selalu aku mengalami detik-detik yang perit tapi kelmarin lebih perit dan ngeri... aku tak pernah-pernahnya accident tapi kelmarin terjadilah satu sejarah... time tu aku dengan yang tercinta naik motor (of course aku yang bonceng)... kitorang dari kolej memasing nak kuar, aku nak balik kampung, yang tercintaku pula nak balik rumah kakak dia di setiawangsa... around 12 tengahari tu kitorang keluar, sampai dekat simpang masjid ukm tu tengah crowded... jammed giler!! semua orang nak keluar lunch or nak solat jumaat... setahu aku, yang tercintaku dah bawa habis slow, mungkin dah takdir yang tersurat sejak azali... keluar 1 kereta kancil dari jalan masjid di sebalik line kereta yang sesak nak keluar tu, yang tercintaku brek, tapi yang kereta ni lewat brek... dilanggarnya motor kitorang, terseret sikitlah dan kemudian terjatuh... sakit dowhhh!!! tambah ngeri bila aku tengok luka sana-sini ( I hate blood!!).... time jatuh tu jugalah aku rasa kejang giler kaki kiri aku, langsung tak boleh gerak!! apa lagi, bercucuran lah air mata aku menahan sakit dan maybe juga terkejut.... then, orang yang langgar kitorang tu hantar aku ke pusat kesihatan, yang tercintaku still dengan motor, dia nampak steady ja ok?? dah kat pusat kesihatan tu, doktor tu cuci luka dan check apa yang perlu.. dia cakap tak ada yang teruk just luka-luka kecil... kecil tak kecil, sakit tetap sakit!!! hari ni lagilah sakit, dah mula membengkak sana-sini, luka-luka dah kering just time mandi tu agak susahlah... pedih kena air,terpaksa angkat kaki tinggi sikit... huhuhuhu macam ni rupanya accident... ni baru kecil, yang besar patah sana-sini, putus anggota badan dan sebagainya??? memang ngeri!! apapun aku bersyukur just luka dan calar ja, tak ada patah kaki, patah gigi or apa-apa yang lebih teruk...
cian kt ko lija...len kali ko mintak gnti rugiii ngn org tu bnyk2 sbb dh mncdrekn ko..hikhikhik...and byr sekali tket ko tu..hee
ReplyDeletex sampai hati nak marah lah mai,belum tentu salah dia... huhuhu
ReplyDelete