Wednesday, December 15, 2010

~~LaLaLaLaLaLaLa KerJa~~


sukacita dimaklumkan bahawasanya saya sedang berperang dengan segala nota yang ada baik berkertas mahupun secara online... yeayy!! happy!! huhuhuhu tidaklah study hebat manapun, light-light ja.. ada sedikit rasa takut dan ada juga rasa bangga, tapi tak boleh terlalu bermegah yea?? besok tepat jam 10pagi, saya ada interview KPLI di Institut Perguruan Tuanku Bainun... Ya Rabbi!! nervous!! melalui pengalaman orang-orang lain, katanya bukan senang nak dapat interview ni, dan yang interview ni pun, bukan senang nak dapat masuk maktab.. Kesimpulannya, bukan senang lah nak jadi cikgu...apapun, usaha saja yeah??

dalam masa yang sama, saya ada dua lagi cerita gumbira.. pertamanya, saya dah dapat kerja di sebuah institut pengajian swasta di Pulau Pinang... yeayy!! bulan Januari ni start kerja... kalau tak dapat maktab tu at least ada backup kerja kan?? tapi apapun, saya still nak habiskan interview KPLI dulu, mana tau dapat kerja dengan kerajaan Malaysia, naik kredit!! perkara kedua yang menggembirakan saya, saya dapat interview journalist di syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia!!! yeayy!! lagi happy!! sejak nak konvo lagi, saya dah berangan-angan nak jadi journalist... bukan senang yea nak minta, macam-macam karenah juga, maklumlah calonnya bukan sikit, semua nak kerja kan?? secara jujurnya, aku lebih berminat dengan media dari bidang pendidikan ni *ni kalau interviewer aku nampak ni, tipislah peluang nak dapat kerja kan??*... tapi terpulanglah mana yang dapat, aku redha... yang penting, bermula Januari depan, mari bekerja!!!

p/s: doakan saya diterima kerja secepat mungkin... SEGi College, here I come!!! ;)

No comments:

Post a Comment