menjengah ke rumah mak saudara saya di Klang waktu-waktu cuti begini memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada makcik dan nenek saya di sini... nenek saya dah sakit, bangun pun agak sukar... nak mandi, makan, tukar pampers dan lain-lain perlukan orang untuk membantu... dah saya ada kat sini, saya tolong lah apa yang patut... hari ni, saya teman makcik saya pergi hospital ambil ubat nenek... pergi dalam pukul 12 lebih juga, bajet tak ramai sebab lunch hour, semua pergi makan... rupanya dari main gate hospital lagi, dah padat... nak park kereta pun habis minyak 2 takatlah... punya sesak... tengah meronda cari parking tu, nampak 3 sekawan lelaki trainee doktor kot... tau dia trainee sebab diorang ada cop uitm kat situ... perghh dari jauh, smart giler!! mau tak smart, pakai macam doktor kan?? profesional habislah... tapi jalan melenggang kalah perempuan melayu sejati... coiyyy! diorang nak naik kereta, nak start enjin kereta dan reverse pun lembap... alahai tak macho langsung doktor-doktor ni... ni kalau pesakit kronik tunggu, sempat putus nyawa lah.... pernah ja jumpa doktor-doktor dalam Malaysia yang lain, hensem berganda dari diorang ni pun ada tapi jalan macho ja... so tiga sekawan ni apa masalahnya?? huhuhu lepas ambil nombor, makcik tinggalkan saya kejap sebab nak jumpa kawan lama... makcik saya sister kat hospital ni jugak dulu, tapi dah pencen... masa tunggu sorang-sorang tu lah, saya rasa macam saya ada di pasar tani... bising Tuhan ja yang tahu... hello, hospital kot! pusing kiri, Myanmar... pusing kanan, Bangladesh.... depan, Indonesia... oh ok, tau dah puncanya... diorang ni kalau bercakap mana boleh beza zon senyap atau tak kan?? disebabkan diorang ni sampai dulu dari kami, diorang punya turn awal sikit lah... sempat saya tengok diorang usung kotak-kotak ubat dari kaunter masing-masing... hurmm untunglah korang~~ walaupun bukan warganegara Malaysia, kerajaan kami still jaga kebajikan korang... agak-agak kalau kita kat negara diorang macam mana yea?? saya tak pernah berurusan dengan pihak hospital luar negara, so tak tahu pergerakkannya... tapi still saya rasa pendatang asing yang datang Malaysia ni beruntung sangat-sangat.... jadi tolonglah wahai pendatang asing, sila ikut peraturan norma timur Malaysia... jangan buat kerja-kerja tak elok di Malaysia... jangan naikkan lagi tahap jenayah di Malaysia.... kalau betul nak kerja, buat betul-betul kerja tu.. jangan ingat nak senang ja... bersama majukan Malaysia di muka dunia...
No comments:
Post a Comment