Friday, May 28, 2010

~~TeLuR BuNGkuS~~

hello semua, aku sekarang berada di rumahku syurgaku, mencari ketenangan...bukan sebab ada masalah ke apa, tapi saja luangkan masa bersama keluarga tercinta... yang menambahkan keseronokan balik kampung kali ni, rumahku lengkap sempurna dengan kehadiran atok belah mak aku,wahhh meriah!! hari ni pula mak aku cuti hujung minggu so mak aku cadang nak buat makan-makan sikit,wahhh lagi meriah!! makan besar uolsss!!! mak aku cadangkan masak tomyam lengkap dengan side dishes ok?? dengan tak semena-mena, aku cakap aku nak buatkan telur bungkus... memang lengkaplah makan besar keluargaku hari ni...well, telur bungkus satu dekat kedai-kedai makan sekarang sekali makan dekat rm3-4..mahal uolsss!! baik buat sendiri, boleh buat sebesar yang mungkin plus boleh letak isi sebanyak yang mungkin....puas hati dan setiap inci telur ada isi... dengan telur bungkus aku, lengkaplah hidangan makan besar kitorang, dengan tomyamnya, cili potong, sayur kailan ikan masinnya,perghhh syurga!!! tak reti nak buat telur bungkus??? senang ja, tak apa aku berkongsi yea??

Bahan-bahan:
1. ayam /daging
2. sayur kacang panjang
3. tomato
4. bawang
5. telur
6. gula dan garam
7. sos cili
8. sos tiram

Cara memasak:
1. Ayam/daging dipotong kecil-kecil kemudian direbus. Kalau tak nak potong, boleh
rebus lepas tu carikkan isi daging/ayam tu macam buat bihun sup tu.
2. Lepas daging/ayam masak, panaskan kuali.
3. Titiskan 1-2 sudu teh minyak masak.4. Masukkan isi daging/ayam, 1/ setengah batang kacang panjang, suku/setengah
tomato, suku/setengah bawang dalam kuali. (Ikut banyak mana telur bungkus nak
dibuat)
5. Masukkan 2-3sudu besar sos cili, 1-2 sudu besar sos tiram, secubit rasa gula dan
garam, gaul bersama-sama daging/ayam dan sayur tadi. Gaul sampai agak
berkuah.
6. Dah nampak berkuah, boleh angkat letak dalam pinggan.
7. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, masukkan sikit garam, gaulkan sebati
macam nak buat telur dadar.8. Masukkan 1-2 titis minyak dalam kuali, masukkan telur yang dah sebati tu.
9. Pusing-pusingkan kuali tu biar telur tu jadi kembang dan besar permukaannya
dalam kuali,so senang nanti nak masukkan isi dan bungkus.
10. Agak-agak telur separuh masak, masukkan isi daging/ayam yang dah dimasak
tadi, letak betul-betul di tengah telur.
11. Kemudian, bungkus dan alihkan.
12. Biar sekejap, dah nampak telur jadi kekuning-kuningan,boleh angkat dan hias
ikut kreativiti.
DAH SIAPPPP!!!! SELAMAT MENCUBA!!!! ;)


2 comments:

  1. sedappppnya...!!!!
    liza..nnt buat kn tuk aku ek..hahahahha

    ReplyDelete
  2. boleh, 1 telur tu aku charge rm5 sebab padat dengan isi...bila nak cakap ja ok?? heheehehe

    ReplyDelete