perkara kedua baru yang saya buat semalam ialah saya dah tukar broadband baru.. kesian broadband lama saya... tak ada masalah sebenarnya dengan broadband lama saya, kekal memberikan perkhidmatan terbaik walaupun dah 5 tahun bersama saya, sejak saya masuk universiti lagi... the only reason why I've changed it, is because my mom... mak saya bising kata buat apa membazir broadband pakej lama mahal-mahal sedangkan pakej sekarang lebih murah?? well, broadband saya adalah generasi pertama dengan kabel yang panjang tu, tak macam sekarang dah macam pendrive... harganya rm128, sedangkan pakej sekarang boleh dapat dalam rm68 ja... jimat banyak kan?? yea baik, memandangkan lepas ni, saya yang kena bayar sendiri broadband saya, semalam saya dah tukar... pertama kali guna, lancar ja.... kita tengok perkembangannya 5 bulan dari sekarang...
Friday, December 30, 2011
~~ALL BraNd New!!~~
perkara kedua baru yang saya buat semalam ialah saya dah tukar broadband baru.. kesian broadband lama saya... tak ada masalah sebenarnya dengan broadband lama saya, kekal memberikan perkhidmatan terbaik walaupun dah 5 tahun bersama saya, sejak saya masuk universiti lagi... the only reason why I've changed it, is because my mom... mak saya bising kata buat apa membazir broadband pakej lama mahal-mahal sedangkan pakej sekarang lebih murah?? well, broadband saya adalah generasi pertama dengan kabel yang panjang tu, tak macam sekarang dah macam pendrive... harganya rm128, sedangkan pakej sekarang boleh dapat dalam rm68 ja... jimat banyak kan?? yea baik, memandangkan lepas ni, saya yang kena bayar sendiri broadband saya, semalam saya dah tukar... pertama kali guna, lancar ja.... kita tengok perkembangannya 5 bulan dari sekarang...
Tuesday, December 13, 2011
~~SaMa JerKKK~~
notakaki:// mungkin betul orang kata, antara tanda-tanda besar dunia nak kiamat ialah wajah-wajah pelbagai kaum yang berbeza akan nampak sama ja di hujung-hujung zaman....
Sunday, December 11, 2011
~~PenDinG!~~
siri yang dah habis tengok ni dinamakan family outing... lebih kepada macam mana nak sara diri dalam kawasan kampung, kena jadi nelayan, kena jadi pengembala kambing dan buat kerja-kerja kampung.... dalam masa yang sama, ada game yang menarik... kelakar sangat... paling suka kim soo ro dan yoo jae suk!! siri ni ditamatkan tahun 2010 dan ada 85 episod kesemuanya.... satu siri ada berpuluh-puluh episod, manalah saya tak ada masa nak online kan?? sibuk tengok realiti show ja ;)
siri realiti yang saya tengah fokus sekarang ni ialah running man.... kelakar jugak dan lebih kepada macam mana nak selesaikan mission... kalau tak kena denda... siri ni juga masih on progress di korea sana, setakat ni dah ada 72 episod and still running... paling suka kang gary and again yoo jae suk.... seriously, yoo jae suk ni tak nak datang malaysia kah?? dia seorang pengantara di korea dan kelakar sangat orangnya!!!
p/s saya sedang tak sabar tunggu gambar pertunangan saya.... ehh saya dah tunang??!! yea, I'm engaged on 2nd dec ago and I'll update you guys with the photos later ;)
Wednesday, November 16, 2011
~~KeSiaN SoTonG!~~
Tuesday, November 15, 2011
~~MasTeRCheF~~
kalau nak diikutkan sebenarnya, saya banyak benda tak makan... saya tak makan petai, tapai, air asam, seafood dan lain-lain.. bila saya berhijrah ke Kuala Lumpur, tinggal di universiti, saya belajar makan banyak benda... persekitaran membuatkan kita berubah kan?? sejarah air asam dan saya bermula bila saya singgah makan di Wisma UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti saya hehehe ada pakcik ni menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap... dari lauk-pauk makanan harian, bihun sup, bakso, mee kari, nasi ayam hinggalah ikan dan ayam bakar serta air asam... jangan main-main, tengahari dah ada ikan dan ayam bakar ok?? saya cuba makan dan besoknya saya datang lagi dan hari-hari berikutnya juga saya datang lagi... menu yang sama, cuma nasi kosong, ikan bakar dan air asam... pakcik, air asam mu yang terbaik!! tapi sekarang, saya dah buat sendiri hehehhe
Sunday, November 6, 2011
~~HoLd YouR TriGGErS!!~~
so, we met our old books, clothes and toys!! seriously, I'll never realized that we have such amazing toys before!! we had played cooking, act like a doctor running the operations, bowling, guns and bullet are everywhere, guess we are the old cowboys previously and lots more!! what did I love the most?? of course guns and bullets!! more triggers baby!! hahahahaha so each of us, three sibling took one and we did played like we are the army... stupid!! we are not that age already but still we have fun playing it!! guess we should try paintball... among all of us, I have about 4 guns by my own... why?? because I saw it first!!! yeahhh, and I've put my brother's old helmet as well, it's a kid one but it fits my head!! serious! no joke!! hahahaha
Thursday, October 27, 2011
~~DisneY PrinCessEs ComE ALive!!~~
my favorite goes to Jasmine from Aladdin series!! goshhh, she's gorgeous!!!
Tuesday, October 25, 2011
~~I Get ReaL Mad WheN~~
I get real mad when:
1) people act nice to me but badmouth at my back... you such a big bad mouth ever and I know who you are!! I was a social studies student, I learned Linguistics and I also do learned human!! so please, stop being fake!!
2) I was about to sleep or do something and then suddenly my phone rings or vibrates.. uh, bad time!!
3) people act like 'lalang'... hello, can't you just speak out your opinions?? why do you have to follow people around you??!!
4) people who always rely on us... they are lame!! act superb but nothing...
5) people with their thoughts that they are always right.. hello, the world is spinning and so do you..
6) I am doing my stuffs and suddenly my things are gone... where the hell it goes??
7) I speak little, so don't speak too much to me... you will only get my smile as a respond..
8) when I ask and they are asking me back... ohh yucks! I hate long conversation and with none answer..
9) people always arrogant about themselves: I'm beautiful, I'm hot and bla bla bla... yeah right, you are just a woman not a lady!!
10) when I text to people and they take lots of time to reply.... hohohoho you may create a next world war...
so that's it... what's your answer??
Saturday, October 15, 2011
~~ReAL StEEL~~
how busy I am won't stop me to do my favorite stuffs... I've just got back from watching REAL STEEL... I thought it will be a normal and cliche action movie, but this one is different.. you gonna have to watch this, trust me it is valuable... you won't regret!! ok, now I want to pet my own ATOM!! who wants to sell him for me?? please!! I'm gonna end my entry with this trailer.. see you guyss soon... TC ;)
Sunday, October 2, 2011
~~My LovE NoTe to My LovE~~
now, I woke up at 5 am, I still woke him up for schools... I've went to my class, and he went to his class, separately... I've went camping, he went camping, separately... I took my lunch, he took his, separately... there is still jokes and fights but in a separate way... we were always together before, 24/7... but now we only met for once for 2-3 months... you know, the current situation is totally different than before.. we are now separating, moving as a solo person and I do missing him... how I wish he's here, besides me as usual..
Tuesday, September 20, 2011
~~SuP sayuR~~
tadaa!!!~~
Monday, September 19, 2011
~~PecaH RuMaH!!!~~
Friday, September 16, 2011
~~PuDiNg Roti MarBLe~~
Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 3 1/2 cawan air
- 800 gram serbuk agar-agar
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 2 sudu besar margerin
- 2 biji telur
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara memasak:
- Masukkan 3 cawan air, 800 gram serbuk agar-agar dan 1/2
cawan gula ke dalam periuk. Didihkan.
- Blend 4 keping roti, 2 biji telur, 1/2 cawan susu pekat, 170 ml
susu cair dan 1/2 cawan air (balance air tadi)
- Yang diblend tadi masukkan ke dalam periuk, kacau sampai
mendidih.
- Matikan api bila sudah mendidih.
- Bahagikan kepada 2, satu biar warna kekal asli, satu lagi
masukkan serbuk koko, kacau sampai sebati.
- Masukkan kedua-duanya dalam loyang secara berselang-seli.
- Biar sejuk, masukkan dalam peti sejuk dan siap untuk
dimakan ;)
~~AgaK LaMa~~
Sunday, September 4, 2011
~~SomEtiMeS ReaLiTy doeS KiLLeD~~
# current mode: I'm grieving!! sometimes reality does killed!
Friday, September 2, 2011
~~PytHoN in a pooL!!~~
A woman who dived into the pool spotted the enormous snake resting under a steel ladder on Tuesday, national news agency Bernama reported.
Eight other people, including children, were swimming in the pool at the club in Seremban town, some 60 kilometres (37 miles) from the capital Kuala Lumpur, when the alarm was raised, it said.
The club's management called the fire department, which removed the python. No one was injured.
Bernama quoted a fire department spokesman as saying the snake may have slipped into the pool from nearby bushes to cool itself, as the weather was hot.
Pythons are common in tropical Malaysia, but attacks on humans are rare. It was not immediately clear what type of python was in the swimming pool, but the reticulated python can grow to more than eight metres in length.
# well, it's no longer Crocodile in the serene water, it's now python people!!! it's python!! goshhh how scaryyy ;(
Wednesday, August 31, 2011
~~My MerDekA DreAm~~
~~HaLLo KuaLa LumPuR!!~~
the box
the cookies
and us!! hahaaha
~~SeLamaT haRi RayA!!~~
*the cookies are well-eaten!! everybody love it and my grandmom ask me to sell it next year.... what???!! SELAMAT HARI RAYA peeps!!
mi familia in red theme
my 1st kuih raya aka biskut sampan ;)
Monday, August 29, 2011
~~BerSaBaR deNgaN siKaP buRuK IsterI~~
Dalam ayat ini dijelaskan matlamat pernikahan bagi mencapai ketenangan jiwa, cinta dan kasih sayang. Semua ini berkaitan dengan rohani bukan jasmani. Jika matlamat itu diabaikan, rumah tangga tidak bernilai dan pernikahan antara dua insan hanyalah pertemuan dua tubuh, sedangkan roh (jiwa) keduanya berjauhan.
Syariat Islam mewajibkan suami memenuhi tuntutan jasmani bagi isterinya seperti nafkah, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan dan lain-lain. Tuntutan isteri mestilah sesuai dengan keadaan suami. Kemudian syariat Islam tidak mengabaikan hak isteri dari sudut kerohaniannya kerana manusia tidak dinamakan manusia kecuali dengan adanya roh.
Tetapi ramai kalangan suami yang salah anggap, di mana mereka menyangka kewajipan mereka terhadap isteri hanyalah memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Tidak ada lagi kewajipan mereka selain daripada itu kerana mereka lupa bahawa wanita berhajat, bahkan lebih berhajat kepada kata-kata yang baik, senyuman manis, sentuhan kasih sa-yang, ciuman yang menyenangkan, perilaku yang lemah lembut dan gurauan yang menyenangkan hati, menghilangkan dukacita serta membahagiakan hidup. Semua ini sangat diperlukan wanita sebagai mana mereka berhajat kepada pakaian, nafkah, tempat tinggal dan keperluan material yang lain.
Imam al-Ghazali menyebut sebahagian hak suami isteri dan adab bergaul dalam rumah tangga dan dia menyatakan jika hak dan adab bergaul itu tidak diwujudkan dalam rumah tangga, maka rumah tangga akan hancur. Antara adab dinyatakan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW ialah:
Berakhlak mulia di hadapan isteri dan bersabar dengan sikap buruknya.
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 19 bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka dengan makruf (baik).
Imam al-Ghazali berkata: Ketahuilah bukanlah seseorang itu disebut berakhlak mulia kalau dia hanya menahan diri daripada menyakiti wanita, tetapi yang dimaksudkan dengan berakhlak mulia ialah orang yang menanggung keburukannya, dan lemah lembut kepada wanita ketika wanita berkeras dan marah.”
Hendaklah bergurau dengan isteri sebagai mana yang disebut Imam al-Ghazali: “Suami hendaklah bergurau dan bermain-main kerana ia akan menyenangkan hati wanita. Contohnya, meskipun Umar keras dan tegas peribadinya, namun beliau berkata: Sewajarnya suami seperti anak kecil, tetapi jika anggota keluarganya menghendaki sesuatu daripadanya, mereka mendapati dirinya seorang lelaki.” Demikianlah, Wallahua’lam.
~ Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
Thursday, August 11, 2011
~~ReKoD SeMinGGu~~
Friday, August 5, 2011
~~ CeriTa LucU~~
berkongsi cerita lucu mengenai budak-budak di bawah jagaan saya dalam subjek Bahasa Inggeris.. saya buat tema World of Stories, saya bawa dan ceritakan kepada budak-budak year 3 pasal 'The Travelling Musicians'.. saya gariskan perkataan-perkataan yang sukar, supaya senang nak bagi maksud kat budak-budak dan diorang boleh faham isi cerita tu dengan lebih baik.. dah garis, keluarkan semua, saya tanya satu perkataan ni.. 'What is the meaning of cottage?'.. berlumba diorang meneka walaupun diorang tak dapat gambaran sebenarnya... lokasi tempat sekolah saya yang pedalaman, bahasa Inggeris adalah sesuatu yang asing buat diri budak-budak ni.. tak hairanlah kalau bila diorang meneka maksud perkataan, jauh menyimpang... balik maksud 'cottage' tu tadi, dah bising meneka semua, seorang budak lelaki ni masuk cakap 'K0t* ek teacher??' huishhhh~~ sentap mak uolsss!! mungkin disebabkan bunyi yang sama dengan perkataan cottage tu, terus dia teka macam tu kan... terus keluar bahasa Melayu, 'bukanlah Ijat, ni maksudnya rumah yang kecil..' sambil tunjuk gambar cottage tu... apa lagi, berdekahlah kawan-kawan dia yang lain.. tulah budak-budak, main teka ja... gambar ada, tapi diorang tengok gitu jalah.. haisshhh budak-budak ni... terkejut teacher..
Sunday, July 31, 2011
~~SeLamaT BerPuasA~~
~~aDa SediKiT RasA BimBanG~~
~~8 miNggU LaGi~~
Monday, July 25, 2011
~~InteRneT di DesA~~
Saturday, July 16, 2011
~~PeNat akU macaM ni~~
Sunday, July 3, 2011
~~InI peLik~~
hurmmm saya minta maaflah pada sesiapa yang terasa semasa membaca blog ni... ni blog saya dan kebanyakannya adalah luahan hati saya sendiri, no cut and paste hokkayy?? saya memang laser tapi ada aku kesah?? saya cuma cakap apa yang saya nampak dan tegur secara diam... kalau terasa tu saya minta maaf.. kenapa saya tak tegur secara terang?? sebab saya laser dan saya takut bila saya tegur secara terang, ada yang patah hati.. maka, adalah lebih baik saya menulis... yea, cara saya mungkin tak kena... saya tau, saya laser, saya minta maaf... apapun, dah setengah tahun di IPG, saya masih tak yakin inilah laluan hidup saya... secara jujur, saya tak pernah menjadi diri sendiri semenjak wujud di dunia baru ini... saya bukan begini dengan gaya anggun seorang guru... seriously, saya masih berperang dengan diri sampai ke masa ini... this is not me!!! buat yang terasa, anda belum kenal siapa saya yang sebenarnya, cuma rakan-rakan lama saya yang dari dunia lain, dunia saya dahulu yang kenal siapa saya sebenarnya...
Saturday, July 2, 2011
~~RimAs~~
B: macam ni....
A: yang ni pula?
B: macam ni...
A: tak boleh pun?
B: buat betul-betul
A: ohhh kenapa tak jadi ni??
B: (diam)
A: napa ni kak? (mula merengek)
B: (diam)
A: huhuhu tolong..napa tak jadi??
B: ishhhh, hang ni hingar tau tak?? (nada tinggi tapi tetap membantu dia buat kerja)
A berlalu tanpa suara....
ahhhhhh saya memang pantang orang banyak mulut... nak buat satu kerja pun, kena bercakap seribu patah perkataan dulu... daaaaaaaa tak boleh buat kerja diam-diam ke?? kalau dengan adik saya, bolehlah saya tengking suruh dia diam... tapi kalau kawan-kawan kita?? orang-orang di sekeliling kita?? macam mana nak buat dia diam bila dia dah sampai tahap bercakap yang kita tak mahu dengar dah?? saya bukan jenis nak celoteh panjang-panjang, ada masa saya layan... saya bukan jenis berceloteh sampai 24 jam.... dan saya tak boleh terima bila orang asyik cakap orang utara memang banyak cakap... shittt giler!!! tolong bercakap secara logik akal... bukan masalah komuniti di sini antara faktor kenapa korang bercakap banyak, memang personaliti korang yang mulut banyak... selalunya, bila berdepan dengan orang yang banyak mulut macam ni, saya diam ja...buat pekak...kenapa?? sebab telinga saya boleh menanah dengar suara insan-insan yang reti diam ni.... cakap sikit-sikit ja tak boleh???
~~CatataN minGGu KeduA~~
yet, dalam kesibukan menimba ilmu, sempat juga kami satu kelas luangkan masa anjurkan sesi makan-makan... ada spageti, kuewtiow goreng dan pelbagai jenis kuih-muih yang semuanya sedap-sedap... saya sempat juga berulang kali tambah, macam mana tak gemuk kan?? inilah dia sebahagian corat-coret sepanjang aktiviti makan-makan diadakan secara sorok-sorok...
Saturday, June 25, 2011
~~CatatAn MinGGu PertAmA~~
Saturday, June 18, 2011
~~LamAN weB UKM puN KeNa??~~
Friday, June 17, 2011
~~GiGi BaRu BoLeh UbaH HidUp jaDi BaRu juGak Tak??~~
saya nak buat pengakuan berani mati kat sini, sebab sesiapa pun boleh baca dan terasa dengan kenyataan saya.. makanya, saya gelar inilah dia pengakuan berani mati saya.. pernah saya suarakan di sini, bahawanya saya kurang berminat dengan profession perguruan dan ianya terletak jauh di bawah di dalam list penting saya... namun begitu, selepas diterima masuk, saya cuba ubah persepsi saya dan ya saya mula menyukainya.. hidup bersandarkan kepada formaliti, yeayy serius saya suka.. maka, minat kepada profession perguruan saya mulai bercambah... dan sekarang, apa yang bermain di benak saya ialah mampukah saya bertahan selama satu semester lagi??
secara jujurnya, bukan lambakan aktiviti mahupun kerja sekolah yang saya risaukan.. semenjak belajar di IPG ni, saya menjadi kagum dengan kebolehan diri sendiri yang bahawasanya saya mampu buat 7-8 kerja sekolah serentak.. anda patut tengok hati saya kembang bila saya serahkan tugasan saya!! namun begitu, saya juga adalah manusia biasa... mungkin kurang normal... saya bercakap dan bergurau pada masa-masa tertentu sahaja.. kebanyakan masa saya, saya lebih suka mendiamkan diri... di IPG, saya menjadi pemberontak sebab keadaan kelas yang Ya Rabbi bising nak mampus!!! nak kata classmates saya sebaya saya, majoriti tua daripada saya.. dan korang pun lepasan universiti kot!! takkan kat universiti dulu korang bising-bising macam ni dalam kelas?? suasana dia macam budak-budak sekolah rendah yang tak ada cikgu masuk... menjerit-jerit, memekik-mekik macam apa lagi dahhh... saya tak boleh duduk dalam suasana bising!! jalan penyelesaian, saya diam dan dengar lagu... penenang jiwa~~ ada juga keadaan saya tarik muka masam basi saya dalam kelas, tinggikan suara, jerit balik dekat yang bising tu atau boikot bercakap untuk satu masa sampai saya rasa nak cakap balik... selalunya, malam pulalah saya kembali bercakap macam biasa....
bising 1 hal... tangguh kerja 1 hal.. saya pun tangguh kerja juga, tapi siap juga dan boleh hantar masa tarikh final lepas kautim dengan pensayarah, ok ja?? saya bising jugak, saya mengaku... tapi taklah sampai 24 jam sehari dan hari-hari yang semak dengan tugasan... takkan brainstorm tugasan sampai 4-5 hari?? agak-agaklah~~ macam mana life korang kat universiti dulu ek??? serius saya hairan.. ada seorang classmate saya pernah kata, 'kita orang utara ni, memang cakap banyak kan?? lecturer kat universiti dulu pelik gila kalau %^& sembang dengan kawan-kawan utara %^&'.... ohhh pleaseee, kalau tak kira berkawan dengan kau, maunya saya maki kau... saya pun asal utara, umah keluarga di utara, tapi kat universiti saya, bila saya menyembang dengan kawan-kawan utara saya, tak bising macam ni pun ok?? kau dengan kawan kau yang duduk dalam kawasan utara dan tak pernah-pernah keluar dari utara ja kot yang bising... tolong keluar dari kawasan selesa anda dan pergi mengembara... cuba duduk di KL atau Johor beberapa tahun, saya yakin sangat, kau boleh mengawal kawalan suara kau yang kuat tu... kalau tak boleh kawal juga, memang kena pulau lah kau nyahhh~~ orang-orang sana mesti bahan kau kaw-kaw punya~~
Thursday, June 16, 2011
~~HaRi BiGGGG AppLEee!!~~
berbalik kisah Big Apple, dengar kata dah ada cawangan kat Kulim juga ni... adik lelaki saya bagitau, diorang lepak sana.. wahh kelas!! sekarang lepak kat kafe budak-budak muda sekarang kan?? nanti saya nak pergi borong kat Kulim ja hahahaha apapun, baguslah.. Kulim makin banyak kemudahannya.. dah ada pawagam, dah ada boling, starbucks pun dah ada tu, walaupun standard dia tak sama dengan yang ada kat MidValley, Times Squares mahupun Pavillion, at least dah ada... merasa juga mak ayah saya benda-benda 'pelik' yang sedap... yalah, orang tua saya ni macam nervous ja kalau saya ajak makan benda-benda macam ni.. kesian orang tua saya...jangan bimbang, ianya bukan racun tau mak, ayah..hehehe sekarang ni, dah tak payah nak mengidam bagai, nak pergi KL cari semua tu, sebab dah ada dekat-dekat rumah ja... yeayyyyy!!!~~
Tuesday, June 14, 2011
~~DiAm-Diam SuDaH KaN?? TaK GiTeWW KomE??~~
emosi jadi tak menentu bila tengok cerita tu, tapi tak lah sampai menangis-nangis over kan? dua-tiga episod lepas kenal drama tu, baru tau ianya ilham dari sebuah novel... ok, tak apa.. alkisahnya, motif utama entri ni, saya pergi isi minyak kat stesyen minyak terkemuka Malaysia.. tengah beratur nak bayar tu, 'makcik-makcik' ni tengah sibuk menyembang.. ada istilah 'gaduh teruk' dan sebagainya... dah turn saya nak bayar tu, dapat tangkap seorang 'makcik' ni cakap, 'Habis Seth macam mana??' ok, tangkap dah diorang tengah gosip pasal drama tu lah tu... dan part yang diorang cerita tu berlaku semalam, masa Nora dan Seth bergaduh teruk tu... dalam hati serius tak puas hati, korang kalau dah tau jalan cerita dia, boleh tak diam-diam sudahlah.. bukan pasal dengki sebab saya tak ada novel tu pun, tapi serius bosan... tu kalau dah tau jalan cerita dia, tak payah tengok dahlah kan cerita tu?? sebab dah tau jalan cerita, boleh cerita kat orang lain lagi kan?? buat apa lagi nak tengok drama, baca ja novel tu 1000 kali.. tak gitu?? aissshhh nasihat saya, kalau dah tau pun, diam-diam sudahlah, simpan sikit suspen tu..tak perlu kot nak berlagak tahu pasal semua benda...
dalam fikiran: sejak bila 'makcik-makcik' Malaysia mula membaca?? hurrrrrrrrrrrmmmmmmmm