selepas berhari-hari dalam minggu ni aku asyik menaip tesis sampai otak pun sama naik serabut, aku terfikir nak keluar pergi makan angin, jalan-jalan dengan yang tercinta... tak ada idea lain yang kitorang boleh fikir kecuali keluar tengok wayang.... aku bukan tak nak, boleh ja sebenarnya pergi tengok wayang ni tapi tak terasa nak menghabiskan masa dalam panggung pun semalam... aku just nak keluar tengok-tengok pantai ke, mandi sungai ke, lepak kat tasik ke... nak pergi putrajaya takut sesat... then, aku pun mesejlah si wani, bertanya bagan lalang di mana yeaa?? sekali dia pun cakap jomlah kita pergi sekali satu kereta petang ni pukul 5... aku terus set, on!! hahahahha tepat pukul 5 tu kereta azri dah siap tunggu depan foyer kolej ungku omar... aku sampai pun tengok shahir pun dah sampai.. kitorang naik kereta gerak pergi kolej aminuddin baki pula, ambil yang tercinta... then barulah gerak kami berlima aku, yang tercinta, wani, azri dengan shahir ke bagan lalang... tak jauh perjalanan ke sana, dalam 45minit ja... tapi membuatkan kita fikir tempat tu jauh sebab ikut jalan kampung, berliku-liku dan agak bahaya kalau drive waktu gelap sebab terhad giler lampu jalan kat kawasan tu... dalam pukul 6.15 petang kitorang sampai... turun ja dari kereta azri, aku dah boleh rasa angin laut... sedapnya rasa!!!! then, apa lagi mulalah azri dengan shahir dengan layang-layangnya, wani dengan pasirnya (kerja menulis atas pasir ja perempuan tu ahahhaha), aku dengan yang tercinta lebih suka main ombak... sedap giler rasa dapat main air laut walaupun tak adalah jernih sangat... biasa jaa.. dalam sejam kat tepi laut, kitorang naik pergi kedai makan... kedai makan seafood... kitorang order ikan bakar, sotong goreng salut tepung, kerang rebus, siput lala, ketam, sayur goreng belacan dan telur dada... memang banyak dan puas hati... tapi kesian juga dekat yang tercintaku yang alah dengan makanan laut ni.. wlaupun begitu dia bedal juga ketam sebelah hahahaha lepas tu mulalah gatal-gatal hidung... sebab tu kitorang ambil telur dadar takut yang tercinta ku tak boleh makan, ikan dia boleh makan cuma benda-benda lain yang dia alah... selesai makan, kitorang jenguk-jenguk pula gerai-gerai kat situ... lebih kurang pasar malam lah... ada jual baju, kasut, pelampung, makanan dan macam-macam... dalam pukul 9.30 kitorang gerak balik ke UKM... memang enjoy lepak kat sana walaupun tak ada buat apa sangat... tapi memang tulus dari hati aku memang enjoy dapat lepak sekejap dari tekanan hidup sebagai seorang pelajar tahun akhir yang banyak giler kerja nak kena buat....
No comments:
Post a Comment