooo dunia saya sekali lagi berputar... makin banyak benda-benda baru yang berlaku dalam hidup saya... yeahhh, suatu masa dahulu, saya dah kata, menjadi seorang cikgu ni mungkin pilihan terakhir dalam diari saya tapi yang peliknya, pilihan terakhir tulah yang menjadi... selepas hampir 3 bulan di IPG, elaun pun dah masuk heheehe, saya dah terbiasa dengan disiplin guru dan etikanya, saya pun dah mula ke sekolah hari ni.. terkenal sebagai budak nakal sejak sekolah, bangun pagi nak bersiap ke sekolah memang masalah besar buat saya... saya selalu ja kena hon dengan van sekolah masa sekolah rendah dulu sebab lambat.. masuk sekolah menengah, kena tinggal terus dengan bas sekolah, tak ada hon-hon warning lagi dah, akibatnya, naiklah teksi ke sekolah.. perghh habis duit belanja bayar teksi ja... tapi banyak kali juga terus tak pergi sekolah hahahha confident balik rumah cakap tak sihat... masa tu, mak ayah dah tak kisah, tapi exam kalau gagal, memang matiiiiiilaahhhh~~

so, pagi tadi saya bangun jam 6 pagi, masa tu saya tahu keadaan di luar rumah sedang hujan... what?? bangun awal waktu hujan?? oohhh rugi giler~~ dengan malas, kemas bantal semua, saya masuk dapur dulu masak nasi buat bekal ke sekolah... lepas tu saya kejut mak saya *ni apa cita saya bangun dulu dari mak saya ni???* mak saya dengan selamba cakap, 'ahhh mandi dulu, nanti mak bangun'... sesungguhnya, mandi pagi di waktu hujan adalah seksaan... sejuk!!~~ tapi sebab tak nak lewat lapor diri ke sekolah sebagai cikgu muda lagi, saya gagah mandi juga, hasilnya, keluar bilik air menggigil-gigil!! dasar orang tak bangun pagi langsung kan?? kantoi di situ~~

biasalah, awal minggu bila kat sekolah mesti ada perhimpunan.. dah saya punya option sekolah cina pula, sepatah apapun saya tak faham... ehh tak, faham!! perkataan 'lausheee' jalah, cikgu maknanya hehehehe hari ni kitorang tak masuk kelas lagi, cuma diberi kesempatan untuk bersiar-siar tengok kawasan sekolah... agak menakjubkan sekolah cina di kawasan kulim kedah ni, satu sampah pun susah nak jumpa dan konsep hijau pun masih dikekalkan... kat mana-mana mesti nampak pokok bunga pelbagai jenis... tapi mostly, bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia dan dijaga dengan mekarnya... cantik sangat!! murid-muridnya pula, yeahh saya setuju kalau orang kata mereka ni ada disiplin yang tinggi... masa tengah meronda-ronda tu, nampak satu kelas tanpa guru tapi semua diam ja, sibuk menulis... kalau nak bising pun, waktu rehat dan nak balik... saya pun bising kalau dengar bunyi loceng rehat dan balik... dengar bunyi loceng rehat ja, saya jerit 'REHAT!!!', balik pula, 'BALIK!!', sambil berlari ke pagar sekolah laju-laju... *korang percaya ke saya lari??? huhuhuhu*

Saturday, March 12, 2011

~~CuTi YaNg PaLinG saYa SuKa!!~~

siapa tak suka dengan cuti kan?? cuti ni lah penyelamat keadaan dan penghibur dikala duka.. kalau masa belajar dulu, saya siap buat cuti sendiri lagi... maklumlah, STRESSS~~ kita kena pulihkan keadaaan diri kita baik dari segi mental dan emosi, tak gitu?? hehhehe maka dengan ini, bermulalah cuti panjang saya sebagai guru pelatih, seminggu ja, tapi oklah, ada masa untuk diri sendiri... terima kasih kementerian Malaysia... saya bangga menjadi warga kerja kerajaan kita.. bersempena dengan itu, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti buat semua rakan-rakan kelas KPLI saya batch januari 2011... cuti-cuti juga, kerja sekolah jangan lupa, masih banyak yang perlu disiapkan, hadoii~~ ni pun, baru lepas mail kerja dekat lecturer, lambat sudah tauuu?? takpa, buat perlahan-lahan... dan jangan lupa juga pengalaman berasaskan sekolah kita.. waaa kalau lupa ni, sia-sia mengaji teruk-teruk ok??

p/s: takziah juga buat Jepun atas peristiwa yang menimpa kalian.. be patient guys, you'll be just fine like usual, it's just a test for your country in order to find out the strength of the Earth's community.. I pray the best on you, with love from Malaysia XOXO =)

more news on this site

Wednesday, March 9, 2011

~~TeKaNaN kiAn MemBaRa~~


hadoiii serabai betul lah saya ni lepas lebih kurang 2 bulan ada kat IPG ni.... makin ligat, makin padat, makin penat dan makin lain-lain... saya ambil sedikit masa untuk blogging untuk luahkan segala apa yang patut sepanjang hari-hari yang baru saja berlepas... 6 mac hari tu, hampir seluruh warga KPLI di IPG saya menjengah ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk lawatan sambil belajar alam sekitar.. bila tahu ja, ada lawatan tu, agak tertanya-tanya juga apa fungsinya lawatan tu?? sebab tanya yang tercintaku di IPG lain, lawatan ni tak termasuk pun dalam kursus wajib yang kami patut ikut... maknanya, program lawatan ni cuma batch kami ja yang mengalaminya... huhuhu penderaan~~ tetiba kena mendaki gunung, ingatkan lepas habis K.O.T, kami boleh simpan tenaga fizikal rupanya masih dikerah-kerah.. sabar jalah~~ namun begitu, persepsi saya mula berubah bila terlibat dalam aktiviti mendaki gunung, seronoknya!!!~~ saya dapat berkenalan dengan beberapa rakan-rakan baru yang sebelum ni cuma kenal muka tapi sekarang dah mula add dalam facebook hehehhe... lagi satu, saya dapat belajar dan sempat merehatkan minda melihat panorama indah di sana.. asyik-asyik pergi kelas takpun buat kerja sekolah, sumpah bosan!!! sekali-sekala kelua bilik darjah seronok juga hehehe dasar budak nakal..

dan semalam bermulalah episod mengarang kerja sekolah serta mengasah tajam-tajam minda saya untuk menyiapkan semua kerja sekolah saya yang WAJIB dihantar hujung minggu ni.. kerjanya cuma untuk 2 bahagian, kira sempatlah nak siap sebab ada tempoh dalam 3 hari lagi.. tetiba, seorang lecturer kami ni tambah beban, suruh mengarang esei 500 patah perkataan dan hantar hujung minggu ni juga... yaahhhh ahjumma!!~ kami tak cukup masa nak buat kerja sekolah, kau pergi tambah kerja plak... tapi secara dasarnya, lecturer wanita ni memang terkenal dengan kaedah kuku besinya dalam memberi dan terus memberi serta menambah dan menambah kerja sekolah kami... wahhhh penat seyhhh!! bukan kau ja lecturer kitorang dan bukan kerja kau ja kitorang nak kena buat... huhuhuhu menangis dalam hati ;(

Saturday, March 5, 2011

~~IndaH KhaBaR daRi RupA~~

selamat malam semua~~ selamat beristirehat di hujung minggu.. saya dan rakan-rakan masih setia dengan tugasan yang maha banyaknya... oohhhh damn!!~~ walaubagaimanapun, saya masih bersemangat menghadapi setiap hari-hari yang berlalu *perghhh dahsyat ayat skema* ringkasnya, bermula minggu lepas, kami, warga KPLI batch januari 2011, sudah mula banyak aktiviti luar.. wahhh seronok!! boring pergi kelas ja uolssss... minggu lepas, merupakan minggu paling senggang, 2 hari tanpa kelas adalah sesuatu yang mengujakan!! yeehhhaaa!!~~ ini adalah kerana minggu lepas, IPG saya ada kejohanan olahraga tahunan atau singkatannya K.O.T... saya tak terlibat apapun kecuali penyorak terhebat abad ni hhehehe tapi apapun, ianya salah satu memori hebat saya dekat IPG ni, rasanya, last sekali saya terlibat dengan sukan sekolah macam ni tahun 2004 dulu, masa saya di tingkatan 5 hhehehe

menyentuh mengenai topik entri saya ni, saya nak cakap sikit lah soal luahan hati kitorang selaku pelajar KPLI ni... adalah sedikit rasa tersinggung dengan perspektif segelintir individu yang menganggap kitorang ibarat tangkap muat ja... individu-individu ni terlalu memandang tinggi dan memuja pelajar-pelajar PSMP, yang lepasan sekolah menengah terus masuk IPG... bagi diorang, pelajar PSMP lah yang lebih banyak pengalaman dan sebagainya setelah dibasuh selama 5 tahun untuk menjadi guru... tapi pernah tak individu berkenaan fikir kitorang pun ada pengalaman masing-masing.. kitorang dah habiskan 3-4 tahun untuk ijazah lepas sekolah dan sekarang dalam tempoh 1 tahun nilah, kitorang nak ambil sebanyak mana ilmu pendidikan untuk jadi guru berkaliber.. mungkin ada perbezaannya, tapi kitorang terlebih dahulu kenal dunia luar berbanding pelajar PSMP yang hanya berada dalam kawasan persekolahan.. diorang banyak pengalaman dalam ilmu pendidikan tapi dalam hal komunikasi dan sebagainya, mampukah diorang berkomunikasi dan bersosial dengan masyarakat luar?? masing-masing ada baik dan buruk, jadi saya kira tak eloklah banding bezakan kami begitu saja...apapun, saya ramai ja berkawan dengan pelajar-pelajar PSMP ni, sama naik ja diorang ni... korang the best hehehe

dalam isu ni, saya masih ingat lagi kata-kata seorang lecturer di IPG ni sempena latihan kawad kaki untuk K.O.T... 'kita bagi budak-budak PSMP jalah yang kawad ek?? lagipun diorang dah ada uniform dan dah lama kawad, diorang lebih banyak pengalaman berbanding korang kan??' ok, baiklah~~ time latihan berikutnya dan masa K.O.T pun dah nampak betapa hebatnya diorang kawad, yalah diorang ada uniform dan pengalaman... berterabur ja.. bahkan ada yang lewat lapor diri... hebat kan?? adoii, nilah dikatakan indah khabar dari rupa... dan buat makluman lecturer-lecturer IPG ku dan semua yang membaca, saya tak ada uniform dan tak ada pengalaman, tapi saya pernah sampai ke peringkat negeri untuk pertandingan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah semasa saya sekolah dulu... tapi nak buat macam mana kan, saya tak ada pengalaman~~
hebat berkawad datang lewat, salah siapa???

Tuesday, March 1, 2011

~~ApaBiLa KudA menGeLuaRkaN BeLanG~~


kawan-kawan, mari belajar zoologi... korang tau kuda apa yang mengeluarkan belang?? saya beri anda masa 2 saat saja untuk teka... dua~~ satu setengah~~ satu suku~~ satu~~ tettttt!!! tamat masa, mari kita semak jawapan anda... kuda bakau?? salah!! kuda belalang??!! salah~~ kuda aedes??!! salah!!!! hahahha mereng sekejap~~ jawapannya, mestilah kuda belang kan?? saja bagi teka-teki yang simple kat korang semua, takot kalau bagi yang susah punya nanti, korang tak tau nak jawap...hahahahaha selingan menjelang malam...

pokok utama entri blog saya kali ni nak cerita pasal mulut.. tak ada kaitan pun dengan kuda belang dan sebagainya.. saya ni memang bermasalah bila menyentuh hal mulut... mungkin disebabkan pergaulan di zaman universiti dulu yang tulus dan lantang bersuara.. tak mainlah hipokrit or baling batu sembunyi tangan... kalau saya tak suka, memang saya boikot habis tak nak cakap apapun pasal sesuatu atau seseorang tu.. tapi saya sangat mesra dengan mereka-mereka yang rapat dengan saya atau makna lainnya, orang-orang yang saya percaya... sebulan saya di IPG, saya dah mula selesa dengan keadaan baru, mulut pun dah semakin berani... macam man tu?? sekarang ni yang saya perasan, saya dah lantang sangat mengkritik kakak-kakak sekelas saya... Astaghfirullahul A'zim!! masalah betul mulut saya ni, saya sedang cuba memperbaiki mulut saya, biar elok sikit kedudukannya...


tapi ada juga segelintir kakak-kakak ni yang mulut lantang juga.. mungkin lebih lantang dari saya atau mungkin juga saya lebih lantang dari mereka... huhuhu kena dengar sendirilah jawabnya... ada juga fesyen bercakap mendabik dada, tak pandang orang pun bila sembang.. apa masalahnya entah... paling ketara, bila lecturer cakap pun, dia buat-buat sibuk, langsung tak ada usaha nak angkat muka pandang or buat-buat fokus masa lecture tu... kitorang semua tau, dia tu jenis panas baran, bahkan dia sendiri pun mengaku dia jenis panas baran dan sensitif... tapi agak-agaklah kan?? saya pun nak lepas mulut, tengok traffic dulu, walaupun kadang-kadang ada terlepas lampu isyarat... tunggu nak kena saman jalah.. huhuhu sabar jalah...