Friday, August 5, 2011

~~ CeriTa LucU~~


minggu pertama berpuasa, macam-macam karenah budak-budak sekolah praktikum saya boleh lihat hahahhaa kelakar... ada juga benda-benda yang saya pernah buat masa sekolah dulu hehhehe saya baru ja selesai masuk kelas PJK tahun 2, dah kelas PJK, blurr lah juga pada mulanya, apa aktiviti yang sesuai untuk saya buat dalam kelas... takkan nak biar diorang main tengah padang, confirm lembik macam sotong lepas tu kan?? fikir punya fikir, saya buat 'Chicken Dance'.. hahahha budak-budak suka!! budak-budak mana yang tak suka main kan?? buat 2-3 kali, fikir takut diorang penat, saya gerak ke aktiviti melukis plak... bagusnya, budak-budak ni mendengar kata, obedient habis.. so, bila cikgu-cikgu senior lalu tepi kelas saya, tengok kelas diam ja, maknanya classroom control saya tu ok lah kan?? hahahha

berkongsi cerita lucu mengenai budak-budak di bawah jagaan saya dalam subjek Bahasa Inggeris.. saya buat tema World of Stories, saya bawa dan ceritakan kepada budak-budak year 3 pasal 'The Travelling Musicians'.. saya gariskan perkataan-perkataan yang sukar, supaya senang nak bagi maksud kat budak-budak dan diorang boleh faham isi cerita tu dengan lebih baik.. dah garis, keluarkan semua, saya tanya satu perkataan ni.. 'What is the meaning of cottage?'.. berlumba diorang meneka walaupun diorang tak dapat gambaran sebenarnya... lokasi tempat sekolah saya yang pedalaman, bahasa Inggeris adalah sesuatu yang asing buat diri budak-budak ni.. tak hairanlah kalau bila diorang meneka maksud perkataan, jauh menyimpang... balik maksud 'cottage' tu tadi, dah bising meneka semua, seorang budak lelaki ni masuk cakap 'K0t* ek teacher??' huishhhh~~ sentap mak uolsss!! mungkin disebabkan bunyi yang sama dengan perkataan cottage tu, terus dia teka macam tu kan... terus keluar bahasa Melayu, 'bukanlah Ijat, ni maksudnya rumah yang kecil..' sambil tunjuk gambar cottage tu... apa lagi, berdekahlah kawan-kawan dia yang lain.. tulah budak-budak, main teka ja... gambar ada, tapi diorang tengok gitu jalah.. haisshhh budak-budak ni... terkejut teacher..

No comments:

Post a Comment