Tuesday, September 11, 2012

~~MaRi BerJuaNG!~~

lama tak buka blog, tak tahu nak mulakan macam mana... berbelit-belit memikirkan idea bernas *konon*... sibuk sangat sekarang ni, jari- jemari ini hanya memegang laptop di waktu yang mempunyai tugasan, nak lepak-lepak layan internet di hujung minggu, download lagu-lagu, video dan menonton movie, yeahhh!! apa?? tak boleh ke cikgu-cikgi nak melepak depan laptop cenggitu?? tak payah nak bahan sangat yea?? apapun kerja kita, buat dengan ikhlas, jangan asyik nak dengki, tak baik... tak berkembang otak dan minda kita...

ni nak kongsi sikitlah pengalaman menjadi pengawas peperiksaan UPSR ni... pengalaman pertama, maklumlah kerja pun baru tahun pertama kan?? masa mula-mula nak mohon jadi pengawas tu, niat cuma nak mencuba dan menimba ilmu dan pengalaman... pergi mesyuarat, taklimat bagai, maka akhirnya saya dipilih sebagai pengiring ketua pusat, tolong ambil dan hantar kertas-kertas soalan dan jawapan calon... tu pun saya terima dengan rela, niat nak menimba pengalaman, lagipun saya bujang, berbanding pengawas-pengawas lain yang majoritinya sudah berkeluarga... akibatnya, bangun awallah saya, seawal pukul 4.30pagi uolsss, tak pernah-pernah bangun seawal tu sebab saya mengajar di sesi petang... merasa jugalah air paip subuh yang hening tu, selalu mandi tengahari ja kan?? sudah selesai bersiap, bergeraklah saya ke bilik kebal menjalankan tugas seawal 6.00 pagi... 

hurmmm nak mengambilnya oklah, nak sign itu ini pun ok... sekali kena angkut sendiri dowhhh kertas-kertas tu semua... perghhh berat bukan main!! kerja-kerja pengiring ni patutnya cikgu lelaki yang buat derr... tapi nak buat macam mana, pengawas lelaki tiada di pusat saya... dahlah pusat periksanya tingkat 4, penat giler kot! nak mendaki tangga lagi dengan beg kertas soalan yang mencapai berkilo-kilo tu... tiga hari macam ni, boleh naik muscle wooooo~~ nasib saya muda remaja gitewwww, cuba bayangkan kalau pengawas yang dah berkeluarga tu yang mengangkatnya?? hurmm kesian... pengalaman~~ apapun selamat maju jaya buat semua calon UPSR 2012... 

Saturday, April 28, 2012

~~BuKaN seNgaJa Nak LambaT~~

hurmmm ni kisah pagi tadi selepas menghadirkan diri ke kokurikulum di sekolah... sekolah saya terletak di dalam kawasan pekan cina yang kecil dan jalannya cuma satu hala... pekan kecil ni saya panggil China Town.. so what?? my own China Town even I'm not in the real China... dah hari-hari pergi sekolah, kawasan kecil ni bukan lagi masalah bagi saya.. kira dah lali gitu... pekan ni dah lah kecil, bila ada kereta berhenti tepi-tepi jalan sebab nak turn beli barang, jadi jem lah.. kereta tu dikira block jalan sehala ni... tapi memandangkan dah lali, tambah-tambah time puncak, kira macam cool lah... tak apa, saya boleh tunggu...

keluar ja dari pintu pagar utama sekolah, ada sebuah kedai makan cina.... pagi tadi masa keluar dari pintu pagar utama, saya nampak pakcik India yang tua dan kudung, atas kerusi rodanya baru keluar dari kedai makan tu... saya kira dia pergi beli makanan sebab boleh nampak bungkusan makanan di handle kerusi roda tu... pakcik tu kayuh kerusi roda dia tepi jalan ja, tapi sebab jalan sempit, saya yang mengekori dari belakang ikut jalah belakang pakcik perlahan-lahan... bagi saya tak apa, ikut ja... biar kita lambat jangan terlanggar dia pula... lagi satu kesian kat dia... dia pakai kerusi roda, bukannya naik kereta yang boleh memecut suka hati ja... disebabkan enjin kereta saya pun tak bunyi kuat sangat, pakcik ni mungkin tak perasan saya di belakang dia, walaupun boleh ja kereta kecil saya nak potong dia... tengah layan ikut pakcik tu, ada kereta belakang ni, rasanya jenis Hilux yang besar gajah ni, pergi hon panjang derrr kat saya... kira saya lembap lah katanya!! sempat saya tengok dari cermin sisi, satu family cina dalam kereta tu...yang saya tak boleh terima di akal saya ialah dia kan kereta besar, tinggi dari kereta kecil saya, takkan tak nampak pakcik berkerusi roda depan saya ni?? perlu ke nak hon panjang uolsss??? akhirnya, pakcik ni kayuhlah kerusi roda dia laju-laju ke tepi sebab nak bagi ruang kereta jalan... saya tak peduli, saya tak potong pakcik tu sampai selamat dia ke tepi, biarlah kereta gajah tu nak hon ke nak maki... masa saya potong pakcik, pakcik tu sempat toleh ke arah jalan.... hoiiii kesian kot!!! tak ada hati perasaan punya cina.... berlagak seyhhh!!! kereta besar bukan maksud kau raja jalan...

Wednesday, February 8, 2012

~~A suCCessFuL StoRy of A MonG tEacheR~~

another entry.. well my fingers are getting hardworking these few days... they have done lots of work perfectly... well done fingers!! this is my third week as a new teacher.. gosh, it's already about a month to reach... please hurry Mr. time, get fly to November silently! in these three weeks as a teacher, I'm starting to get used to its new surrounding, the senior teachers and of course the pupils as well... like I've told you guys before, most of them cannot understand either English or Malay Language... but I guess I've already found my chemistry along with the pupils... no more shouting to ask them to keep quiet and no more harsh... I've just need to give some hints they will understand by themselves... good pupils are they isn't it?? do you want to see our good 'relationship' for this week?? have a peek on these photos... these are the true proof that we are now connected and I'm officially a SJKC English teacher!

Wednesday, February 1, 2012

~~BagUsLah Tu Dik~~

selamat pagi dan selamat hari wilayah... hurmm memandangkan saya tinggal bersempadan dengan wilayag persekutuan, saya kenalah juga pergi kerja petang ni.... alhamdulillah, sudah masuk bulan februari dan hampir dua minggu juga dah ni saya masuk sekolah... semuanya ok cuma masalah komunikasi masih membatasi... bayangkan, saya tengah cakap pasal kolam renang tetiba 2-3 orang angkat tangan.. saya tanya 'kenapa angkat tangan?' budak-budak ni senyup menyumbing.. rasanya diorang ingat saya tanya siapa pandai berenang?? siapa suka berenang?? dan lain-lain... aishhh nak buat macam mana, teacher tak pandai cakap mandarin, tengah belajar ni sikit-sikit... nanti kita sembang mandarin sama-sama ok?? sekurang-kurangnya budak-budak sjkc ni tau hormat saya dan dengar cakap saya cukuplah, teacher ucapkan terima kasih.... bermula hari ni juga, saya akan mulakan tugas hakiki saya, mengajar English.. sebelum ni asyik ajar B.Malaysia sementara ja... nah, cabaran sebenar saya bermula hari ni! saya akan cuba buat yang terbaik macam sebelum ni juga dan bantu budak-budak muda ni faham English better!!

bersekolah sesi petang memberi peluang kepada saya untuk buat kerja-kerja rumah dan memantau persekitaran rumah hehehehe yang paling menarik nak dikongsi di sini ialah satu warung nasi lemak sebelah rumah saya ni... yang meniag
anya bapanya tapi dua orang anak lelakinya yang kecil-kecil tu sentiasa ada datang tolong bapa diorang... tolong angkat barang, pinggan, sapu sampah dan macam-macam lagi diorang buat... bertuah mak bapa dia... baguslah tu dik, pagi tolong mak bapa meniaga, petang pergi sekolah pula yea?? jadilah anak yang soleh dan baik hendaknya... Amin~

Thursday, January 26, 2012

~~UnTunGLah~~

menjengah ke rumah mak saudara saya di Klang waktu-waktu cuti begini memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada makcik dan nenek saya di sini... nenek saya dah sakit, bangun pun agak sukar... nak mandi, makan, tukar pampers dan lain-lain perlukan orang untuk membantu... dah saya ada kat sini, saya tolong lah apa yang patut... hari ni, saya teman makcik saya pergi hospital ambil ubat nenek... pergi dalam pukul 12 lebih juga, bajet tak ramai sebab lunch hour, semua pergi makan... rupanya dari main gate hospital lagi, dah padat... nak park kereta pun habis minyak 2 takatlah... punya sesak... tengah meronda cari parking tu, nampak 3 sekawan lelaki trainee doktor kot... tau dia trainee sebab diorang ada cop uitm kat situ... perghh dari jauh, smart giler!! mau tak smart, pakai macam doktor kan?? profesional habislah... tapi jalan melenggang kalah perempuan melayu sejati... coiyyy! diorang nak naik kereta, nak start enjin kereta dan reverse pun lembap... alahai tak macho langsung doktor-doktor ni... ni kalau pesakit kronik tunggu, sempat putus nyawa lah.... pernah ja jumpa doktor-doktor dalam Malaysia yang lain, hensem berganda dari diorang ni pun ada tapi jalan macho ja... so tiga sekawan ni apa masalahnya?? huhuhu lepas ambil nombor, makcik tinggalkan saya kejap sebab nak jumpa kawan lama... makcik saya sister kat hospital ni jugak dulu, tapi dah pencen... masa tunggu sorang-sorang tu lah, saya rasa macam saya ada di pasar tani... bising Tuhan ja yang tahu... hello, hospital kot! pusing kiri, Myanmar... pusing kanan, Bangladesh.... depan, Indonesia... oh ok, tau dah puncanya... diorang ni kalau bercakap mana boleh beza zon senyap atau tak kan?? disebabkan diorang ni sampai dulu dari kami, diorang punya turn awal sikit lah... sempat saya tengok diorang usung kotak-kotak ubat dari kaunter masing-masing... hurmm untunglah korang~~ walaupun bukan warganegara Malaysia, kerajaan kami still jaga kebajikan korang... agak-agak kalau kita kat negara diorang macam mana yea?? saya tak pernah berurusan dengan pihak hospital luar negara, so tak tahu pergerakkannya... tapi still saya rasa pendatang asing yang datang Malaysia ni beruntung sangat-sangat.... jadi tolonglah wahai pendatang asing, sila ikut peraturan norma timur Malaysia... jangan buat kerja-kerja tak elok di Malaysia... jangan naikkan lagi tahap jenayah di Malaysia.... kalau betul nak kerja, buat betul-betul kerja tu.. jangan ingat nak senang ja... bersama majukan Malaysia di muka dunia...

Monday, January 23, 2012

~~PiRateS WannaBe??~~


I've started my first school holiday... nine days baby, such a beau!!! isn't it?? Before this holiday, I've received a box of oranges and angpow, given by my school... wehhooo should I say I love my school?? ok, so I've start my holiday and start travelling as well... yesterday, I've went to Tanjung Harapan... a nice place for fishing, picnic and sea side with family... amazing! the air is so nice and fresh, you gonna love it! yet still, garbage floating on the sea is one of the major crisis in Malaysia... hurmmm when are we going to change our point of view?? we went there on the evening, around 2pm, and if you want to go, I suggest you guys go there at 6pm onwards... then you will manage to catch your fresh seafood delicacies ever at there... ohhh I've missed it as I've went there earlier before the restaurant open! perhaps next visit yeah?? the most interesting thing about the view of Tanjung Harapan is the big ship... it's an old ship which I'm not sure about it's story... the ship is still in a good condition but unfortunately it is not well maintained... thus the ship looks so ugly, dirty and smelly... I believe some idiot people do their stuff upon the ship... because they are so idiot so they are so stupid to know the difference between ship and washrooms.... I think the people who are responsible on this place should be very aware about this matter... this place will be one of main tourism attraction as it is a good place for fishing, nice view and great seafood dishes were being served... for the end, have a peek on few of the pictures...

Friday, January 20, 2012

~~BerMuLanYa di Sini~~

Alhamdulillah dengan limpah izin kurnianya, saya berjaya menerima penempatan pertama saya 16 Januari yang lepas... kira mood cikgu baru lagilah gitu... saya ditempatkan di sebuah sekolah cina kawasan ampang, selangor.... tak perlu kot bagitahu nama sekolah, untuk alasan privasi.. hari isnin dah mula lapor diri dan mula sibuk yang teramat sibuk... pagi-pagi lapor diri di PPD HuluLangat dan straight terus ke sekolah... sampai sekolah, borak-borak dengan guru besar dan PKnya, then guru besar suruh mula masuk hari tu juga... akibatnya, dapatlah saya sesi petang, pukul 1-6 petang.... dah lah sorang-sorang sesi petang kat sekolah tu sebab cikgu melayu yang lain semua sesi pagi, housemate pun semua sesi pagi... sunyinya~~ tapi oklah, cikgu-cikgu senior sana sangat best dan sporting, kira tak sombong... kalau ada apa-apa nak tanya, diorang akan jawab berpatah-patah sebab takut kita tak faham apa yang diorang cakap... dan yang paling penting, saya pemegang status guru paling muda dengan usia yang bakal menjangkau 25 tahun... ohhhh mudanya saya!!

itu kisah cikgunya, sekarang kisahnya muridnya... memandangkan di sekolah saya cuma tahun 1 dan 2 sahaja di sesi petang, komunikasi menjadi sangat sukar... budak-budak ni kurang fasih dalam bahasa Melayu dan juga English,situasi berbeza masa saya di sekolah jenis kebangsaan lain di Kedah untuk sesi PBS saya, tahun 1 pu
n dah pandai cakap English dengan slanganya yang kalah omputih tu... huhuhu bila jadi macam ni, kita cakap apa, budak-budak macam lambat sikit nak buat apa yang kita suruh sebab tunggu kawan yang faham tolong translatekan dalam Mandarin... saya tak kisah semua tu, kira tahap kesabaran saya makin tinggi lah yea??? cuma risau saya, bolehkah budak-budak ni belajar dengan saya ni?? kang makin turun graf sekolah disebabkan saya seorang ja sebab diorang tak faham apa yang saya ajar... nanti kalau parents tanya anak dia, belajar apa kat sekolah hari ni?? budak-budak tu cakap 'entah', macam mana??? kalau kena complaint macam ni?? huhuhuhu ni baru seminggu, tak tahulah macam mana berikutnya sepanjang tahun ni.... apapun, sekolah bagi saya sekotak limau!! hooyeahhh angpau tak ada Guru Besar?? ada angpau lagi beshhh!! hehehehe selamat tahun baru cina!!!

#masuk sekolah seminggu, cuti 9 hari!
! syok kan jadi cikgu?? wakakakaka

Friday, January 6, 2012

~`CuweT cuWeT.. IngAt BFF ka??!!~~

salam Jumaat pertama pada tahun 2012... macam mana perkembangan semua di tahun baru ini?? dah ada yang tercapai azam baru ker?? fuyooo kagumlah kalau betol tercapai azamnya dalam masa yang singkat ni... tahniah!! seperti lazim hari Jumaat yang dulu-dulu kala, kami sekeluarga akan menikmati sarapan pagi di luar dan kemudiannya beli barang-barang dapur dan barang-barang bukan dapur bersama-sama... sebab hari Jumaat ja mak saya cuti... time tulah nak tumpang duit sikit hehehehe saya mulakan cerita yea... pagi tadi saya sekeluarga menikmati sarapan di sebuah kedai mamak... tengah makan roti canai yang gebu tu, masuk seorang perempuan Melayu bertudung... dari luaran semua nampak ok... tiba-tiba dia muncungkan mulut buat bunyi macam nak mengorat tu, cuwet cuwet cuwet cuwet..... saya kira dia mesti pelanggan vip kat kedai makan mamak ni, sebab boleh selamba ja panggil mamak camtu kan?? sekali saya tengok, sorang mamak pun tak layan dia, mungkin tak perasan yang dia tu sebenarnya sedang panggil mamak nak order makan.... lama perempuan ni cuwet cuwet sampailah dia fed up panggil 'ane'.... kan senang nak buka mulut panggil orang?? yang dok cuwet cuwet macam tu buat apa?? rugi masa ja.. mamak tu pun tak layan kau perempuan... budi bahasa budaya kita...

Wednesday, January 4, 2012

~~ThE BesT GifT of 2012~~

3 December 2012, the third day of 2012 in Malaysia was being celebrated with the re-opening of schooling session for this year.... hoorayyy!! no more kids hanging around in the afternoon, no more 12 years old youth riding his dad's bike to the grocery shop and plus no more cartoons!!! it's all end... and happy schooling dear kids especially for the year 1 pupils which just started their schooling... study well, this future teacher will come to school later, a bit late... this future teacher is still waiting for her posting school which I hope in a short while will be announced *please!!~~*

so does my younger sister, she just went back to pahang, to her college as the new semester just begun... the last wish of her is she wants chicken soup and also kuih bahulu... yesterday morning, we did went to buy groceries for chicken soup and hunting for her favorite kuih bahulu.... unfortunately, the kuih bahulu shop opened its door quite late, no kuih bahulu for her... still, we manage to bought the chicken soup items, so I did manage to feed her before she left last night to pahang... I did it on my mom's behalf, as she is working so please don't ruin your mind thinking why I did it, not our mom?? Sister, consider the chicken soup as the best gift from your currently penniless sister for your bright new year!! study well..will see you soon... mak, ayah, aie and me will miss you!