Thursday, December 30, 2010

~~HaPPy BirThDaY~~


woahhh kelmarin adalah hari yang penuh dengan makanan seumur hidup saya!! sempena ulangtahun kelahiran bapa saya yang ke-53, saya, mak saya dan dua adik saya telah berpakat mengajurkan satu parti kecil-kecilan... tak payah kecil sangat yeahh?? untuk 5 orang ja dalam rumah ni, makanan yang di sponsor oleh mak saya boleh di santap oleh 20 orang!!! sumpah banyak!! dengan pizza hut saiz besar, dengan side dishes dari pizza hut, dengan 2 jenis kek, dengan air karbonatnya, ya Rabbi!!~~ apapun, saya percaya sangat yang majlis makan-makan dengan keluarga macam ni lah boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kan?? masih belum terlambat, sekali lagi selamat hari lahir ayah!!! semoga panjang umur dan sihat selalu~~


main dishes: pizza hut


chocolate cheesecake..sedap!!


chocolate and vanilla flavor muffins


hadiah hari lahir

Tuesday, December 28, 2010

~~SeLaMaT DaTanG TeMaN LaMa~~

saya bukan nak ucap selamat datang 2011, masih awal lagi.. masih ada beberapa baki hari lagi untuk 2010, jadi chills dulu ok?? hujung-hujung ni lah nak timbul, rasa dah lama tak pernah timbul sebesar ni... last sekali timbul dulu pun mungkin boleh dikatakan masa sekolah dulu, masa remaja.. betul, tak tipu!! adalah timbul, tapi yang kecil-kecil, orang pandang sekali imbas tak perasan punya... kali ni timbul bapak punya besar kat dahi... dahlah tu sakit!! bila kita cuci muka dengan tangan pun dah rasa sakit sebab bergesel dengan tangan.. besar kan?? dah 20-an pun ada lagi ek?? ingat dah settle... kenapa ek jadi macam ni?? saya rasa punca utamanya adalah pemakanan tak sihat saya.. sejak kebelakangan ni, selera makan saya ibarat selera makan untuk 10 orang!!! gila punya nafsu!! dah bernafsu macam jin, mana nak control zat-zat makanan kan?? minyak semua saya bedal, tu kot puncanya dia timbul... malaslah nak bagitahu secara details, kasi bayang jalah entri kali ni.. orang kata, satu gambar boleh jelaskan 1001 makna... maka, saya selitkan sekeping gambar..hehehehe dah faham kot.. well, pimples are woman's best friend I guess... sebab tu saya panggil dia 'TEMAN LAMA', dah lama dia tak singgah jenguk saya... so, selamat datang teman lama!!~~

Thursday, December 23, 2010

~~WhaT iF??~~

thinking of sharing with you guys, this exciting story..


Tengahari tadi, when I was bored to death, got nothing to do, I switched on my television, and my eyes was stuck on one program.. Program ni actually program ulangan, and was stated there masa ending program, copyright of 2009.... hahahha yess too late!! I tengok program ni pun, almost nak habis, dalam 15minit before habis siaran.. tapi, isinya padat and touching habis.. It's a woman's story, yeahh kalau rasa boring, tunggu dulu, I baru nak kongsi pasal cerita ni... Apa korang akan rasa, bila satu kejadian mengubah fizikal korang dan dalam masa yang sama mengubah hidup korang?? Let say, one day korang tetiba lumpuh, tak boleh jalan... buta, dunia jadi kelam?? yeahhh, hidup pasti diselubungi duka... plus, kalau yang dah kahwin, there no confirmation suami korang tak lari cari yang lain kan?? tapi, cerita yang I nak kongsi tentang seorang wanita ni, sangat menarik.. Ianya se
buah tragedi dan kisah cinta yang mengagumkan...
I wish I could have it once!!


Wanita yang I cakapkan ni, namanya, Stephanie Nielson.. Mungkin korang dah tau kisah dia... Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.... Semuanya sempurna dalam hidup Stephanie, suami penyanyang, anak-anak yang comel.. tahun 2008 menjadi titik aras dalam hidupnya, bila dia terlibat dengan satu plane crush.. dia selamat tapi 80% burned all over her body.. si suaminya pula alive tapi broke beberapa anggota badan.. bayangkan kalau korang berada di tempat Stephanie?? bahkan anak-anak dia pun mengelak nak jumpa dia buat seketika sebab takot dengan rupa mak diorang... again, dugaan~~ tapi sekarang, I think they doing fine... I terjumpa blog stephanie dalam internet and yeahh they still live happ
ily.. Stephanie still ada suami yang penyayang, ambil berat pasal Stephanie dan anak-anak yang sentiasa ada dengan dia.. Menarik kan?? Kadang-kadang tragedi mungkin boleh buatkan sesorang tu rasa sengsara tapi ada masanya seseorang lebih bahagia selepas tragedi.. I bagi link pasal kejadian plane crush tu and also link blog Stephanie.. korang boleh baca sendiri pasal Stephanie and how's she doing currently.. but believe me, U'll cry just like I did... ;)

Friday, December 17, 2010

~~APaM PisAnG~~


ni masalah utama saya bila berada di rumah.. saya suka masuk dapur, samada untuk isi perut dan terus isi sampai kembung atau merosakkan dapur hhehehe kelmarin, masa lepak-lepak depan tv, dalam pukul 4 petang macam tu, saya rasa nak mengunyah.. bukan sebab lapar tapi entah rasa nak mengunyah.. saya masuk dapur, mata ralit mencari makanan, yang ada cuma nasi dan roti.. nak makan nasi, tak rasa lapar, nak makan roti macam tak ada mood.. sekali terfikir, apa kata masak sesuatu buat kudapan sendiri?? mata melilau lagi cari apa yang ada, sekali saya ternampak bungkusan tepung masa buat kek nak raya haji dulu.. tengok banyak lagi, ada dua paket lagi.. buat kek nak?? buka buku resipi, tengok mana yang senang, sekali terasa sedap pula gambar apam pisang dalam buku resepi ni.. masuk lagi tengok, yeayy ada pisang!! check bahan, yeayy semua cukup!! terus bertapa dalam dapur, sejam lebih jugalah.. tapi puas hati, biarpun agak mendap,mungkin terlebih pisang ataupun tepung, tapi still lembut dan boleh dibuat kudapan seisi keluarga.. siap masak jam 8 malam, hari jam 6 petang dah habis... hahaha semua jenis kuat makan.. sesapa nak cuba, cubalah resipi bawah ni ... sumber dari majalah RASA..


Bahan:
-240gram tepung gandum
-240gram gula pasir.
-2 sudu makan soda bikarbonat
-500gram pisang (dilenyek)

-4 biji telur
-50ml minyak masak
-1/4 sudu teh esen vanila


Cara:
-Pecahkan telur dan pukul dengan gula.
-Masukkan tepung dan soda bikarbonat, pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan pisang yang siap dilenyek, esen vanila dan minyak masak, pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan adunan dalam loyang kemudian kukus.
-Siap untuk di hidang dan di santap>

Thursday, December 16, 2010

~~It GoeS weLL~~


hahahhaa I'm happy, indeed very happy!! 1st of all, I would like to ask permission from all of you guys, let me post this entry in English language, ok?? I'm very happy because after 4 months graduating, after 4 months I don't speak in English at all but it seems that my English is just fine... This morning, I've attended my KPLI interview... Didn't I announced about it in my previous entry?? hahahha funny actually, could you guys imagine, me as a teacher??!! ok, so this morning, I've went with my mother.. The first thing, we have to do is write a short essay.. Then, the group discussion is begin.. Then finally, comes up the individual interview.. Guess what, last night, I've read everything about English and education, the ministry's mission, vision and their policies.. I also remembered all of them, but none of that is being asked.. The best part of it, the interviewers, the two of them are always laughing and laugh out loud.. It seems like we are having a chat at a cafe, nothing serious is happening... Then, one of them gave me a sentence and ask me about my knowledge in English and then explain it in details... While I'm explaining the sentence, they said I'm good... hahahhaa are you kidding?? alright, so then I should just wait for the result soon... let's see how's my performance later and I will definitely updating later guysss..

Wednesday, December 15, 2010

~~LaLaLaLaLaLaLa KerJa~~


sukacita dimaklumkan bahawasanya saya sedang berperang dengan segala nota yang ada baik berkertas mahupun secara online... yeayy!! happy!! huhuhuhu tidaklah study hebat manapun, light-light ja.. ada sedikit rasa takut dan ada juga rasa bangga, tapi tak boleh terlalu bermegah yea?? besok tepat jam 10pagi, saya ada interview KPLI di Institut Perguruan Tuanku Bainun... Ya Rabbi!! nervous!! melalui pengalaman orang-orang lain, katanya bukan senang nak dapat interview ni, dan yang interview ni pun, bukan senang nak dapat masuk maktab.. Kesimpulannya, bukan senang lah nak jadi cikgu...apapun, usaha saja yeah??

dalam masa yang sama, saya ada dua lagi cerita gumbira.. pertamanya, saya dah dapat kerja di sebuah institut pengajian swasta di Pulau Pinang... yeayy!! bulan Januari ni start kerja... kalau tak dapat maktab tu at least ada backup kerja kan?? tapi apapun, saya still nak habiskan interview KPLI dulu, mana tau dapat kerja dengan kerajaan Malaysia, naik kredit!! perkara kedua yang menggembirakan saya, saya dapat interview journalist di syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia!!! yeayy!! lagi happy!! sejak nak konvo lagi, saya dah berangan-angan nak jadi journalist... bukan senang yea nak minta, macam-macam karenah juga, maklumlah calonnya bukan sikit, semua nak kerja kan?? secara jujurnya, aku lebih berminat dengan media dari bidang pendidikan ni *ni kalau interviewer aku nampak ni, tipislah peluang nak dapat kerja kan??*... tapi terpulanglah mana yang dapat, aku redha... yang penting, bermula Januari depan, mari bekerja!!!

p/s: doakan saya diterima kerja secepat mungkin... SEGi College, here I come!!! ;)

Monday, December 13, 2010

~~ThE LisT is GettInG BiGGeR~~

wahhh fatigue!! last day was a superb day ever!! too many joys to share with others... apapun, aku ambil kesempatan ni nak ucapkan tahniah buat yang berkenaan... semoga sentiasa dilimpahi kebahagiaan dengan yang tersayang... ok, cerita bermula... first of the day, kitorang beramai-ramai ke kenduri Pn. Salha di Dewan Perbandaran Kulim... wahhh wedding di dewan uolsss!!~~ bertemakan silver dan pink, majlis berlangsung dengan meriah... Pn.Salha ni dulu member rapat sekolah dan kadet dulu hahahaha dialah team leader ke kanan pusing!!~~ hahahha kenangan~~ sempat juga jumpa rakan-rakan sekolah lama yang makin hensem dan vogue habis... hehehee tahniah Sal!!! dari kenduri Pn. Salha, kami bergerak pula ke kenduri Pn. Ashikin... pergghh tema kuning di raja uolsss!! Pn. Ashikin ni dulu, member sekolah menengah aku dulu... yeahhh,selamat pengantin baru!!! dari kenduri Pn. Ahikin, bergerak pula ke Hospital Kulim, sorang member kami ni sudah terlebih laju sudahhh~~ siapa yang laju sangat ni?? dialah si cantik manis Ija, selamat sudah melahirkan the first generation of our batch on the same day.. the newborn princess was named Umaira Kaisara, sedap kan namanya?? orang lain baru nak kahwin, ko sudah jadi mama dowhh... wahh I jeles!!! aku laki tak ada, apatah lagi anak kan?? hahahhaa sadis~~ tapi tak pa, perlahan-lahan ;) apapun, tahniah Ija!!! THE LIST IS GETTING BIGGER!!!~~

Saturday, December 11, 2010

~~ HaRi MeRemBat SaYa!!!~~


hehehehehe apa ni rembat-rambat?? saya bukan bercakap mengenai main sepak takraw yang merembat bola ke pihak lawan... mahu jua merembat benda-benda tak elok cakap berkenaan yang tak elok pasal orang lain, in short word 'gossip'... yang saya maksudkan di sini ialah shopping spree~~ heehehe untuk korang yang belum tahu, saya ni agak boros... pantang duit di tangan, mahupun jumpa benda yang nampak elok di mata, mesti nak beli... dan lebih teruk, kalau dah berkenan, tak fikir nak cuba apa dah, rembat terus ja pergi bayar... hehehehe member-member rapat dan yang tercintaku pening kepala dengan tabiat aku yang satu ni... kadang-kadang, dah beli tak cuba, tak pakai pun... kenapa?? katanya free size, my size, tapi cuba tengok cutting is fit enough or might too loose.. so, simpan ja dalam wardrobe, rasa dah lama, agak semak, bagi kat adik aku sorang ni... hahahhaha peliknya, aku tak rasa aku membazir... kenapa yea?? tu shopping benda yang nampak depan mata, belum lagi secara online... aku boleh spend almost rm100 and up perhaps untuk satu pembelian... masa kat universiti dulu, lagilah meriah aku shopping... duit sentiasa ada hahahha sekarang ni agak slow, dah jarang keluar shopping, duit pun tak ada sebenarnya... tapi jumaat lepas, aku keluar shopping dengan mak dan adik perempuan aku.... dengan sale sempena nak christmas, mau tak naik tocang uolssss... akhirnya, aku pulang dengan 4 pasang dress, 1 cardigan, 1 jacket, 1 purse dan 1 handbag... waaaaaaaaaa heavennn~~

petangnya pula, aku berguru dengan pakngah aku.. kenapa berguru pula ni?? sebabnya, aku dapat interview kpli 16 haribulan ni uolsss... could you imagine??!! hahahhaa yeahhh, crap!! tapi aku cakap yang betul.. bulan lepas, aku attend Mtest kpli... ya Rabbi, susah!! no wonder, ramai yang ulang 4-5 kali... test tu ada 5 bahagian tapi aku menghadapi sedikit kesulitan di dua bahagian... hhuhuhu bahagian Matematik dan analitikal... yeahh, aku memang musuh rapat dengan Matematik dari sekolah lagi, aku pun tak faham kenapa Matematik suka buat onar dekat aku... tapi nasib jugalah, dia objektif ja... main hentam ja, mana yang aku rasa logik... masa buat bahagian analitikal tu, aku rasa sangat otak kanan aku kurang bergerak... yeahh, otak kiri aku lebih laju fungsinya... apapun, aku harap aku lulus interview ni... dapat masuk maktab, dapat jadi guru, dapat kerja tetap dan menjamin masa depan, dapat menabung untuk sebuah perkahwinan dan lain-lain hahahaha chillss~~

Thursday, December 9, 2010

~~KisAH kaMikAze & SayA~~

kelmarin saya dah melakukan sesuatu yang berani mati, di luar jangkaan dan di luar jangkauan manusia sejagat!!! yeahhh kamikaze!!! hahahhahaha *evil laugh* yang penting saya tidak melakukan sebarang jenayah yea, jadi sila berfikiran positif... baiklah, mulakan kisah saya... apa benda yang berani mati yang saya maksudkan ni?? huhuhu saya telah memonteng kerja ataupun dalam bahasa kasar, saya telah cabut lari dari tempat kerja saya... saya cabut lari tanpa sebarang hitam putih sebaliknya terus hilang dan tak inform apa-apapun kat sesiapa... yea, sangat tak professional.. saya faham dan setuju dengan pandangan anda.. tapi ini saja cara saya yang ada untuk berhenti kerja dari tempat kerja saya dulu tu... kalau inform nak berhenti pun, macam-macam ayat bos saya bagi supaya saya tak berhenti.. tapi korang fikirlah sendiri, selama manalah sangat graduan macam saya nak stay kerja kat kedai biasa-biasa ja?? mesti kita akan cari peluang lain untuk lebih ke depan dan setaraf dengan taraf akademik kita kan?? itupun, kira aku jenis tak kisah kerja kat kedai macam bebudak lepasan sekolah buat semata-mata nak penuhkan poket kosongku... yea, kalau tak kerja kat kedai tu, nak topup pun tak ada duit ok?? sadis!!~~ lagi sadis ada juga mulut nakal yang kata saya ni salah pilih kursus, tu sebabnya kerja kat kedai ja.. hallooo!! saya taklah sampai tak ada orang nak panggil saya interview mahupun offer kerja kat saya, masalah utamanya sekarang adalah keluarga saya... mereka tak berapa berkenan saya kerja jauh dari rumah, so macam mana?? yea, saya anak emas keluarga saya.. tak payahlah cemburu, sebab bila dah 20-an macam ni akan ada rasa rimas juga sikit...huhuhuhu

sempena hari pembebasan saya dari belenggu kerja, saya sempat bersama yang tercinta saya... huhuhu my baby~~ sempat juga menonton wayang back to back... dari banyak judul movie yang dalam list panjang saya, sempat tengok dua movie ja... tak sempat nak tengok semua tau, kekangan masa... first, kitorang tengok Rapunzel dan lepas tu cerita Ngangkung... so far, saya rasa dua-dua movie ni ok... tak terlalu sarat, tak terlalu berat tapi mesej sampai dan menghiburkan... yang utamanya sekarang, bukan nak kongsi dengan korang pasal sinopsis cerita ni, tapi sikap negatif penonton pawagam.. masa dalam pawagam tu, ada ramai budak sekolah.. well, cuti sekolah, ramailah yang habiskan masa menonton wayang... first thought, mesti diorang bising nanti tapi sangkaanku meleset.. pandai pula diorang jaga perangai diorang... tapi masalahnya, makcik sebelah aku ni yang over exaggerate.... time suspens scene dalam Ngankung tu, makcik ni boleh menjerit kuat-kuat, sambil kaki-kaki dia terangkat kot... lepas tu boleh pula peluk-peluk suami dia konon takut.. yea, suami anda, peluklah.. tapi perlu ke menjerit-jerit, mengangkat-angkat kaki dan memeluk suami semata-mata nak tunjuk sangat yang anda tu takut?? orang kat sebelah anda ni dan yang di sebelah saya dan saya yakin ramai lagi di sekeliling anda pasti rimas dengan sikap menonton wayang anda... jadi, sila belajar adab di tempat awam samada dalm pawagam mahupun tepi jalan...

Saturday, December 4, 2010

~~ToLonGLahhhh!!!~~

sejak bekerja, aku dah jarang sangat nengok tv nya, banyak tengok movie online tak pun ambil ja dari mana-mana sumber, boleh simpan dan ulang tonton di waktu senggang... selalu kerja pun, otak jadi tepu, mood pun senang berangin ala-ala ombak tepi pantai kan?? so, sekali-sekala ambiklah cuti berehat... waktu rehat ni jalah boleh nak layan tv nya... jujur aku cakap, boring betul yea tv malaysia sekarang?? kalau yang berbayar pun kerja mengulang ceritalah pula... kalau dulu petang-petang, seronok betul layan cerita cina tvb dari hong kong tu, takpun cerita mexico... ya Rabbi, hari-hari tunggu episod seterusnya... sekarang banyak cerita seberang yang entah apa-apa jalan ceritanya.... dahlah mengarut serabut semuanya, panjang beratus-ratus episod pula... ko boleh tidur depan tv yea?? lagi satu yang aku jadi meluat tengok tv sekarang, banyak cerita melayu yang tiru cerita Hollywood... ko tak ada idea ke?? kalau dah tak ada tu, jangan tiru cerita orang, jangan buat cerita... tak menjadi pun ok?? buat orang kutuk ja... tak nak lah spesifikkan di sini tajuk-tajuk cerita yang aku kata meniru tu, sendiri kaji... dah dekat 5-6kali juga aku tengok cerita 'Seribu Kali Cinta' kat tv3 tu... bukan minat pun tapi sebab tiada pilihan, bedal jalah tengoknya hah.. yang paling aku tak boleh terima ialah loghat utara yang entah apa-apa... haduii, tak buat kajian ke?? baik pelakon atau pengarahnya atau krewnya, takkan tak perasan kesalahan pelakon yang menyebutnya?? yea, korang bukan asal dari utara macam aku, tapi takkan tak buat sikit kajian... orang lain buat cerita guna loghat utara, ok ja?? korang boleh pula Isyak' di sebut Isyaq'... haduiii!!! tak pernah dengar yea orang utara sebut macam tu, kitorang sebut Isyak' juga derrr... lagi satu, degil dipanggil degiaq... what the??!! it's not degiaq!!! kitorang sini panggil ketegaq, ok??? dan macam-macam lagi loghat utara yang caca-merba dalam cerita tu... apapun, aku cadangkan, sila kaji dan belajar dulu mana-mana loghat negeri sebelum buat cerita... sakit telinga dowhhh dengar loghat entah apa-apa ni...

p/s: sekadar menegur...;)

Wednesday, December 1, 2010

~~InTeRvieW KaraNG EseI???!!!!~~

dah banyak jenis interview aku pergi, aku join... mostly semuanya ada respons tapi disebabkan swasta, family aku tak bagi aku lapor diri kerja kat sana... akibatnya, menganggur~~ damn!!! tapi sekarang, aku dah mula aktif hunting for jobs lagi... dan sekarang juga tengah aktif attend interview sessions around Malaysia...*wuuuu dah macam melancong kan?? hahahhaa* baru beberapa minit yang lepas, aku dapat 1 lagi respons baik... dari sebuah syarikat penerbitan utama Malaysia... tapi yang tak sodapnya, dia minta aku mengarang a short essay in 300 words... what the??!! dah lama tak mengarang esei, aku rasa otak ada sikit bekulah... macam mana ni?? right after the call, until now, I'm trying to get my points for the essay... and suprisingly, it's none!!!! aku ada berapa jam ja lagi ni sebab kena hantar hari ni juga... risau ya Rabbi!!!

~~Huh DasaRRR!!~~

ni bukan entri nak marah-marah, nak maki-maki, saja ja nak buat gemparrr... hehehehe aku nak cerita sikitlah, bukan pasal berkira or what so ever, tapi ni hak pekerja *tetiba kan???*... elok-elok aku dah set cuti, set planning baik punya, ko nak tarik balik cuti aku, suruh aku datang kerja kan??? ohhhh banyak cantik muka ko.... aku dulu kelas pun banyak buat cuti sendiri tau, tak ada kecoh-kecoh pun... tak ada pun lecturer suruh datang ganti kelas... kan??dah kata sebulan cuti 4kali, so aku hak nak cuti cukup 4 kali atau pun kurang... takkan kasi can lah sama lu hahahahahha *evil mode*

p/s: mau berubah angin ;)