Wednesday, March 9, 2011

~~TeKaNaN kiAn MemBaRa~~


hadoiii serabai betul lah saya ni lepas lebih kurang 2 bulan ada kat IPG ni.... makin ligat, makin padat, makin penat dan makin lain-lain... saya ambil sedikit masa untuk blogging untuk luahkan segala apa yang patut sepanjang hari-hari yang baru saja berlepas... 6 mac hari tu, hampir seluruh warga KPLI di IPG saya menjengah ke Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk lawatan sambil belajar alam sekitar.. bila tahu ja, ada lawatan tu, agak tertanya-tanya juga apa fungsinya lawatan tu?? sebab tanya yang tercintaku di IPG lain, lawatan ni tak termasuk pun dalam kursus wajib yang kami patut ikut... maknanya, program lawatan ni cuma batch kami ja yang mengalaminya... huhuhu penderaan~~ tetiba kena mendaki gunung, ingatkan lepas habis K.O.T, kami boleh simpan tenaga fizikal rupanya masih dikerah-kerah.. sabar jalah~~ namun begitu, persepsi saya mula berubah bila terlibat dalam aktiviti mendaki gunung, seronoknya!!!~~ saya dapat berkenalan dengan beberapa rakan-rakan baru yang sebelum ni cuma kenal muka tapi sekarang dah mula add dalam facebook hehehhe... lagi satu, saya dapat belajar dan sempat merehatkan minda melihat panorama indah di sana.. asyik-asyik pergi kelas takpun buat kerja sekolah, sumpah bosan!!! sekali-sekala kelua bilik darjah seronok juga hehehe dasar budak nakal..

dan semalam bermulalah episod mengarang kerja sekolah serta mengasah tajam-tajam minda saya untuk menyiapkan semua kerja sekolah saya yang WAJIB dihantar hujung minggu ni.. kerjanya cuma untuk 2 bahagian, kira sempatlah nak siap sebab ada tempoh dalam 3 hari lagi.. tetiba, seorang lecturer kami ni tambah beban, suruh mengarang esei 500 patah perkataan dan hantar hujung minggu ni juga... yaahhhh ahjumma!!~ kami tak cukup masa nak buat kerja sekolah, kau pergi tambah kerja plak... tapi secara dasarnya, lecturer wanita ni memang terkenal dengan kaedah kuku besinya dalam memberi dan terus memberi serta menambah dan menambah kerja sekolah kami... wahhhh penat seyhhh!! bukan kau ja lecturer kitorang dan bukan kerja kau ja kitorang nak kena buat... huhuhuhu menangis dalam hati ;(

No comments:

Post a Comment