Saturday, December 4, 2010

~~ToLonGLahhhh!!!~~

sejak bekerja, aku dah jarang sangat nengok tv nya, banyak tengok movie online tak pun ambil ja dari mana-mana sumber, boleh simpan dan ulang tonton di waktu senggang... selalu kerja pun, otak jadi tepu, mood pun senang berangin ala-ala ombak tepi pantai kan?? so, sekali-sekala ambiklah cuti berehat... waktu rehat ni jalah boleh nak layan tv nya... jujur aku cakap, boring betul yea tv malaysia sekarang?? kalau yang berbayar pun kerja mengulang ceritalah pula... kalau dulu petang-petang, seronok betul layan cerita cina tvb dari hong kong tu, takpun cerita mexico... ya Rabbi, hari-hari tunggu episod seterusnya... sekarang banyak cerita seberang yang entah apa-apa jalan ceritanya.... dahlah mengarut serabut semuanya, panjang beratus-ratus episod pula... ko boleh tidur depan tv yea?? lagi satu yang aku jadi meluat tengok tv sekarang, banyak cerita melayu yang tiru cerita Hollywood... ko tak ada idea ke?? kalau dah tak ada tu, jangan tiru cerita orang, jangan buat cerita... tak menjadi pun ok?? buat orang kutuk ja... tak nak lah spesifikkan di sini tajuk-tajuk cerita yang aku kata meniru tu, sendiri kaji... dah dekat 5-6kali juga aku tengok cerita 'Seribu Kali Cinta' kat tv3 tu... bukan minat pun tapi sebab tiada pilihan, bedal jalah tengoknya hah.. yang paling aku tak boleh terima ialah loghat utara yang entah apa-apa... haduii, tak buat kajian ke?? baik pelakon atau pengarahnya atau krewnya, takkan tak perasan kesalahan pelakon yang menyebutnya?? yea, korang bukan asal dari utara macam aku, tapi takkan tak buat sikit kajian... orang lain buat cerita guna loghat utara, ok ja?? korang boleh pula Isyak' di sebut Isyaq'... haduiii!!! tak pernah dengar yea orang utara sebut macam tu, kitorang sebut Isyak' juga derrr... lagi satu, degil dipanggil degiaq... what the??!! it's not degiaq!!! kitorang sini panggil ketegaq, ok??? dan macam-macam lagi loghat utara yang caca-merba dalam cerita tu... apapun, aku cadangkan, sila kaji dan belajar dulu mana-mana loghat negeri sebelum buat cerita... sakit telinga dowhhh dengar loghat entah apa-apa ni...

p/s: sekadar menegur...;)

2 comments: