Wednesday, March 10, 2010

~~SisTeM PenDidiKaN MaLaySia HanYa SesuAi unTuK WaNiTa??~~


sekadar berkongsi dengan artikel yang aku baca hari ni dalam akhbar kosmo yang megupas isu kenapa wanita atau pelajar perempuan lebih berjaya dalam pelajaran, lebih banyak mendapat tempat dalam ipt dan juga lebih tinggi demandnya dalam peluang pekerjaan.... Isu lama tapi sampai sekarang masih tak nampak ke mana perginya lelaki-lelaki kita dalam ipt dan sebagainya... dari temubual bersama pakar sosiologi klinikal yang namanya aku rahsiakan, punca lelaki kita tenggelam adalah disebabkan oleh sistem pendidikan negara kita yang terlalu pasif, pelajar hanya duduk dan mendengar apa yang cikgu-cikgu kita cakap dan kemudiannya buat kerja rumah... sistem pelajaran kita dikatakan tak sesuai dengan pelajar-pelajar lelaki kita yang kita tahu lelaki bersifat aktif, suka mencuba dan tak boleh duduk diam... sejujurnya, aku sokong dengan pendapat pakar ni, sebabnya memang kerja perempuan ja yang duduk mendengar dan buat apa yang disuruh... perempuan lebih kepada mendengar dan menghafal... sebab itulah ramai perempuan atau wanita di ipt... dan disebabkan ini jugalah perempuan nampak jauh ke depan, tinggallah lelaki jauh-jauh di belakang... tapi, ada juga lelaki yang mampu sampai setaraf dengan tahap perempuan dalam pelajaran...


aku juga ada buat kajian pasal pendidikan malaysia untuk tesis tahun akhir aku... tapi bukanlah berkaitan kenapa perempuan lebih banyak di ipt berbanding lelaki... sekadar menilai relevan ke tidak tentang isu berkaitan... dan hasil dari pemerhatian aku, aku rasa sistem pendidikan kita agak perlahan, tiada perubahan dan hanya begitu dari dulu sampai sekarang... sama macam pendapat tokoh di atas, kita hanya mendengar, menghafal dan buat latihan... tahap cemerlang kita diukur dari segi berapa banyak yang kita dapat faham... tak percaya?? korang ingat lagi apa yang korang belajar masa korang nak jawab spm dulu?? korang ingat lagi apa yang korang belajar pasal biologi, fizik, kimia dan juga matematik tambahan?? bagi diorang yang memang terus belajar pasal subjek-subjek ni di ipt,memanglah korang akan ingat... bagi individu macam aku?? berani mati aku mengaku, aku tak ingat langsung kecuali beberapa istilah yang menarik dan susah disebut waktu aku belajar dulu, aku ingatlah... algebra, linear dan sebagainya... macam mana pula kalau pelajar-pelajar sekolah kita diajar pasal subjek English?? boleh diorang fasih bahasa tu kalau sekadar dengar, belajar, hafal dan buat latihan?? sebab tu lah aku setuju dengan pendapat tokoh di atas, memang sistem pendidikan kita terlalu pasif dan banyak bergantung kepada memori... berapa lama dan berapa banyak sangat kita boleh ingat tentang satu subjek tu kalau semuanya nak dihafal?? bukan nak mencabar kementerian pendidikan atau sebagainya, sekadar berkongsi pendapat yang tulus dari fikiran aku...

No comments:

Post a Comment