menyentuh mengenai topik entri saya ni, saya nak cakap sikit lah soal luahan hati kitorang selaku pelajar KPLI ni... adalah sedikit rasa tersinggung dengan perspektif segelintir individu yang menganggap kitorang ibarat tangkap muat ja... individu-individu ni terlalu memandang tinggi dan memuja pelajar-pelajar PSMP, yang lepasan sekolah menengah terus masuk IPG... bagi diorang, pelajar PSMP lah yang lebih banyak pengalaman dan sebagainya setelah dibasuh selama 5 tahun untuk menjadi guru... tapi pernah tak individu berkenaan fikir kitorang pun ada pengalaman masing-masing.. kitorang dah habiskan 3-4 tahun untuk ijazah lepas sekolah dan sekarang dalam tempoh 1 tahun nilah, kitorang nak ambil sebanyak mana ilmu pendidikan untuk jadi guru berkaliber.. mungkin ada perbezaannya, tapi kitorang terlebih dahulu kenal dunia luar berbanding pelajar PSMP yang hanya berada dalam kawasan persekolahan.. diorang banyak pengalaman dalam ilmu pendidikan tapi dalam hal komunikasi dan sebagainya, mampukah diorang berkomunikasi dan bersosial dengan masyarakat luar?? masing-masing ada baik dan buruk, jadi saya kira tak eloklah banding bezakan kami begitu saja...apapun, saya ramai ja berkawan dengan pelajar-pelajar PSMP ni, sama naik ja diorang ni... korang the best hehehe
dalam isu ni, saya masih ingat lagi kata-kata seorang lecturer di IPG ni sempena latihan kawad kaki untuk K.O.T... 'kita bagi budak-budak PSMP jalah yang kawad ek?? lagipun diorang dah ada uniform dan dah lama kawad, diorang lebih banyak pengalaman berbanding korang kan??' ok, baiklah~~ time latihan berikutnya dan masa K.O.T pun dah nampak betapa hebatnya diorang kawad, yalah diorang ada uniform dan pengalaman... berterabur ja.. bahkan ada yang lewat lapor diri... hebat kan?? adoii, nilah dikatakan indah khabar dari rupa... dan buat makluman lecturer-lecturer IPG ku dan semua yang membaca, saya tak ada uniform dan tak ada pengalaman, tapi saya pernah sampai ke peringkat negeri untuk pertandingan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah semasa saya sekolah dulu... tapi nak buat macam mana kan, saya tak ada pengalaman~~
hebat berkawad datang lewat, salah siapa???
No comments:
Post a Comment