dah berjuta orang buat rekod, siap masuk buku lagi... tapi rekod saya yang paling terbaik *saya rasa* sebab tak ada siapa pun boleh buat atau menandingi saya *kot*... minggu ni macam menggalakkan pencapaian rekod saya.. minggu ni, sekolah praktikum saya ada ujian dari selasa sampailah khamis, hari-hari yang saya ada kelas.. dah bila ada ujian, bebaslah saya dari P & P minggu ni... apa ja boleh saya buat dalam bilik guru?? selain dari mengadap buku teks, teacher's guide, hsp, buku rekod , file praktikum dan lain-lain yang berkenaan.... minggu ni pula ditambah dengan cuaca yang sepoi-sepoi bahasa, macam menambahkan lagi potensi mencipta rekod... minggu ni kerap pula hujannya di Parit Buntar ni.... dahlah P & P tak berjalan, kalau saya menjaga kelas waktu ujian pun, apa sangat yang saya boleh buat?? habis ronda pusing kelas, saya duduk ushar budak-budak jawab soalan, lepas tu ronda balik... hurmmm bosan~~ mulut tak berhenti menguap uolsss... bila dah tak ada kerja, rasa bosan buat rangka lesson plan, saya letak kepala atas meja kejap ja, then sedar balik tengok dah 5 minit saya hilang ke dunia fantasi... itu rekod hari selasa, hari pertama ujian.... dan semalam, selesai rangka lesson plan untuk hari isnin minggu depan, saya rasa penat, rehat kejaplah kononnya... sekali tersedar, dah 30 minit saya 'rehat'... wallaweyhhhh!! rekod kian bercambah!!! sebab tu saya kata tak ada siapa boleh tandingi saya buat rekod sebegini... mari kita tunggu dan lihat hari ni pula, mana tau rekod kian bercambah jadi sejam ke dua jam ke.... hahahahhaha melampau~~!!!
No comments:
Post a Comment