dulu, aku ada seorang kawan sekelas masa aku di sekolah rendah dulu... masa tu dalam darjah 4-5... masa aku tak matang langsung dalam hidup... aku berkawan dengan dia, agak rapat, Khairunnisa namanya.... sedap kan?? maksud namanya, sebaik-baik wanita, tapi masa sekolah dulu dia di gambarkan sebagai seorang yang kurang ajar dan banyak lagi benda-benda negatif dikaitkan dengan dia... masa sekolah dulu, masing-masing dalam kelas aku, semua ada gelaran masing-masing... aku adalah si tikus,sebab giler takut dengan kucing... pernah budak-budak lelaki kelas aku, letak kucing bawah meja aku... bila aku perasan, aku jerit kuat giler... sampai cikgu sebelah datang tanya, apa masalahnya?? balik kepada kisah teman lama aku, dulu dia digelar Burmatella... tella tu di ambil sempena nama gula-gula fruitella tu... orangnya memang ada keturunan Myanmar, bahkan ada family masih tinggal di Myanmar, sebab tu dia digelar begitu... tapi dia sedikitpun tak ambil kisah... dia seorang yang agak tomboy, open-minded dan tak kisah pun apa orang cakap pasal dia... dia juga langsung tak ambil pusing kalau tak ada kawan nak rapat dengan dia... dia lebih suka seorangan... bapa dia dikatakan kerja tender, buat bangunan... ala-ala kontraktor lah, gaji masyukkk!!! aku pernah pergi rumah dia, simple tapi luas dan agak besar... tanah pun dikatakan tanah sendiri... mungkin betullah dia sekeluarga orang senang...
satu benda yang aku takkan lupa pasal dia, dia dituduh curi duit kutu cikgu-cikgu sekolah kitorang... tak tau macam mana dia yang kena tuduh... tapi masa kejadian, dia duduk paling depan dan paling dekat dengan meja guru... guru tu tertinggal atas meja katanya... bila dia datang balik dah tak ada... dia tanya siapa ada nampak?? semua jawab tak nampak,sebab memang tak nampak pun... cikgu tu keluar.... dah lama sikit, cikgu tu datang balik marah-marah, minta cakap dengan jujur, siapa nampak atau sesiapa ada terambil... siapa pun tak tau dan jawab tak tahu... sekali dia naik angin, dia minta nak spotcheck,minta pengawas dalam kelas aku tolong... check-check memang tak jumpa dalam poket sesiapa atau dalam beg sesiapa pun.... sekali cikgu tu tarik teman lama aku tu, marah-marah minta dia mengaku... rupanya ada orang report teman lama aku yang ambil... masa tu teruk dia kena hentam dengan cikgu aku yang tengah angin... teman lama cuma mampu menangis.... dan kitorang hanya diam tengok drama....akhirnya habis begitu ja, duit dicari tak jumpa, cikgu tension dan teman lama menangis teresak-esak,dituduh mencuri....
habis sekolah rendah, aku dah tak jumpa dia lagi... masa reunion sekolah menengah aku dulu, ada seorang kawan aku juga rakan dari sekolah rendah bertanya aku, kalau-kalau aku ingat lagi Khairunnisa?? aku cakap ingat... rakan aku ni bercerita, Khairunnisa dah pindah... bisness family dia bankrap.. bapa dia dah jadi kaki judi, kaki arak dan kaki perempuan... pernah bapa dia bawak balik seorang perempuan ke rumah,perang besar dengan mak dia... lastly bercerai... Khairunnisa dan kakak dia ikot mak, bapa entah ke mana.... aku tanya rakan aku ni balik, mana kau tahu?? dia dengan selamba menjawab, tahulah...aku jiran dia....
pagi tadi aku berkongsi cerita dengan yang tercintaku pasal zaman kanak-kanak dulu... dua-dua sama naik rupanya.... tiba-tiba teringat pasal Khairunnisa.... sebab tu aku berkongsi kisah dia yang aku tahu dan dengar... masa rakan aku cerita di reunion tu, 2-3 tahun yang lepas.... sampai sekarang aku tak boleh percaya dengan apa yang aku dengar... apa agaknya khabar teman lama aku tu?? dia masih di Malaysia atau balik ke Myanmar ja memandangkan mak dia memang orang sana??

No comments:
Post a Comment