Alhamdulillah dengan limpah izin kurnianya, saya berjaya menerima penempatan pertama saya 16 Januari yang lepas... kira mood cikgu baru lagilah gitu... saya ditempatkan di sebuah sekolah cina kawasan ampang, selangor.... tak perlu kot bagitahu nama sekolah, untuk alasan privasi.. hari isnin dah mula lapor diri dan mula sibuk yang teramat sibuk... pagi-pagi lapor diri di PPD HuluLangat dan straight terus ke sekolah... sampai sekolah, borak-borak dengan guru besar dan PKnya, then guru besar suruh mula masuk hari tu juga... akibatnya, dapatlah saya sesi petang, pukul 1-6 petang.... dah lah sorang-sorang sesi petang kat sekolah tu sebab cikgu melayu yang lain semua sesi pagi, housemate pun semua sesi pagi... sunyinya~~ tapi oklah, cikgu-cikgu senior sana sangat best dan sporting, kira tak sombong... kalau ada apa-apa nak tanya, diorang akan jawab berpatah-patah sebab takut kita tak faham apa yang diorang cakap... dan yang paling penting, saya pemegang status guru paling muda dengan usia yang bakal menjangkau 25 tahun... ohhhh mudanya saya!!
itu kisah cikgunya, sekarang kisahnya muridnya... memandangkan di sekolah saya cuma tahun 1 dan 2 sahaja di sesi petang, komunikasi menjadi sangat sukar... budak-budak ni kurang fasih dalam bahasa Melayu dan juga English,situasi berbeza masa saya di sekolah jenis kebangsaan lain di Kedah untuk sesi PBS saya, tahun 1 pun dah pandai cakap English dengan slanganya yang kalah omputih tu... huhuhu bila jadi macam ni, kita cakap apa, budak-budak macam lambat sikit nak buat apa yang kita suruh sebab tunggu kawan yang faham tolong translatekan dalam Mandarin... saya tak kisah semua tu, kira tahap kesabaran saya makin tinggi lah yea??? cuma risau saya, bolehkah budak-budak ni belajar dengan saya ni?? kang makin turun graf sekolah disebabkan saya seorang ja sebab diorang tak faham apa yang saya ajar... nanti kalau parents tanya anak dia, belajar apa kat sekolah hari ni?? budak-budak tu cakap 'entah', macam mana??? kalau kena complaint macam ni?? huhuhuhu ni baru seminggu, tak tahulah macam mana berikutnya sepanjang tahun ni.... apapun, sekolah bagi saya sekotak limau!! hooyeahhh angpau tak ada Guru Besar?? ada angpau lagi beshhh!! hehehehe selamat tahun baru cina!!!
#masuk sekolah seminggu, cuti 9 hari!! syok kan jadi cikgu?? wakakakaka

No comments:
Post a Comment